Jangan bunuh internet.

Macam tajuk drama pula.

Sebenarnya aku cuma mahu buka suatu topik yang mungkin tidak terlalu berat, tapi, aku mahu sampaikan kepada semua pembaca.

Dengan wujudnya dunia internet, sudah pasti kita akan dapat kongsikan banyak info dan pelbagai maklumat.

Sebenarnya apa yang aku maksudkan dengan membunuh internet ialah, apabila anda terbitkan suatu bahan di dalam blog dan laman web yang bukan asal (original) daripada anda sendiri, anda tidak kreditkan dan linkkan kepada sumber tersebut. Tidak susah mana pun untuk meletak link kepada sumber asal bahan yang anda ambil.

Anda sudah ambil bahan daripada website sekian sekian walaupun tanpa memberitahu pemilik website tersebut. Apa salahnya meletakkan kredit kepada website tersebut sebagai tanda penghargaan dan juga sedikit pencarian ilmiah anda dalam dunia internet.

Tidaklah orang lain memanggil anda sebagai 'pencuri' bahan daripada website lain. Ini kerap kali terjadi kepada bahan2 dalam blog aku sendiri.

Seperti yang anda tahu blog tiba2jam6petang merupakan suatu blog perkongsian bahan2 daripada banyak website dan ditambah dengan penulisan serta sedikit research aku sendiri. Aku juga akan memberikan kredit dan link daripada website yang aku ambil.

Tapi apa yang berlaku, terdapat blog lain yang copy paste bulat2 entry blog aku, termasuk perkataan sekali, namun tidak memberi sedikit pun kredit kepada blog aku. Lebih sadis, aku sendiri yang lihat entry tersebut melalui dashboard blog aku.

Aku tidak kisah jika anda tidak mahu kreditkan link kepada blog aku, tapi sila buat ayat dan perkataan sendiri. Jangan copy (baca: sebiji) setiap ayat dalam blog aku untuk di paste ke dalam blog anda tanpa kreditkan blog aku. Ini sudah kes mencuri namanya.

Dan juga jangan lupa kreditkan gambar yang anda ambil daripada entry blog aku kepada pemilik asal atau laman web yang menerbitkan gambar tersebut yang selalunya aku letakkan di penghujung entry.

Aku rasa curi mencuri entry ini adalah perkara biasa dalam dunia blog dan anda semua boleh tahu blog copy paste tanpa kreditkan sumber asal, cuma lihat gaya penulisan pemilik blog yang kerap kali berubah2 sahaja ;)

Akhir sekali, jika anda mahu dikenali sebagai blogger yang mempunyai penulisan dengan gaya dan trademark tersendiri, sila taip blog anda dengan gaya penulisan sendiri dan jangan lupa untuk kreditkan setiap gambar dan ayat yang anda copy paste bulat2 dari sumber lain. Sekian.

why so serious? kupi2 dulu ah :D

No comments:

Post a Comment