Bangkit Rakyat Sabah!

Tanyalah apa masalah utama rakyat Sabah, selain daripada kekurangan infrastruktur di kawasan pedalaman, anda pasti terdengar perkataan "PILAK"

Aku sungguh kesal kerana isu PTI di Negeri ini tidak pernah selesai. Waktu PRU yang lepas, janji-janji manis yang didengari ialah "menyelesaikan masalah PTI di Negeri Sabah".

Memang ada operasi untuk membasmi PTI ini, aku juga ada terbaca di akhbar-akhbar tempatan, namun sayangnya ia seperti hangat-hangat tahi ayam. Setiap saat semakin sejuk, akhirnya lesap tanpa khabar.

Mungkin masalah ini sengaja dibiarkan berpanjangan oleh pihak-pihak tertentu untuk medapatkan sokongan politik atau menunggu para PTI ini beranak-pinak dan mendapatkan dokumen yang sah untuk menjadi warganegara ini? Apa mereka peduli?

Aku tidak tahu sama ada janji manis yang sama akan digunakan semula pada PRU yang akan datang, tapi rakyat sekarang sudah semakin celik dengan perkembangan internet namun ada juga yang semakin 'bodoh'. Jadi, jika mahu membuat janji manis, sila pastikan janji anda tidak expired!

Sudah tiba masanya rakyat Sabah bertindak, jika kita yang mahukan perubahan, maka kita jugalah sendiri yang akan bertindak.

BANGKIT RAKYAT SABAH!

1 comment: