Lagu bruno mars yang boleh memurtadkan.

Lagi post yang dirembat dari Fb untuk dikongsi.

Umat Islam seluruh Malaysia yang dikasihi, pernah dengar lagu It Will Rain - Bruno Mars? Lagu tu boleh memurtadkan seseorang melalui percakapan. Contoh baris yang terdapat dalam lagu tersebut :

There's no religion that could save me (tiada agama yang boleh selamatkan aku),
No matter how long my knees are on the floor (tak kira berapa lama melutut di lantai)

Ingat, murtad boleh berlaku melalui pertuturan juga.
♥Sebarkan demi akidah♥


Siap copy dengan love tu sekali :D

Ini perkara melibatkan iman dan akidah. Sebelum ni, kamu tidak berniat dan bermaksud untuk meluahkan (baca: menyanyi) lirik daripada lagu tersebut. sekarang dah tahu, sila ambil perhatian dan elakkan daripada lagu yang berunsur anti-agama dan yang boleh membatalkan iman anda sebagai seorang yang beragama Islam.

Islam itu mudah, yang menyusahkannya ialah diri kita sendiri. Jangan nyanyi lagu seperti ini, simple dan mudah kan? Ada banyak lagi lagu lain boleh dengar dan nyanyi.

Bruno Mars ialah agen freemason!#jk:))

p/s: Aku pun sebelum layan lagu yang best dari bahasa lain, aku akan chek dulu lirik dia bebas daripada perkara sebegini:)

No comments:

Post a Comment