Mahasiswa/i, politik dan AUKU.

Salam semua.

Sejak akhir2 ni, ada beberapa perkara yang melibatkan pelajar U dan juga tuntutan memansuhkan AUKU.. Ada pihak yang menafikan pergerakan pelajar ini tidak ada agenda politik melainkan tuntutan pemansuhan AUKU. Tapi yang pelik, terdapat penyokong politik yang turut serta dan berada di tempat kejadian. Itu bukanlah perkara yang ingin aku ulas disini.

Manusia, jika tidak dikawal menggunakan peraturan, pasti akan naik kepala dan buat sesuka hati atas nama demokrasi. Tiada pun negara di dunia yang betul2 mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara 100%. Fakta.

AUKU, akta yang melarang Mahasisawa/i trelibat dalam kegiatan politik dilihat semakin tidak relevan. Untuk memansuhkan AUKU ini, aku sokong. Tapi kenalah ada peraturan baru untuk mengawal situasi pemansuhan AUKU ini.

"Apa ni, kau sokong mansuhkan AUKU, Tapi diganti dengan peraturan baru, manakah demokrasi?"

Jangan terlalu cepat buat kesimpulan. Tahukah anda bukan semua pelajar sibuk dan berminat mahu berpolitik semasa belajar? Aku percaya, ada lebih ramai lagi pelajar yang langsung tidak berminat mahu berpolitik. Jadi pihak berwajib patut membuat beberapa cadangan untuk menangani isu AUKU ini. Pendapat aku mengenai penglibatan  pelajar dalam politik negara dan serta peraturan yang perlu dipatuhi ialah;

1. Pelajar harus cukup umur dan syarat jika mahu berpolitik. Kalau masih bawah umur, jangan sibuk mahu berpolitik.

2. Pelajar yang berminat mahu berpolitik sahaja dan cukup syarat SPR wajib mendaftarkan diri sebagai pengundi dan nama mereka harus disenaraikan, dicetak pada student card mereka.

3. Pelajar yang tidak mahu terlibat dalam politik, bebas untuk menumpukan pelajaran mereka tanpa dipaksa. Kalau mahu berpolitik, sila daftar. Kalau didapati anda berpolitik tanpa syarat2 yang ditetapkan diatas. Itu salah kamu, dan patut dihukum. Mana boleh berpolitik kalau tidak cukup syarat dan mahu sertai parti politik pun mahu register tahu.

4. Kawasan universiti mesti bebas daripada agenda politik, kempen, dan sebagainya. Jadi pelajar yang berminat untuk berpolitik, sila jalankan aktiviti anda di luar kawasan universiti. Jangan kacau dan buat hal dalam kawasan Universiti.

5. Cukuplah Majlis Perwakilan Pelajar sahaja yang wujud sebagai 'politik' sedia dalam kawasan universiti. Kalau politik melibatkan parti2 kerajaan dan pembangkang, sila buat aktiviti anda kelaut di luar.

Jadi daripada pendapat aku diatas, pelajar yang berminat pergilah berpolitik puas2 (baca: sebarang akibat sila tanggung sendiri) dan jangan kacau mereka yang tidak mahu berpolitik serta buat hal di kawasan2 seperti tempat beribadat, hospital, sekolah dan universiti. Tidak relevan anda berpolitik di kawasan tersebut.

Pendapat aku diatas berdasarkan penyataan 'jika AUKU dimansuhkan'. Sekian.

jangan stress, kupi2dulu lah :D

1 comment:

  1. agak setuju..politik kampus dlm kampus, politik luar debat dekat luar...boley dipertimbangan.. :)

    ReplyDelete