Pasal homoseksual

Kick kena nescafe. tidak dapat tidur.

Buat masa ni belum ada lagi ulasan ilmiah. idea tidak masuk. Tapi mahu juga bercerita nih. Tengah hot cerita pasal lelaki melayu kawin lelaki tu kan? Baru juga hari tu kecoh pasal seksualiti merdeka, muncul lagi isu2 macam nih. Hmm so gay, so homo.

Terdapat juga blog2 yang mengulas pasal homoseksual ni dan melawan arus dengan menyokong kebebasan seksual atas alasan hak manusia dan freedom. Jangan mau rebel sangat lah, ini Malaysia negara yang penuh dengan adat ketimuran dan agama sebagai tunjang hidup. Kau pergi lawan arus kenapa? tidak percaya agama dan budaya sudah? zaman moden?  Nanti kau kawin, kau akan pakai juga agama dan budaya kau.

Dalam isu homoseksual ni, dahulukan ajaran agama. Kita ada agama dan budaya. Agama larang benda ni, kita mesti patuhi dan hindarkan budaya homoseksual. Ini bukan budaya kita. Tapi ini tidak bermaksud kau benci golongan homoseksual ini.

Dan pada golongan homoseksual, aku tahu yang kamu tidak berniat pun mahu homo2 kan, sudah naluri begitu dan menjadi cabaran hidup kamu. Harap2 kamu lawan naruli homoseksual tu dan aku doakan suatu hari kamu akan menjadi normal kembali.

Yang normal pula, sudah2 la membenci golongan homoseksual ni, hentikan diskriminasi terhadap golongan ini. kamu mungkin cakap,  "apa lah best sangat suka dengan orang yang sama jantina nih, bagus2 ada pasangan berlainan jantina"

Ini ibarat, kamu bukan homoseksual, tapi dipaksa menyukai orang yang sama jantina dengan kamu, sangat susah kan? Begitulah juga betapa susahnya golongan homoseksual untuk mengubah naluri mereka untuk menyukai orang yang berlainan jantina dengan mereka. Ini kerana naluri ini bukan disengajakan.


well..well..mengulas banyak ni, macam pakar.:)) Tapi ini ialah apa yang aku dapat daripada hasil bacaan dan pemerhatian aku selama ini. Harap maaf kalau ada yang menguris hati kamu semua.

Akhir sekali, jom kupi2, dan aku seorang yang normal. stright. :)

No comments:

Post a Comment