Bahasa apakah ini? +qWxYZ.

Apa pendapat anda?

"Kalau berkupel pun, berpada-pada. Suke lettew ponkoq hang. Apa pun dapat lihat huruf x dan w. Jangan rogol bahasa kebangsaan kita"


Post diatas aku rembat daripada post kawan di FB.


Semakin zaman maju, semakin menjadi-jadi dan semakin pelik pula bahasa anak muda zaman sekarang.

Mengenai hal ini, Siapa2 yang buat, tulis, taip dan apa2 sahaja perkataan dan bahasa seperti diatas, kalau boleh sila lakukan secara private (sms, chatting, email) ataupun hentikan terus dan elakkan untuk tatapan umum. Bikin panas. Kalau sekali sekala, masih boleh diterima, tapi kalau sudah jadi tabiat, ianya sangat menjengkelkan orang lain tahu?

Keybord rosakkah?

Tahulah facebook tu kamu punya, post status kamu punya hak, tapi kamu tidak dapat menghalang orang daripada butthurt dan annoying lihat post kamu yang macam ni. Kalau orang tegur kamu marah kan?

Seperti juga kamu membuat bising di taman awam, bukan suka2 buat bising. Orang akan annoyed dan marah.

Sila gunakan perkataan dan ayat yang betul dan mudah difahami kalau tulisan anda dipamerkan secara terbuka. Tidak kisah la kamu gunakan singkatan, rojak (english++) tapi tolonglah, jangan trip (mahu tunjuk) kiut dengan tulisan sebegitu.

Bahasa lain macamana pula?

Hey, itu bahasa orang, dah digunakan secara meluas sejak zaman berzaman. Tiadanya sindrom qWzyX! Bahasa yang kamu guna tu bahasa apa alien? itu sangat jelas bahasa Kebangsaan yang diubah dengan kreatifnya oleh kamu supaya nampak manja serta kiut miut lagi berstail (kononlah :D). Tapi yang pelik apakah  benda qWxYz yang berleluasa tu? kanser kah?

Akhir sekali, aku bukan mahu ulas panjang2 pasal gejala macam ni pun, tapi ianya makin banyak sekarang, Mungkinkah ianya bakal menjadi trend orang2 muda pada zaman akan datang?

Aku tidak sangup bahasa Kebangsaan menjadi rosak dengan sindrom qWxYz ini dan anak muda pada zaman akan datang mula menulis di blog2 mereka dengan bahasa yang aku pangil sindrom qWxYz! Who knows.

Jadi harap jangan jangkitkan lagi penyakit bahasa ini. sekian.

kupi2dulu :))

p/s: saya butthurt dengan tulisan sebegitu. u mad? problem?

1 comment:

  1. mmg sgt2 annoying.. aku benci sapa2 yg guna bhasa alien ni.. >:) muehehehe..

    ReplyDelete