Bersin apabila terkena matahari

Time selesema ni teringin pula mau cerita pasal bersin.

Sebab kalau selesema, mesti bersin dulu, baru la tu hingus meleleh-leleh ke ladang gandum keluar :))

Kamu pernah dengar orang bersin disebabkan cahaya matahari? Atau kamu merupakan 30% populasi dunia yang mengalami keadaan seperti ini? Bersin bukan sahaja disebabkan habuk dan alergik, malah cahaya matahari.

Sekurang kurangnya 1 daripada 3 orang akan mengalami keadaan yang dipanggil photic sneezing atau sun sneezing ini. Dan semestinya aku adalah salah satu daripadanya. :-S

Namun masih boleh dianggap bagus sebab aku bersin secara standard jak, 2-3 kali haha tapi, ada orang yang bersin boleh mencapai 40 kali disebabkan sun sneezing ini! (mungkin kritikal betul ni).

Dan sudah bukan nasib badan apabila semasa aku jadi pelajar di UMS dulu, sekolah Sains Dan Tekologi (SST) punya jalan masuk, menghadap timur, jalan keluar menghadap barat. kenapa?

Sebab kalau pergi kelas pagi, mesti lah sepanjang perjalanan tu menghadap matahari sedang terbit, bersin. Kalau kelas habis petang, pulang tu menghadap matahari mahu terbenam di arah barat pula, bersin lagi. Begitulah setiap hari sepanjang 3 tahun disana.

Tapi tidak kerap lah juga bersin sebab aku mula pro mengawal keadaan, yang penting jangan tengok keatas, teruskan jalan haha.

Sebenarnya, Benda ni sudah normal bagi aku dan tidak sikit pun menganggu kehidupan :D

No comments:

Post a Comment