Gerhana bulan

Bila pasang lagu 'awan yang terpilu' daripada ning baizura malam ni mesti semua orang rage sebab ada yang tidak nampak gerhana. :))

Yalah sekarang ni musim hujan, jadi diluar tu awan tebal jak. Nanti kalau rajin aku pergi luar juga tengok bulan. haha

Gerhana yang lepas tu aku tidak sedar pun. sebab tertidur, Besok pagi baru teringat balik semalam ada gerhana. Nyamannya tidur malam itu!

Sebut pasal gerhana bulan ni, heboh satu malaysia

"besok gerhana", "gerhana yang jarang2 berlaku", "mesti tengok", "dapatkan teleskop", "jom lepak tepi pantai", "balai cerap dimana?"

Jadi dengan kesempatan yang ada ini, jangan lepaskan peluang, jangan malas untuk melihat ciptaan Tuhan yang jarang2 dilihat ni. Keluar 1 minit, tengok bulan dan bersyukur dengan keindahan malam pun dah cukup bagus.

kalau mahu lepak lebih lama, apa salahnya ambil keropok, buat nescafe. kupi2 dibawah gerhana bulan. :))

No comments:

Post a Comment