Saja2: Membeli buku karya Muhammad Alexander.

Hari ni aku pergi ke kedai buku.

Sebenarnya 1 minggu yang lalu aku ada ke kedai buku juga tengok2 bahan bacaan yang menarik. Seperti biasa, aku akan ke kedai buku komik dulu, lihat kalau2 ada Lawak Kampus yang baru. Harap2 Keith akan keluarkan lagi jilid 13 dan aku juga tunggu karya terbaru daripada Zint. Tapi hampa belum ada.

Jadi, untuk tidak mensia-siakan duit (untuk beli komik) tersebut, aku pergi cari bahan bahan yang ilmiah sikit. Terfikir juga untuk mula mengumpulkan koleksi buku2 ilmiah pula (konon). Lagipun sebab utama aku lebih suka beli komik daripada bahan ilmiah kerana kebanyakan bahan ilmiah aku hanya cari melalui internet. Mungkin dengan membeli buku, bolehlah aku meluangkan masa kepada benda lain daripada online sahaja.

Sebenarnya buku yang aku beli bukanlah ilmiah sangat pun, ianya lebih kepada subjek sejarah. Buku tersebut ialah hasil penulisan Muhammad Alexander yang bertajuk Yakjuj Dan Makjuj: 5 gelombang Pembawa Bencana.

Sebelum ini beliau juga pernah menulis Beberapa buku seperti 'Yakjuj Dan Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung' dan 'Alexander adalah Zulkarnain'. Walaupun aku belum membaca kesemua buku beliau, namun aku sudah membaca beberapa review2 dan kritikan serta pujian pembaca (secara online) mengenai buku yang ditulis oleh beliau.

Mengenai buku yang aku beli? Well, apa yang menarik minat aku untuk membeli buku ini ialah kerana kajian ilmiah (sejarah) yang terdapat di dalam buku tersebut. Sudah tentunya 'ancient history' yang memang salah satu bahan bacaan yang aku suka baca (secara online) pada masa lapang.

Mengenai persoalan yakjuj dan makjuj pula, sebarang pendapat dan juga ulasan yang terdapat di dalam buku tersebut mungkin boleh diterima sebagai pengetahuan dan juga membuka minda kita untuk berfikir.

Nanti ada bajet dan masa, aku akan cuba membeli buku lain pula. Jadi aku akan kurangkan masa untuk online beberapa hari ini untuk menghabiskan buku setebal 749 muka surat dan sudah tentulah sambil kupi2! :>



1 comment: