Hari Ibu Adalah haram berdasarkan fakta sejarah kah?

Lagi sekali.

Aku tidak tahu mengapakah perkara sebegini sering berlaku. Kau baca artikel di facebook, tanpa membuat apa-apa kajian, kau terus percaya dan tekan butang share.

Kalau sebelum ini aku ada ulas mengenai artikel April Fool yang sering beredar lagi-lagi pada zaman facebook ini, kali ini artikel Hari Ibu Adalah Haram pula.

Anda boleh lihat artikel yang aku maksudkan di sini atau lihat printscreen di bawah.


Selepas memabca artikel ini, semuanya berlandaskan fakta sejarah yang dimulakan dengan ayat;

"BEWARE!!!! HARI IBU ADALAH "HARAM" ya Allah baru tahu...SEBARKAN....blaa..bla..tuhan pagan..bla..bla.. Anna Jarvis..bla..bla.."

See? Tiada sebarang dalil agama melainkan hanya fakta sejarah. Tiada dinyatakan bahawa Hari Ibu yang disambut di seluruh dunia sebenarnya mempunyai tarikh berbeza-beza disebabkan peristiwa yang berbeza-beza.

Ianya seolah-olah mahu pembaca (yang malas membuat kajian) percaya bulat-bulat bahwa pengharaman hari ibu adalah disebabkan ianya seperti meraikan hari ibu tuhan pagan, blaa..blaa..blaa.

Sebenarnya terdapat beberapa pendapat dan fatwa (menyokong dan tidak menyokong) daripada ulama terkenal mengenai hal ini, anda boleh membacanya di sini, sini dan sini. Yang paling pentig, jangan lupa buat cross references.

Sebenarnya bukan hari ibu haram atau tidak yang aku mahu ceritakan dan ulas dalam entry ini. Tapi mengapa perkara sebegini selalu terjadi di Facebook. Baca, percaya dan kongsi (tanpa membuat sebarang kajian).

Zaman sekarang sangat mudah untuk mendapatkan maklumat, tapi orang semakin malas untuk mencari kebenaran maklumat tersebut. Dan jangan terkejut jika satu masa nanti, artikel yang hanya dikuatkan dengan fakta serjarah (tanpa disertai dalil agama) saja boleh mengatakan bahawa (ini contoh);

Sukan olimpik? haram. (sukan olimpik diawalnya adalah untuk penghormatan kepada Zeus). source

Menggunakan kalendar tahun masihi? haram. (tahun masihi, anno domini bermaksud In the Year of Our Lord Jesus Christ, adalah tahun yang digunakan oleh umat Nasrani menyambut kelahiran Jesus). source

Menggunakan lambang bulan sabit di masjid dan bendera? haram. (kerana simbol bulan sabit pada mulanya adalah simbol tuhan pagan, namun ianya digunakan oleh Empayar islam Turki Uthmaniah dan Mughal sebagai lambang dan ianya kekal digunakan oleh negara negara islam selepas kejatuhan empaya-empayar ini. Tambahan pula, kerajaan pra islam Turki, Göktürks menggunakan lambang bulan sabit pada duit syiling mereka). source

Anda boleh lihat sendiri, kalau berpandukan hanya fakta sejarah, memang semua orang akan cenderung mengatakannya haram. Sebab itu lah jika perkara (artikel) berkaitan dengan agama, pastikan semua dalil agama dan fakta disertakan. Sekian.

No comments:

Post a Comment