Status paling menang end of december 2011. Selamat datang 2012.

Sebelum aku mahu copy paste status kawan2 di fb, aku mahu ucapkan selamat tahun 2012 kepada semua yang membaca entry ini :)

Here we go.

"Waaa new year sudah...Thank you God....Emm bah,Idup baru lah kunun ni..sa tanya2 dulu urang...ini2 jaa ni .enda tau pa mau di'transformasi'..I just imagined 2012 and hoping may Happines comes along into our lifes. Yang bulum dapat pangilan keja,cepat2 dapat keja bagus.hehe"

"sa pun sambut tahun baru bha~ makan megi ma buat unggun api cni depan block hostel sa nie~ naa.. prnh kamu gni? balik2 tgk2 bunga ada api tu, bgs lg main api~ haha!"

"Tonite countdown with.......Semiconductor notes.....>.<"

"happy new year, i am grateful. 2012, please don't hit me so hard."

"the best ever in my life is celebrate new year with family, because it starting with family and must end the year with them and i'm very sure they will wish we were there celebrate together. however, this life! (unknown, 2011)"

"Pasang 1 azam, igt azam itu, n pgng btul2, bukn skdar 'post' sja, haha."

"sepa taw d mana ada jual sabun taharah tu d area kk ni...come on..hihi"----->paling menang! :))

"teringin plk mkm kuih penjaram kota belud hehehe...." -----> paling menang dan typo "makan" di sana! :))

Oklah, cukup setakat ini dulu, nanti aku rembat lagi balik dari fb, makan malam ma kupi2 dulu :D

Asal 'dari tadi pagi'

Salam semua.

Sudah baca #mycomic 14: the origin of Dari Tadi Pagi di blog tiba2jam6petang? :D Seperti yang aku taip janjikan, aku mahu cerita pasal asal usul 'dari tadi pagi'. Apa benda sebenarnya dari tadi pagi ini?

Dari tadi pagi sebenarnya nama official yang aku pilih sebagai nama samaran di internet. Aku rasa nickname untuk internet sangat perlu ada untuk orang yang sukakan privisi dan tidak terlalu formal terutamanya sebagai seorang penulis/penaip blog dan sebagainya.

"bagus-bagus ada nama parent bagi, ish2.. nak bajet cool lah tu"

Ya kawan, nama betul aku dalam ic sudah cukup bagus lagi somboy tapi, aku mahukan privisi nama dan gunakan nickname untuk penulisan/penaipan artikel tidak formal, mahupun untuk bersosial di laman web. Pada masa yang sama mestilah pilih nama yang nampak cool, unik, pelik dan kalau pilih nama tahi2 pun tiada kaitan dengan kau. u mad bro? :D

Sebenarnya sebelum menggunakan nama dari tadi pagi ini sejak tahun awal 2008, aku sudahpun menggunakan nama lain, tapi semua nama itu hanya bersifat sementara (macam nickname main counter strike)

Dari tadi pagi berasal daripada perbualan dan prank seorang kawan semasa berada di Kolej Matrikulasi Labuan. Jadi prank ini selalu aku gunakan semasa di sana untuk troll orang yang bertanya 'kau dari mana'? dan aku jawablah 'dari tadi'. Hehe.

Jadi satu hari, semasa online di sebuah cyber cafe bandar Labuan, masa tu aku masih guna friendster, ya masih guna friendster dan demam friendster masih panas. Secara tiba-tiba pula aku mendapat idea untuk menggunakan nama 'dari tadi'. Wait! dari tadi? mana 'pagi' dia?

Nama asal dan nama pendek dari tadi pagi ialah dari tadi. perkataan pagi tersebut datang daripada layout friendster aku yang berwarna hijau. (aku suka warna hijau ni). Warna hijau bagi aku sesuatu yang fresh, nyaman dan tenang. Jadi waktu yang fresh, nyaman dan tenang selalunya waktu pagi. Pada masa yang sama juga, aku saja2 mahu penuhkan ruangan 'last name' dalam setting tu jadi, sumbat masuk ja lah perkataan 'pagi'. Melekat pula. maka....

tercipta lah nama dari tadi pagi yang selalunya datang dengan warna hijau. B-)


Sekarang semua orang dah tahu dan tidak payah dijelaskan lagi kenapa nama kau pelik sangat. Semasa blogwalking, aku lebih selesa tinggalkan jejak dengan nama dari dan dari tadi. dan orang selalu reply dengan singkatan dtp. Ok jak bah kalau kau. hehe

Aku suka nama dari tadi pagi ni, sebab ianya nampak original dan tiada pengaruh bahasa asing. Jadi macamana dengan nama kamu pula? :>

Jadi berhenti setakat ini, mari kupi2dulu dan selamat tahun baru :)

p/s: Eh, WSB nda da BOTM pasal nama pura di internet ka? Bulih juga aku join ni haha.

Saja2: lama tidak update sini

hoi!

Baru seminggu tiada update sini, macam terbiar pula blog ini. haha sebenarnya bukan tidak mahu update, tapi malas sangat menaip!

Tunggu la next entry, kalau rajin, aku mahu cerita sikit pasal nama 'dari tadi pagi'

kupi2 dulu ah.. :))

Ada urusan

Apabila aku ada hal, aku akan update di sini. haha

Sebenarnya aku ada urusan hari ini, jadi untuk update hari ini, ada 2 update baru di blog tiba2jam6petang pergi lah terjah. :D

2 hari mungkin aku akan sibuk sedikit kerana kazen aku kawin. sekian.

Sila layan blog sambil kupi2. :)

Post of the day: Benda yang dibuat masa kecil dulu :D

True :))
==========================================

Sila like kalau kamu pernah terlibat dalam aktiviti2 sperti di bawah :

1. masuk ke dalam bilik, lupa ape yang nak dibuat, keluar semula, baru ingat semula

2. masa kecil, lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit

3. masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni--&gt; ♥

4. tutup peti dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati

5. cuba 'balance'kan suis lampu antara ON dan OFF . =p
========================================

Blog, hacker dan hacked..

Cerita pasal apa ni?

Baru tadi, berlambak aku tengok orang update pasal blog kena hack.

Aku bukan pakar pun pasal godam mengodam ni. Tapi malang sekali kalau blog anda di hack kerana ini akan mengangu perasaan dan juga kehidupan anda. haha maksud aku, menghilangkan mood anda untuk blogging ataupun facebooking. true.

Apa yang bagus pasal hacker tu, mereka hack blog orang untuk mengingatkan admin bahawa sekuriti blog mereka sangat lemah. Mereka tidak kacau pun kandungan atau ubah apa2 di dalam blog anda.

Tapi bikin panas juga, hack2 hak benda orang.

Apa yang perlu anda lakukan bila dah kena hack ialah contact hacker tersebut (kalau boleh) atau terus hantar email ke google (bloggerhelp) untuk backup blog anda. senang.

Seperti aku kata tadi, aku tidak tahu pasal hack dan menghack ni. Apa yang aku lakukan untuk tingkatkan sekuriti blog dan facebook aku?

Dari awal lagi aku ada beberapa email yang tidak connected antara satu sama lain. Aku sediakan satu key email yang digunakan untuk login facebook, blogger dan hantar dokumen2 penting. Email ini tidak akan dedahkan kepada umum. ( mungkin hacker pro dan nekad, mereka tahu cara untuk dapatkan key email ni. kacang bagi dorang.)

Jadi email yang aku dedahkan kepada umum dan untuk digunakan oleh kawan2 atau sesiapa saja adalah email lain yang tiada kaitan dengan key email.

Aku tidak tahulah kalau hacker boleh hack blog tanpa guna id email dan pasword mangsa?
Mungkin guna proxy, ip adress atau apa2 cara lain?



Lagi satu, elakkan web pishing  dan email spam yang meminta anda klik, atau memasukkan data-data peribadi anda. Sila berhati2 dengan ini.

Password mesti power. Tiada kaitan dengan nama dan details anda (no ic, matrik, tarikh lahir..etc..). Sekarang banyak softwere yang dibuat untuk menyusun kebarangkalian pasword anda. Tinggal masuk beribu email, then masukkan beribu pasword dalam softwere tu. Ianya akan menjalankan tugas untuk menghack akaun email anda. kalau kena, memang nasib lah.

Ini aku ada tahu dan pernah lihat depan mata sendiri 'orang' hack email2 yang limited dan rare untuk dijual balik. Bisnis nih. :D

Ok paling last. Hackers sekalian, tolong jangan hack blog aku, kalau mahu kupi2, tiada masalah. jom buat nescafe! :))

Lagu bruno mars yang boleh memurtadkan.

Lagi post yang dirembat dari Fb untuk dikongsi.

Umat Islam seluruh Malaysia yang dikasihi, pernah dengar lagu It Will Rain - Bruno Mars? Lagu tu boleh memurtadkan seseorang melalui percakapan. Contoh baris yang terdapat dalam lagu tersebut :

There's no religion that could save me (tiada agama yang boleh selamatkan aku),
No matter how long my knees are on the floor (tak kira berapa lama melutut di lantai)

Ingat, murtad boleh berlaku melalui pertuturan juga.
♥Sebarkan demi akidah♥


Siap copy dengan love tu sekali :D

Ini perkara melibatkan iman dan akidah. Sebelum ni, kamu tidak berniat dan bermaksud untuk meluahkan (baca: menyanyi) lirik daripada lagu tersebut. sekarang dah tahu, sila ambil perhatian dan elakkan daripada lagu yang berunsur anti-agama dan yang boleh membatalkan iman anda sebagai seorang yang beragama Islam.

Islam itu mudah, yang menyusahkannya ialah diri kita sendiri. Jangan nyanyi lagu seperti ini, simple dan mudah kan? Ada banyak lagi lagu lain boleh dengar dan nyanyi.

Bruno Mars ialah agen freemason!#jk:))

p/s: Aku pun sebelum layan lagu yang best dari bahasa lain, aku akan chek dulu lirik dia bebas daripada perkara sebegini:)

awan Kelvin-Helmholtz

Awan yang sangat jarang dilihat melainkan anda pernah tinggal di planet Zuhal dan di korona matahari!

