Blog, hacker dan hacked..

Cerita pasal apa ni?

Baru tadi, berlambak aku tengok orang update pasal blog kena hack.

Aku bukan pakar pun pasal godam mengodam ni. Tapi malang sekali kalau blog anda di hack kerana ini akan mengangu perasaan dan juga kehidupan anda. haha maksud aku, menghilangkan mood anda untuk blogging ataupun facebooking. true.

Apa yang bagus pasal hacker tu, mereka hack blog orang untuk mengingatkan admin bahawa sekuriti blog mereka sangat lemah. Mereka tidak kacau pun kandungan atau ubah apa2 di dalam blog anda.

Tapi bikin panas juga, hack2 hak benda orang.

Apa yang perlu anda lakukan bila dah kena hack ialah contact hacker tersebut (kalau boleh) atau terus hantar email ke google (bloggerhelp) untuk backup blog anda. senang.

Seperti aku kata tadi, aku tidak tahu pasal hack dan menghack ni. Apa yang aku lakukan untuk tingkatkan sekuriti blog dan facebook aku?

Dari awal lagi aku ada beberapa email yang tidak connected antara satu sama lain. Aku sediakan satu key email yang digunakan untuk login facebook, blogger dan hantar dokumen2 penting. Email ini tidak akan dedahkan kepada umum. ( mungkin hacker pro dan nekad, mereka tahu cara untuk dapatkan key email ni. kacang bagi dorang.)

Jadi email yang aku dedahkan kepada umum dan untuk digunakan oleh kawan2 atau sesiapa saja adalah email lain yang tiada kaitan dengan key email.

Aku tidak tahulah kalau hacker boleh hack blog tanpa guna id email dan pasword mangsa?
Mungkin guna proxy, ip adress atau apa2 cara lain?



Lagi satu, elakkan web pishing  dan email spam yang meminta anda klik, atau memasukkan data-data peribadi anda. Sila berhati2 dengan ini.

Password mesti power. Tiada kaitan dengan nama dan details anda (no ic, matrik, tarikh lahir..etc..). Sekarang banyak softwere yang dibuat untuk menyusun kebarangkalian pasword anda. Tinggal masuk beribu email, then masukkan beribu pasword dalam softwere tu. Ianya akan menjalankan tugas untuk menghack akaun email anda. kalau kena, memang nasib lah.

Ini aku ada tahu dan pernah lihat depan mata sendiri 'orang' hack email2 yang limited dan rare untuk dijual balik. Bisnis nih. :D

Ok paling last. Hackers sekalian, tolong jangan hack blog aku, kalau mahu kupi2, tiada masalah. jom buat nescafe! :))

No comments:

Post a Comment