Don't touch that cucumber!

''Don't touch that cucumber! Islamic cleric bans women from touching 'penis-shaped' foods in case it arouses them''

Itulah tajuk artikel yang diterbitkan di dailymail.co.uk boleh baca sana (klik link) kalau mahu tahu lebih lanjut.

Apa yang aku mahu ulas disini ialah, kesahihan berita yang ini tidak begitu jelas dan seolah2 ingin menonjolkkan imej yang buruk terhadap agama Islam.

Ulama yang mengeluarkan kenyataan tersebut juga tidak disebutkan seolah2 ianya hanya satu propaganda menguatkan sentimen anti islam di eropah melalui media barat.

Kita tidak tahu sama ada ulama tersebut betul2 mengeluarkan kenyataan tersebut, jika ada, mungkin ianya hanya pendapat peribadi untuk mengulas kes yang dilaporkan oleh Egyptian news website Bikya Masr.

Seperti yang sedia maklum, sebarang hukum yang dikeluarkan mestilah melalui kesepakatan majlis ulama dan bersandarkan Al-Quran serta hadith. Jadi, ulama yang disebutkan diatas, tidak jelas identitinya serta hujah2 (yang tertulis pada akhbar tersebut)tidak jelas sumbernya..

Apabila membaca berita tersebut, mungkin pandangan orang yang bukan beragama Islam akan berfikir bahawa seolah2 Islam itu begitu susah, banyak pantang larang dan cerewet.

Namun kebenarannya.
Islam itu sungguh indah jika dikenali dan dipelajari dengan hati yang ikhlas dan bersumberkan Al-Quran serta Hadith2 sahih.

p/s: aku bukan pakar agama, jadi sila maafkan jika ada salah. Aku juga tidak akan mengulas menggunakan sebarang ayat daripada al-Quran dan hadith kerana takut jika tersalah tafsir, ianya berdosa. Jadi biarlah orang2 yang benar2 layak sahaja mengulasnya dengan hujah2 yang tepat :)

p/s after p/s:
jangan salahkan agama, kerana agama itu mengajarkan kebaikan. salahkan pengikutnya yang tidak mengikut ajaran agama.

No comments:

Post a Comment