Asal 'dari tadi pagi'

Salam semua.

Sudah baca #mycomic 14: the origin of Dari Tadi Pagi di blog tiba2jam6petang? :D Seperti yang aku taip janjikan, aku mahu cerita pasal asal usul 'dari tadi pagi'. Apa benda sebenarnya dari tadi pagi ini?

Dari tadi pagi sebenarnya nama official yang aku pilih sebagai nama samaran di internet. Aku rasa nickname untuk internet sangat perlu ada untuk orang yang sukakan privisi dan tidak terlalu formal terutamanya sebagai seorang penulis/penaip blog dan sebagainya.

"bagus-bagus ada nama parent bagi, ish2.. nak bajet cool lah tu"

Ya kawan, nama betul aku dalam ic sudah cukup bagus lagi somboy tapi, aku mahukan privisi nama dan gunakan nickname untuk penulisan/penaipan artikel tidak formal, mahupun untuk bersosial di laman web. Pada masa yang sama mestilah pilih nama yang nampak cool, unik, pelik dan kalau pilih nama tahi2 pun tiada kaitan dengan kau. u mad bro? :D

Sebenarnya sebelum menggunakan nama dari tadi pagi ini sejak tahun awal 2008, aku sudahpun menggunakan nama lain, tapi semua nama itu hanya bersifat sementara (macam nickname main counter strike)

Dari tadi pagi berasal daripada perbualan dan prank seorang kawan semasa berada di Kolej Matrikulasi Labuan. Jadi prank ini selalu aku gunakan semasa di sana untuk troll orang yang bertanya 'kau dari mana'? dan aku jawablah 'dari tadi'. Hehe.

Jadi satu hari, semasa online di sebuah cyber cafe bandar Labuan, masa tu aku masih guna friendster, ya masih guna friendster dan demam friendster masih panas. Secara tiba-tiba pula aku mendapat idea untuk menggunakan nama 'dari tadi'. Wait! dari tadi? mana 'pagi' dia?

Nama asal dan nama pendek dari tadi pagi ialah dari tadi. perkataan pagi tersebut datang daripada layout friendster aku yang berwarna hijau. (aku suka warna hijau ni). Warna hijau bagi aku sesuatu yang fresh, nyaman dan tenang. Jadi waktu yang fresh, nyaman dan tenang selalunya waktu pagi. Pada masa yang sama juga, aku saja2 mahu penuhkan ruangan 'last name' dalam setting tu jadi, sumbat masuk ja lah perkataan 'pagi'. Melekat pula. maka....

tercipta lah nama dari tadi pagi yang selalunya datang dengan warna hijau. B-)


Sekarang semua orang dah tahu dan tidak payah dijelaskan lagi kenapa nama kau pelik sangat. Semasa blogwalking, aku lebih selesa tinggalkan jejak dengan nama dari dan dari tadi. dan orang selalu reply dengan singkatan dtp. Ok jak bah kalau kau. hehe

Aku suka nama dari tadi pagi ni, sebab ianya nampak original dan tiada pengaruh bahasa asing. Jadi macamana dengan nama kamu pula? :>

Jadi berhenti setakat ini, mari kupi2dulu dan selamat tahun baru :)

p/s: Eh, WSB nda da BOTM pasal nama pura di internet ka? Bulih juga aku join ni haha.

No comments:

Post a Comment