Kenapa ianya dikongsi di sini? kerana ini blog personal, aku rasa tidak ramai yang berminat mahu ambil tahu pasal ni melainkan admin sendiri. Haha kan? :>


discription:
This type of cloud structures is truly spectacular and ephemeral. They resemble crests of waves in the sea, and their formation is conditioned by the friction between different air masses rub together. This contact may occur either because the masses are going in different directions either because one moves faster than the others. As the waves reach the coast, the crest breaks and spills over the top.

Well, these clouds are common in middle and upper atmosphere, and if you look online, you can see their shape features in many images. Cirrus clouds are called K-H. What I had not seen so far is this type of cloud to ground level, on land and in the cloud. The fog or haze could consider Kevin-Helmholtz. And this is what happened a few days ago in Birmingham, Alabama.

Bahasa apakah ini? +qWxYZ.

Apa pendapat anda?

"Kalau berkupel pun, berpada-pada. Suke lettew ponkoq hang. Apa pun dapat lihat huruf x dan w. Jangan rogol bahasa kebangsaan kita"


Post diatas aku rembat daripada post kawan di FB.


Semakin zaman maju, semakin menjadi-jadi dan semakin pelik pula bahasa anak muda zaman sekarang.

Mengenai hal ini, Siapa2 yang buat, tulis, taip dan apa2 sahaja perkataan dan bahasa seperti diatas, kalau boleh sila lakukan secara private (sms, chatting, email) ataupun hentikan terus dan elakkan untuk tatapan umum. Bikin panas. Kalau sekali sekala, masih boleh diterima, tapi kalau sudah jadi tabiat, ianya sangat menjengkelkan orang lain tahu?

Keybord rosakkah?

Tahulah facebook tu kamu punya, post status kamu punya hak, tapi kamu tidak dapat menghalang orang daripada butthurt dan annoying lihat post kamu yang macam ni. Kalau orang tegur kamu marah kan?

Seperti juga kamu membuat bising di taman awam, bukan suka2 buat bising. Orang akan annoyed dan marah.

Sila gunakan perkataan dan ayat yang betul dan mudah difahami kalau tulisan anda dipamerkan secara terbuka. Tidak kisah la kamu gunakan singkatan, rojak (english++) tapi tolonglah, jangan trip (mahu tunjuk) kiut dengan tulisan sebegitu.

Bahasa lain macamana pula?

Hey, itu bahasa orang, dah digunakan secara meluas sejak zaman berzaman. Tiadanya sindrom qWzyX! Bahasa yang kamu guna tu bahasa apa alien? itu sangat jelas bahasa Kebangsaan yang diubah dengan kreatifnya oleh kamu supaya nampak manja serta kiut miut lagi berstail (kononlah :D). Tapi yang pelik apakah  benda qWxYz yang berleluasa tu? kanser kah?

Akhir sekali, aku bukan mahu ulas panjang2 pasal gejala macam ni pun, tapi ianya makin banyak sekarang, Mungkinkah ianya bakal menjadi trend orang2 muda pada zaman akan datang?

Aku tidak sangup bahasa Kebangsaan menjadi rosak dengan sindrom qWxYz ini dan anak muda pada zaman akan datang mula menulis di blog2 mereka dengan bahasa yang aku pangil sindrom qWxYz! Who knows.

Jadi harap jangan jangkitkan lagi penyakit bahasa ini. sekian.

kupi2dulu :))

p/s: saya butthurt dengan tulisan sebegitu. u mad? problem?

Gunung apakah yang tertinggi di Asia Tenggara?

Beberapa tahun yang lalu, ramai orang mempertikaikan tentang kedudukan Gunung Kinabalu sebagai gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.

Di beberapa forum sudah membuka thread untuk membahaskannya. Ada forumer daripada negara jiran yang mengatakan fakta yang Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara adalah salah dan bohong. Tapi yang paling sedih, rakyat Malaysia sendiri ada yang percaya bulat-bulat tanpa membuat bacaan yang lebih lanjut, terus menyebarkan fakta yang salah ini.

ASEAN

Singa dan karipap

bila boring :))

Isu politik. sorry bro.

Bah apa cerita?

Lama tidak update ni blog. Sudah tiada isu ka? malas kah? :D

Memang. Sebenarnya beberapa hari ni, tiada mood mahu mengulas isu atau pun update blog ini, tapi aku sibuk baca bahan2 baru. haha

Oh ya, aku ada terbaca, terlihat suatu isu panas pasal politik. Aku rasa kamu pun tahu kan pasal kes student sorang tu?

Well, sebenarnya aku tidak berminat mahu ulas politik di negara ni. Seperti yang sedia maklum, kalau ulas isu politik ni, susah mahu netral. Kadang2 suatu pihak nampak kita bias, terus cap, ini tali barut parti bla..bla..

Isu politik? sory bro, aku belum terlalu ekstrem dan rage untuk masuk kedalam dunia politik ni, apatah lagi mahu mengulas. Masih mentah.

Kalau mahu cerita politik, pergi cari blog2 yang lain. Gua tidak main politik bro.


Nasihat aku, semua kena hati2, main politik ni 'risiko tinggi', semua dipertaruhkan, termasuk masa depan negara dan juga masa depan anda.

Dan kalau mahu cerita politik juga (maksa), cari kawan2, lepak kedai, cerita politik sambil kupi2 dulu! amacam? :))

Pasal homoseksual

Kick kena nescafe. tidak dapat tidur.

Buat masa ni belum ada lagi ulasan ilmiah. idea tidak masuk. Tapi mahu juga bercerita nih. Tengah hot cerita pasal lelaki melayu kawin lelaki tu kan? Baru juga hari tu kecoh pasal seksualiti merdeka, muncul lagi isu2 macam nih. Hmm so gay, so homo.

Terdapat juga blog2 yang mengulas pasal homoseksual ni dan melawan arus dengan menyokong kebebasan seksual atas alasan hak manusia dan freedom. Jangan mau rebel sangat lah, ini Malaysia negara yang penuh dengan adat ketimuran dan agama sebagai tunjang hidup. Kau pergi lawan arus kenapa? tidak percaya agama dan budaya sudah? zaman moden?  Nanti kau kawin, kau akan pakai juga agama dan budaya kau.

Dalam isu homoseksual ni, dahulukan ajaran agama. Kita ada agama dan budaya. Agama larang benda ni, kita mesti patuhi dan hindarkan budaya homoseksual. Ini bukan budaya kita. Tapi ini tidak bermaksud kau benci golongan homoseksual ini.

Dan pada golongan homoseksual, aku tahu yang kamu tidak berniat pun mahu homo2 kan, sudah naluri begitu dan menjadi cabaran hidup kamu. Harap2 kamu lawan naruli homoseksual tu dan aku doakan suatu hari kamu akan menjadi normal kembali.

Yang normal pula, sudah2 la membenci golongan homoseksual ni, hentikan diskriminasi terhadap golongan ini. kamu mungkin cakap,  "apa lah best sangat suka dengan orang yang sama jantina nih, bagus2 ada pasangan berlainan jantina"

Ini ibarat, kamu bukan homoseksual, tapi dipaksa menyukai orang yang sama jantina dengan kamu, sangat susah kan? Begitulah juga betapa susahnya golongan homoseksual untuk mengubah naluri mereka untuk menyukai orang yang berlainan jantina dengan mereka. Ini kerana naluri ini bukan disengajakan.


well..well..mengulas banyak ni, macam pakar.:)) Tapi ini ialah apa yang aku dapat daripada hasil bacaan dan pemerhatian aku selama ini. Harap maaf kalau ada yang menguris hati kamu semua.

Akhir sekali, jom kupi2, dan aku seorang yang normal. stright. :)

Status FB of the day : atasi masalah makanan kucing tidak cukup

Betul!

"Jangan buang kari ikan yang basi..mula2,korg buangkan kuah yg busuk 2,then sila cuci ikan yg ad dlm mgkuk td.rebus semula ikan tsebut dgn letak garam skit.. Stelah masak,bolehla dihidangkn.

P.s :- itu bkn utk anda,tp utk kucing.hehe
"

Memang betul pun apa yang status FB di atas ni cakap.

Dirumah ni banyak kucing, kalau setakat beli makanan kucing, memang tidak cukup untuk dorang makan! lagi2 memang makanan kucing mahal.

Kalau seekor 2 kucing, tidak apa untuk beli makanan kucing, tapi ni kucing pandai beranak pinak juga, sekarang dah 8 ekor! 4 ekor betina tu mungkin akan ada anak lagi dalam masa 3 bulan nih. makin banyak tahu.

Mahu buang, tidak sampai hati, tu makhluk tuhan juga, kesian. Mahu bagi orang? telampau sayang pula :))

Jadi bagaimana menyelesaikan masalah makanan kucing ini di rumah ini?

1. Ada tangki dan kolam ikan disini anytime kalau dah tiada makanan dorang, boleh ambil (setakat ni masalah makanan dorang masih ok dan cukup).

2. Datuk aku seorang nelayan, jadi lepas balik dari laut, kadangkala ada ikan kecil2 tu, aku pergi minta lah. hehe

3. Lebihan makanan! ya family aku ni ramai juga, jadi kalau lepas makan tu, banyak la lebihan tulang dan kuah muah. (kadang2 aku baik hati, aku ambil lauk tu, bagi terus dengan dorang)


Setakat ini kucing2 tidak kebulur lagi. Syukur sebab rezeki sentiasa ada untuk dorang. :)

Yang paling tidak best bila dorang dapat tikus, cicak, lipas, katak dan lain2 dorang akan bawa masuk rumah. Bukan dimakan juga, kena main sampai mati, then kasi tinggal cam tu jak. nasib aku bukan tahap metal, kalau tidak kasi masak tu benda kasi makan dorang haha :))

Ada satu kucing tu, dia bawa masuk buah badminton. dekat 5 biji sudah. Ntah buah badminton siapa yang dia rembat dan dari mana. ish3..

Jadi kepada yang banyak kucing tu, pandai lah jaga. Kalau tidak mampu jaga, bagi jak sama orang yang mahu jaga, Jangan main buang. kesian kucing.

Mbah kalau sudah baca, kupi2 dulu :D

Filem pendek: penjelasan hukum hudud

Penerangan yang sangat jelas dan simple!

Sebelum ni kalau sebut pasal hudud, terlintas di kepala ialah, potong tangan kalau mencuri. Ini pemikiran yang sangat jahil.

