KUPI2: blog kedua.

Salam semua.

Sudah lama tidak menulis (menaip) dalam struktur ayat sabahan yang betul. :)) yalah, blog tiba2jam6petang  tu lebih kepada sebuah blog yang berbahasa Melayu Malaysia dan perkataannya menggunakan perkataan standard yang tersusun walaupun ada sekali skala keluar juga ayat dan struktur Sabahan itu. :D

kenapa buat blog kedua?

0. Tamahak bah ni mau juga buat blog lain. bikin panas. :))

1. Blog ini aku buat untuk meluahkan pendapat, idea dan mungkin juga entry2 personal kerana seperti yang sedia maklum, blog tiba2jam6petang merupakan sebuah blog yang "saja-saja" dan entry blog tersebut lebih kepada hiburan dan informasi (mungkin). Jadi, amat tidak sesuai jika digambungkan kerana pada aku, entry personal, ataupun idea serta ulasan isu semasa tidak patut dicampur sekali. :D

2. Sebenarnya tidak la sangat berat pun isu2 dalam blog kupi2dulu ni. Ianya lebih kepada santai. lepak sambil berbincang. sudah nama kupi2 kan :D

3. Blog ini juga khas aku buat untuk berinteraksi dengan rakan2 sabahan dan para Wasaber. Oleh kerana aku lebih gunakan struktur dan ayat sabahan didalam blog ini, haraf maaf kepada yang bukan Sabahan, jika terdapat sebarang ketidakfahaman. jangan malu bertanya ok :)

4. Aku still gunakan penulisan standard dalam blog ini tapi mungkin struktur dan ayat Sabahan tidak akan ditapis2 di blog ini (kerana dalam blog tiba2jam6petang , aku sedikit risau rakan2 yang bukan sabahan nda (tidak) faham kalau guna full Sabahan.

5. Blog ini juga secara rasminya akan menjadi blog kedua (ditirikan haha) dan sebarang update mungkin lambat dan sikit2 saja. hehe

ok, cukup lah setakat ini saja, nanti kalau ada masa dan blog sudah update, rajin2 kamu kupi2 sini ah. Aku belanja bah :D

p/s: aku baru konvo di ums, kasi doa aku cepat dapat kerja, kalau tidak blogging jak kena buat hari2 ni. haha

2 comments: