Jangan salahkan sesiapa bila muka kau ditampar oleh fakta.

Zaman internet.

Laman sesawang dan media sosial terutamanya facebook adalah medium dan cara mudah untuk mendapat dan menyebar segala maklumat dalam sekelip mata.

Kalau dulu, sebelum berkembangnya internet, kita sering gunakan medium seperti surat khabar dan juga tv untuk mendapat maklumat.

Kalau kau seorang pembangkang, kau akan membaca dan melanggan akhbar pro pembangkang setiap hari. Kalau kau sokong kerajaan, kau akan baca dan membeli akhbar pro kerajaan. Kalau kau seorang yang neutral, kau akan beli akabar untuk mendapatkan infoc semasa dan suka,info politik sebagai bonus.

Lepas dah baca, bolehlah sembang di kedai kopi dengan kawan-kawan.

Sekarang ni, hanya melalui facebook, pelbagai info boleh didapati melalui group dan fan page diwujudkan mahu dari pihak kerajaan, pembangkang atau NGO. Lepas dah baca, bolehlah share dengan orang lain pula.

Tapi, yang menjadi persoalannya, adakah kau mengetahui sepenuhnya apa isu yang kau kongsikan dengan orang lain? Atau kau sekadar menjadi pak turut dan pencacai?

Kadang-kadang janganlah terlalu taksub untuk membaca hanya daripada sumber dan pihak yang kita sokong sahaja, kenalah juga baca daripada pihak yang lain. Jadi barulah lebih jelas isu tersebut.

Bila mana kau sendiri tidak jelas apa yang kau kongsikan, jangan salahkan sesiapa bila muka kau ditampar oleh fakta pada suatu hari nanti.

Seriusnya membaca? kupi-kupi dulu lah. :>

No comments:

Post a Comment