Hukum hudud bukan seperti itu dan senang2 potong tangan orang. Hukum potong tangan hanya akan dibuat melalui beberapa syarat dan keadaan jika orang itu didapai mencuri.(mencuri pun ada banyak cara dan keadaan)

Hudud itu undang2 daripada Allah S.W.T, ianya cukup adil dan terbaik. Tambahan pula, ianya telah dibahaskan dan dibincangkan oleh para ulama sejak dahulu lagi.

Jadi untuk mengetahui lebih jelas tentang hudud ini, sila rujuk dan bertanya kepada orang yang lebih pakar untuk mengelakkan tanggapan yang tidak baik dan salah.

Video dibawah menerangkan apakah hukum hudud dengan sangat jelas dan simple. satu video yang sangat bagus.

Harap2 jangan dipolitikkan.



p/s: kredit untuk pembuat video ini.

Internet lambat!

Pandai lambat, pandai laju! :))

Kadang2 bikin panas juga kalau disconnect, padahal pakai streamyx. Tapi time disconnect atau nda da line, macam satu komputer pula yang rosak. bikin stress. haha

Nda pa lah, lebih bagus daripada tidak kan.
Nasib baik bukan aku yang bayar bil..oops! :))

Rabu bobou: kerja yang best

Saja2: memang saja2 :P

haha

Entry saja2 ni selalu di blog tiba2jam6petang jak. Tapi memandangkan aku sudah buka kedai kupi2 disini, maka mungkin juga entry ni ada di sini. hehe

boleh bah kan. kalau warung lain jual mee, warung yang satu pun mesti ada jual mee juga. Sama lah macam entry saja2 ni, menu spesel konon. :))

mbahh..

memang saja2 jk bah ni. :D

Don't touch that cucumber!

''Don't touch that cucumber! Islamic cleric bans women from touching 'penis-shaped' foods in case it arouses them''

Itulah tajuk artikel yang diterbitkan di dailymail.co.uk boleh baca sana (klik link) kalau mahu tahu lebih lanjut.

Apa yang aku mahu ulas disini ialah, kesahihan berita yang ini tidak begitu jelas dan seolah2 ingin menonjolkkan imej yang buruk terhadap agama Islam.

Ulama yang mengeluarkan kenyataan tersebut juga tidak disebutkan seolah2 ianya hanya satu propaganda menguatkan sentimen anti islam di eropah melalui media barat.

Kita tidak tahu sama ada ulama tersebut betul2 mengeluarkan kenyataan tersebut, jika ada, mungkin ianya hanya pendapat peribadi untuk mengulas kes yang dilaporkan oleh Egyptian news website Bikya Masr.

Seperti yang sedia maklum, sebarang hukum yang dikeluarkan mestilah melalui kesepakatan majlis ulama dan bersandarkan Al-Quran serta hadith. Jadi, ulama yang disebutkan diatas, tidak jelas identitinya serta hujah2 (yang tertulis pada akhbar tersebut)tidak jelas sumbernya..

Apabila membaca berita tersebut, mungkin pandangan orang yang bukan beragama Islam akan berfikir bahawa seolah2 Islam itu begitu susah, banyak pantang larang dan cerewet.

Namun kebenarannya.
Islam itu sungguh indah jika dikenali dan dipelajari dengan hati yang ikhlas dan bersumberkan Al-Quran serta Hadith2 sahih.

p/s: aku bukan pakar agama, jadi sila maafkan jika ada salah. Aku juga tidak akan mengulas menggunakan sebarang ayat daripada al-Quran dan hadith kerana takut jika tersalah tafsir, ianya berdosa. Jadi biarlah orang2 yang benar2 layak sahaja mengulasnya dengan hujah2 yang tepat :)

p/s after p/s:
jangan salahkan agama, kerana agama itu mengajarkan kebaikan. salahkan pengikutnya yang tidak mengikut ajaran agama.

Bersin apabila terkena matahari

Time selesema ni teringin pula mau cerita pasal bersin.

Sebab kalau selesema, mesti bersin dulu, baru la tu hingus meleleh-leleh ke ladang gandum keluar :))

Kamu pernah dengar orang bersin disebabkan cahaya matahari? Atau kamu merupakan 30% populasi dunia yang mengalami keadaan seperti ini? Bersin bukan sahaja disebabkan habuk dan alergik, malah cahaya matahari.

Sekurang kurangnya 1 daripada 3 orang akan mengalami keadaan yang dipanggil photic sneezing atau sun sneezing ini. Dan semestinya aku adalah salah satu daripadanya. :-S

Namun masih boleh dianggap bagus sebab aku bersin secara standard jak, 2-3 kali haha tapi, ada orang yang bersin boleh mencapai 40 kali disebabkan sun sneezing ini! (mungkin kritikal betul ni).

Dan sudah bukan nasib badan apabila semasa aku jadi pelajar di UMS dulu, sekolah Sains Dan Tekologi (SST) punya jalan masuk, menghadap timur, jalan keluar menghadap barat. kenapa?

Sebab kalau pergi kelas pagi, mesti lah sepanjang perjalanan tu menghadap matahari sedang terbit, bersin. Kalau kelas habis petang, pulang tu menghadap matahari mahu terbenam di arah barat pula, bersin lagi. Begitulah setiap hari sepanjang 3 tahun disana.

