Sedikit cerita mengenai buku Yakjuj & Makjuj.

Sedikit 'cerita' daripada buku hasil penulisan Muhammad Alexander yang bertajuk Yakjuj Dan Makjuj: 5 gelombang Pembawa Bencana.


Sebenarnya aku tidak pernah buat review atau ulasan mengenai buku yang dibaca dan memang tidak akan buat review. Mungkin aku kurang berbakat dalam memberi ulasan yang bagus. Jadi di sini aku cuma mahu 'cerita' sedikit apa sebenarnya yang terkandung dalam buku tersebut. Setakat ini aku berjaya menghabiskan 7 bab daripada 14 bab dalam buku ini.

Mungkin terlalu awal untuk bercerita kerana baru setengah daripada buku ini aku baca, tapi lebih baik aku ceritakan sedikit sebelum terlupa :>

Seperti yang aku taip dalam entry yang lalu, aku membeli buku ini kerana berminat dengan sumber2 sejarah lama yang di dalamnya dan untuk membaca bahan seperti ini, kita kena membuka minda kerana sebahagian sumber selalunya melibatkan budaya2 asing dan juga kitab2 agama lain.

Daripada pembacaan awal aku, kaum Yakjuj dan Makjuj adalah kaum manusia yang berasal daripada keturunan anak nabi Nuh, iaitu Yafits dan daripada keturunan Yafits ini berkembang menjadi pelbagai bangsa dan kaum nomad yang tinggal di kawasan padang rumput Eurasia. Sejarah mencatatkan bahawa kaum nomad/barbar (e.g Tartar, hun, mongul, sychtia dll) sering menyerang kota2 dan bandar temadun2 awal seperti tamadun Mesopotamia, Indus, Mesir dan juga China. Kaum2 nomad yang menyerang ini sememangnya adalah kaum yang ganas dan merampas serta menjarah tanah yang diserang untuk survival mereka. Daripada tajuk buku ini, terdapat 5 gelombang pembawa bencana yang mungkin merujuk kepada siri serangan2 tersebut.

Dan seperti yang diketahui, kawasan padang rumput Eurosia sangat luas di berada sebelah utara telah dipisahkan daripada kawasan2 bertamadun (terutamanya di lembah2 sungai yang subur) dengan benteng semulajadi (e.g Pergunungan Himalaya, Laut Hitam, pergunungan Kaukasus, Gurun Gobi dll.) yang mengelilingi wilayah padang rumput tersebut. Ianya hanya dapat ditembusi oleh bangsa barbar ini melalui bebrapa jalan. Mengenai tembok yang dibina oleh Iskandar Dzulkarnain, ianya juga ada juga disebut didalam buku ini.

Untuk mengenali asal perkataan Yakjuj dan Makjuj, salah satu kaedah yang digunakan oleh penulis ialah menjalankan kajian lingustik terhadap bahasa bangsa2 yang penah diserang oleh bangsa barbar ini. Dengan kajian lingustik ini, sebarang perkataan yang berkaitan dengan Yakjuj dan Makjuj yang diserap oleh bangsa yang pernah diserang akan dianalisis. Hasil daripada analisis ini, didapati beberpa perkataan berkaitan dengan Yakjuj dan Makjuj yang memberi maksud dan gambaran terhadap ciri2 bangsa barbar masih kekal digunakan dalam bahasa bangsa yang diserang.

Kajian daripada kitab2 lama dan sejarah bangsa lain juga memberi banyak maklumat untuk mengenalpasti siapakah sebenarnya Yakjuj & Makjuj ini. Seperti yang aku tegaskan dalam entry yang lalu, Jika ada sebarang pendapat dan ulasan mengenai Yakjuj dan Yakjuj ini, ianya terpulang kepada anda sendiri untuk menerimanya sebagai pengetahuan dan juga membuka minda untuk berfikir.

Apapun, terlalu awal untu memberi kesimpulan mengenai tulisan2 didalam buku ini.

Aku juga tidak akan menceritakan lebih terperinci mengenai isi buku ini kerana ianya akan menjadi terlalu panjang jika disebut satu persatu dan aku juga belum habis membaca buku ini. Jika anda benar2 berminat, anda boleh membeli dan membaca buku ini sendiri.

Jadi aku hentikan saja sedikit cerita mengenai buku ini di sini, dan teruskan dengan membaca Bab 8 sambil kupi2:>

1 comment:

  1. Apa yang ada dalam buku tu bukanlah Yakjuj Makjuj sebenar sebab Yakjuj Makjuj itu telah dikurung oleh Iskandar Zukarnain dengan bantuan Allah. Yakjuj Makjuj hanya akan keluar mengikut apa yang telah dijanjikan oleh Allah. Sesungguhnya perkara yang perlu diyakini adalah janji Allah.

    ReplyDelete