Status FB of the day : atasi masalah makanan kucing tidak cukup

Betul!

"Jangan buang kari ikan yang basi..mula2,korg buangkan kuah yg busuk 2,then sila cuci ikan yg ad dlm mgkuk td.rebus semula ikan tsebut dgn letak garam skit.. Stelah masak,bolehla dihidangkn.

P.s :- itu bkn utk anda,tp utk kucing.hehe
"

Memang betul pun apa yang status FB di atas ni cakap.

Dirumah ni banyak kucing, kalau setakat beli makanan kucing, memang tidak cukup untuk dorang makan! lagi2 memang makanan kucing mahal.

Kalau seekor 2 kucing, tidak apa untuk beli makanan kucing, tapi ni kucing pandai beranak pinak juga, sekarang dah 8 ekor! 4 ekor betina tu mungkin akan ada anak lagi dalam masa 3 bulan nih. makin banyak tahu.

Mahu buang, tidak sampai hati, tu makhluk tuhan juga, kesian. Mahu bagi orang? telampau sayang pula :))

Jadi bagaimana menyelesaikan masalah makanan kucing ini di rumah ini?

1. Ada tangki dan kolam ikan disini anytime kalau dah tiada makanan dorang, boleh ambil (setakat ni masalah makanan dorang masih ok dan cukup).

2. Datuk aku seorang nelayan, jadi lepas balik dari laut, kadangkala ada ikan kecil2 tu, aku pergi minta lah. hehe

3. Lebihan makanan! ya family aku ni ramai juga, jadi kalau lepas makan tu, banyak la lebihan tulang dan kuah muah. (kadang2 aku baik hati, aku ambil lauk tu, bagi terus dengan dorang)


Setakat ini kucing2 tidak kebulur lagi. Syukur sebab rezeki sentiasa ada untuk dorang. :)

Yang paling tidak best bila dorang dapat tikus, cicak, lipas, katak dan lain2 dorang akan bawa masuk rumah. Bukan dimakan juga, kena main sampai mati, then kasi tinggal cam tu jak. nasib aku bukan tahap metal, kalau tidak kasi masak tu benda kasi makan dorang haha :))

Ada satu kucing tu, dia bawa masuk buah badminton. dekat 5 biji sudah. Ntah buah badminton siapa yang dia rembat dan dari mana. ish3..

Jadi kepada yang banyak kucing tu, pandai lah jaga. Kalau tidak mampu jaga, bagi jak sama orang yang mahu jaga, Jangan main buang. kesian kucing.

Mbah kalau sudah baca, kupi2 dulu :D

No comments:

Post a Comment