Tapi tidak kerap lah juga bersin sebab aku mula pro mengawal keadaan, yang penting jangan tengok keatas, teruskan jalan haha.

Sebenarnya, Benda ni sudah normal bagi aku dan tidak sikit pun menganggu kehidupan :D

demm..demm.. Demam

tajuk tu bukan memaki, tu mengigil kunun mo cakap demam :P

Sekarang ni musim hujan pula kan. kemarin dulu aku bangun tidur sakit tekak jak. lepas minum banyak air ok sudah. Tapi time malam tidur balik, kering pla tu tekak balik. haha

pagi tadi pun minum air banyak2 juga (suda abis stok strepsils), sekali petang tu sekali bersin terus selesema, kick tarik2 ingus :))

Lepas lepas selesema? kompom la demam sebab terkena air time mandi (mana ada mandi yang tidak kena air kan). dari magrib tu lagi hujan kan, sajuk~ sekarang ni pun pakai sweater ni. macam kool jk pakai sweater d rumah. haha

mbah, jaga2 kesihatan kamu. ramai yang jatuh sakit hujung2 tahun ni.

Tapi biasa la bah tu kan, sekebal mana pun manusia, kena juga ganti antibodi baru. haha.

mbah. ndak dapat kupi2 ni. Minum air suam jak la o :D

Apa mahu jadi dengan status fb

Hujan lebat ni. Sediakan kupi2 kamurang :))

Susah zaman sekarang ni kalau mahu post ststus fb pun orang mau komplen. Kalau status yang maki2 nda tentu pasal, status yang sensitif, yah memang sepatutnya ditegur dan dirungutkan.

Tapi apalah sangat kalau setakat status peribadi, status suka2 dan yang penting tidak kacau orang pun.

Tapi ada juga yang pigi antam tu status. Dia buat2 stail siapa makan lada, dia yang terasa pedasnya. Amacam itu?

Dia pos ststus fb untuk antam ststus fb orang yang lain walaupun orang lain tu punya status langsung tiada kaitan dengan dia. Bajet kononya status dia tu sungguh cool dan ilmiah. Siap quote status orang lain yang mau diantamnya..duh.. Matang sikit bro.

Fb bukan kau sorang jak yang guna. Orang pun ada kehidupan sendiri. Pos status fb ikut suka hati dorang selagi tidak melampaui batas masyarakat. Kalau da menyampah dengan status orang (yang tiada kaitan pun dengan kau, diam2 sudah. Tidak pun kasi unfriend jak)

Walaupun bukan aku punya status yang kau antam, aku bersimpati dengan mangsa. Fb aku pun penuh dengan status2 yang menyampah dan meluat. Tapi diam2 jak la. Sebab tu hak dorang. Nanti ko pergi antam2 status dorang walaupun tiada kaitan, dorang balas balik, "ko jelly bro?" kau juga yang panas kan? :))

Mbah, bukan apa, kalau mau antam status orang, jangan main quote, orang pun ada perasaan kan. Hehe lagi 1 tegur status bole komen apa, ni sampai2 quote status orang, then kasi kondem, bukan cara Yang bagus dan menampakkan anda kurang matang.

Pendapat aku lah. Tidak tau pula orang lain macamana kan. :D

P/s: ko kata status orang minta perhatian jak, tapi ko quote status itu dan antam sekali untuk minta lebih perhatian daripada orang lain? Dan aku pula antam guna blog ini untuk minta perhatian seluruh dunia.haha u mad bro? :>

Mari cuba: 3 benda sukar untuk dilakukan

RENUNGKAN : TIGA BENDA MUSTAHIL YG SUKAR UNTUK DILAKUKAN

1. mengira rambut anda
















2. mencuci mata menggunakn sabun



















3. menjelirkan lidah sambil bernafas

mana paling sukar? :D



















sudah sudah, kasi masuk lidah tu balik... tidak senonoh betul! :))

hmm politik?

Aku nda tau mo buat apa, aku tengah kupi2 ni. Jadi sambil tu, try updte blog guna android kuno ni. :))

Tengok berita sejak akhir2 ni, banyak politik (mmg dr dlu pn), mungkin mo dkt PRU13 da kan, jadi perang pun mula la. Msing2 dgn propaganda masing.

Aku nda berapa minat klu politik ni. Tapi kalau suda sentuh pasal hak rakyat tertindas, janji kosong dr pihak2 yang tidak bertanggungjawab ni, mmg aku pun panas juga.

Sebut pasal janji kosong, time PR dulu buat janji itu ini, sampai sekarang tidak tertunai. PR baru ni, lupakan janji yang tidak tertunai, buat2 tidak pernah berjanji, buat lagi janji baru untuk pRU13. Kalau ada yb yg macam ni, tolonglah jangan bagi menang. Padan muka.

Aih..malas ulas politik panjang2 :))

Sakit tekak

Aku sakit tekak ni.
Apa sebenarnya ubat sakit tekak yang paling mujarab?

Strepsils and the gang?

Madu?

Air limau?

Asam jawa?

Ubat batuk?

Aku sudah makan strepsils. time dalam mulut, memang lah lega tekak tu. tapi bila dah habis, kompom gatal dan sakit balik.

dan yang selalu aku buat untuk mengubati sakit tekak ini ialah minum air banyak2 :))
Tapi masalahnya, kalau minum air banyak, balik2 la pergi tandas.

sekarang ni pun bersama segelas air. kalau habis, pergi refill balik..hehe

semoga tekak aku cepat baik dan boleh la kupi2 nanti petang. amin :D

Gerhana bulan

Bila pasang lagu 'awan yang terpilu' daripada ning baizura malam ni mesti semua orang rage sebab ada yang tidak nampak gerhana. :))

Yalah sekarang ni musim hujan, jadi diluar tu awan tebal jak. Nanti kalau rajin aku pergi luar juga tengok bulan. haha

Gerhana yang lepas tu aku tidak sedar pun. sebab tertidur, Besok pagi baru teringat balik semalam ada gerhana. Nyamannya tidur malam itu!

Sebut pasal gerhana bulan ni, heboh satu malaysia

"besok gerhana", "gerhana yang jarang2 berlaku", "mesti tengok", "dapatkan teleskop", "jom lepak tepi pantai", "balai cerap dimana?"

Jadi dengan kesempatan yang ada ini, jangan lepaskan peluang, jangan malas untuk melihat ciptaan Tuhan yang jarang2 dilihat ni. Keluar 1 minit, tengok bulan dan bersyukur dengan keindahan malam pun dah cukup bagus.

kalau mahu lepak lebih lama, apa salahnya ambil keropok, buat nescafe. kupi2 dibawah gerhana bulan. :))

Dari mana blog ini mendapat nama? dari tadi?

Aku sudah lama mahu buat satu blog santai, borak2 kosong yang disamping memasukkan sedikit unusr2 ilmiah untuk difikir bersama.

Semalam aku stress kasi pomat ni pc. bayangkan beberapa kali mahu habis pomat, dia bluescreen. terpaksa ulang2 pomat. Jadi aku bantai 2 gelas nescafe semalam sambil mengadu nasib di twitter. Dan secara tiba2 kupi2 yang selalu aku sebut masuk kepala. then tercipta la nama blog ini. Ambil banner tiba2jam6petang. tampal nama baru. haha simple! :))

Dibawah adalah petikan daripada entry2 blog tiba2jam6petang pasal kupi2 :D
.
.
.
Bagi yang sabahan mesti paham apa itu pengupi. Bagi yang tidak tahu (noobs), pengupi disini bermaksud orang yang suka meminum minuman panas (nescafe,milo,kopi,teh dan yang seangkatan dengannya):-D

kupi2=perbuatan sedang menikmati minuman dan makanan


cerita nescafe yang sedap.
pada suatu hari masukkan 2 sudu gula dan 1 sudu nescafe secukup rasa (2:1) gaulkan dengan perlahan sehingga gula dan nescafe tersebut menjadi sebati. Seterusnya masukkan air panas kedalam cawan sehingga separuh (1/2 ) cawan. Bancuh dengan teliti. Setelah sebati, tambahkan air suam sehingga cawan penuh dan bancuh semula. Akhirnya nescafe sudah siap untuk diminum<img style='border: 0; padding:0'  src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/41.gif' alt='=D>'/>  

Hot tips : sungguh nyaman jika dinikmati bersama biskut -by dari tadi


diambil daripada: barang2 idaman untuk pengupi tegar
                              cerita nescafe yang sedap

Rehat sekejap

Apalah nasib..

Tadi (jam 9 semalam) aku tengah buat blog kupi2 ni. Lepas buat, ngam2 PC kena bluescreen! Kalau sudah biru2 ni, kompom lah kena restart. Tapi bila aku restart, ffffuuuu! tidak dapat on pula. jadi seperti biasa, aku bukan expert pasal pomat2 pc ni.

Berbekalkan android kuno ni, aku cari la solution di internet. jumpa tu jumpa, sekadar teori la. bila aku buat praktikal di pc ni. tidak jadi2. haha

Yang pelik, aku berniat mahu pomat terus ni pc, tapi bila da sampai hujung2, bluescreen itu muncul! #bikin panas. Bayangkan kerja 1 jam bolej jadi overtime pula. 6 kali percubaan ok. bluescreen semua.

Nasib baik aku ni penyabar (ceh). Berbekalkan doa dan 2 cawan nescafe, sambil kupi2, aku main twitter untuk lepas stress haha. Akhirnya keajaiban berlaku! no more bluescreen. #syukur. :)

Lepas habis pormat, kena pula atur setting pc ni balik, instol itu, instol ini. Tengok2 sudah subuh pula. Alang2. Lepas ni mahu kupi2 la lagi ni. Biar kick sampai pagi. haha

KUPI2: blog kedua.

Salam semua.

Sudah lama tidak menulis (menaip) dalam struktur ayat sabahan yang betul. :)) yalah, blog tiba2jam6petang  tu lebih kepada sebuah blog yang berbahasa Melayu Malaysia dan perkataannya menggunakan perkataan standard yang tersusun walaupun ada sekali skala keluar juga ayat dan struktur Sabahan itu. :D

kenapa buat blog kedua?

0. Tamahak bah ni mau juga buat blog lain. bikin panas. :))

1. Blog ini aku buat untuk meluahkan pendapat, idea dan mungkin juga entry2 personal kerana seperti yang sedia maklum, blog tiba2jam6petang merupakan sebuah blog yang "saja-saja" dan entry blog tersebut lebih kepada hiburan dan informasi (mungkin). Jadi, amat tidak sesuai jika digambungkan kerana pada aku, entry personal, ataupun idea serta ulasan isu semasa tidak patut dicampur sekali. :D

2. Sebenarnya tidak la sangat berat pun isu2 dalam blog kupi2dulu ni. Ianya lebih kepada santai. lepak sambil berbincang. sudah nama kupi2 kan :D

3. Blog ini juga khas aku buat untuk berinteraksi dengan rakan2 sabahan dan para Wasaber. Oleh kerana aku lebih gunakan struktur dan ayat sabahan didalam blog ini, haraf maaf kepada yang bukan Sabahan, jika terdapat sebarang ketidakfahaman. jangan malu bertanya ok :)

4. Aku still gunakan penulisan standard dalam blog ini tapi mungkin struktur dan ayat Sabahan tidak akan ditapis2 di blog ini (kerana dalam blog tiba2jam6petang , aku sedikit risau rakan2 yang bukan sabahan nda (tidak) faham kalau guna full Sabahan.

5. Blog ini juga secara rasminya akan menjadi blog kedua (ditirikan haha) dan sebarang update mungkin lambat dan sikit2 saja. hehe

ok, cukup lah setakat ini saja, nanti kalau ada masa dan blog sudah update, rajin2 kamu kupi2 sini ah. Aku belanja bah :D

p/s: aku baru konvo di ums, kasi doa aku cepat dapat kerja, kalau tidak blogging jak kena buat hari2 ni. haha

Saja2: my convocation 2

Entry saja2 sebelum ini ditujukan kepada semua kawan2 yang terlibat. Entry kali ini cerita pasal diri sendiri pula :D seperti yang aku cakap sebelum ni, memang tidak banyak gambar yang diambil.

Sedih huhu Time konvo tu pun, kamera tiba2 buat hal, ntah macamana tiba2 setting boleh rosak. Sampai rumah, baru kamera tu dapat kembali seperti biasa :( Tidak apa lah, mungkin nanti aku akan mengambil gambar bersama keluarga di sekitar UMS sebelum mengembalikan jubah konvo. hehe :D

Saja2: convocation.

Syukur kepada Allah.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga, orang tersayang, guru2, pensyarah dan tahniah kepada kawan2 di UMS yang telah selamat berkonvo. 28/11/2011 merupakan hari konvo aku. Tidak disangka, begitu jauh aku berjalan mencari ilmu, akhirnya perjalanan aku terhenti pada hari tersebut. Harap selepas ini akan ada peluang lagi untuk menimba ilmu kerana ilmu itu ada di mana2 bagi yang dahagakannya.


Sebenarnya masa konvo ni paling penat. Penat duduk tengok orang naik pentas. Lapar lagi la, perut ni miskol2 sudah. Tapi yang tidak bestnya, tadi konvo waktu petang, lepas habis, diluar sudah gelap dengan hujannya sekali, mahu cari kawan2 untuk bergambar pun sudah tidak sempat. Masing2 sibuk dengan family. Apapun Semoga semua bahagia selepas ini dan mendapat perkerjaan yang baik2. :)

This entry dedicated to:
Joan Anthonia
Bernadette John
Kevin Vincent
Hamsa Hassan
Mohamad hanif Shahvl Hameed
Sadan Enggau
Syariel Abdullah
Syaufiq Abd Karim
Elnetthra Polly
Pravina Pretonia Lisen
Lingges Palani
Lee Shukim
Aloysius Malius
Aqilah Ahmad dahalan
Cheng Liang Ching
Chian Moi Shen
Zainuddin Baco

Dan kepada semua kawan2  program Fizik dengan elektronik dan kawan2 UMS yang berkonvo pada Konvokseyen UMS yang ke 13 ini.

p/s: Bertekad Cemerlang.

kredit gambar : Hbh Hamsa Bin Hasan (tarikh sebenar 28/11/2011)

Saja2: pre convo 1

Menjelang dekatnya hari yang dinanti-nantikan, iaitu hari konvo UMS (lebih kurang 2 bulan) mesti ramai student2 UMS yang bertekad cemerlang sedang sibuk mencari bajet untuk konvo nanti. kenapalah konvo UMS kali ini lambat sangat. UTM dan beberapa Uni lain sudah pun habis konvo. Apapun, tidak sabar rasanya ingin memegang segulung ijajah yang dari zaman muda remaja dulu, cikgu suruh menulis karangan, melukis lukisan, membaca sajak dan sebagainya yang berkaitan segulung ijajah dan menara gading. Setelah menempuh beberapa pengembaraan, akhirnya aku telah sampai kepada harta karun yang menjadi legend (kunun) ketika di bangku sekolah.

kredit gambar: vanillachang

Saja2: FE

Entry khas ditujukan untuk rakan-rakan seperjuangan iaitu pelajar program Physics With Electronics UMS. Gambar-gambar ni aku ambil secara random daripada gambar yang ditag di FB.