Aku dan Arsenal

Seperti kembali ke zaman muda apabila melihat Thierry Henry bermain semula dengan Arsenal dan lagi epic apabila beliau menjaringkan gol kemenangan mengatasi Leeds Uniter 1-0 dalam piala FA.


Mengingat kembali pada tahun 1998, iaitu piala dunia yang pertama bagi aku dan waktu aku berumur 9 tahun. Pasukan yang aku sokong waktu itu adalah pasukan Perancis yang juga merupakan tuan rumah dan pemenang piala dunia ketika itu dengan membenam Brazil 3-0.

Sebenarnya daripada piala dunia inilah aku mengenali Thierry Henry dan Zinedine Zidane, Ronaldo, Patrick Vieira dan lain2 pemain terkemuka dunia terutamanya daripada skuad kebangsaan Perancis. Pada saat ini belum pun ada pasukan EPL yang aku minat, dan aku tidak tahu langsung pasal EPL.

Apabila mula tahu kewujudan EPL, pasukan pertama yang aku tahu ialah Aston Villa. Tapi sayangnya aku tidak meminati pasukan tersebut kerana masih tercari2 dimanakah kelab bolasepak yang diwakili oleh Thierry Henry, Zinedine Zidane, Patrick Vieira.

Akhirnya selepas zaman millenium, aku mengetahui Thierry Henry dan Patrick Vieira dan beberapa pemain daripada perancis bermain untuk Arsenal dan sejak dari itulah aku mula meminati pasukan Arsenal walaupun satu persatu mereka meninggalkan Arsenal dan Thierry Henry meninggalkan Arsenal pada tahun 2007 untuk menyertai Barcelona.

Walaupun aku bukan peminat fanatik, tapi Once a Gooner, always a Gooner.

No comments:

Post a Comment