Words on Wednesday. Bila masa pula ada awan pelik d KK ni?

Gempar! Awan menakutkan muncul di Kota Kinabalu!

"Bila masa pula ada awan pelik d KK ni?" Bisik hatiku. Tapi bila baca entri dan lihat gambar-gambar yang dipaparkan oleh rakan blogger yang lain semasa online, aku cuba mengingati apa yang berlaku pagi tadi. Aku tidak tahu sama ada aku ini slowpoke atau apa, kejadian jarang-jarang berlaku dan ianya berlaku betul-betul di atas atap rumah sendiri.

Tapi ada beberapa perkara yang aku sedar sebelum dan sewaktu kejadian berlaku. Kebetulan? Mungkin.

Pertama, seingat aku, buat pertama kalinya aku terlihat berita ramalan kaji cuaca di TV pada waktu pagi (pada hari tersebut). Seperti biasa, aku nanti-nantikan ramalan cuaca bagi Kota Kinabalu dan memang lain daripada biasa kerana hanya kawasan Pantai Barat Sabah sahaja yang mempunyai awan!

Kedua, sebelum hujan mula turun, tingkap rumah di sebelah barat kelihatan begitu gelap (mendung) manakala tingkap yang menghadap sebelah timur pula sangat terang dengan cahaya matahari. Perkara ini sangat jarang berlaku kecuali hujan panas akan turun, tapi hujan hujan panas waktu pagi memang sangat jarang berlaku.

Ketiga, datuk aku seorang nelayan, selalunya beliau akan ke laut pada awal pagi, tapi hari tersebut beliau cuti. Macam tahu-tahu la pula. Oh mungkin disebabkan angin yang agak kencang daripada biasa membuatkan aktiviti perikanan tergendala seketika pada hari tersebut.

Disebabkan aku berjaga malam (EURO punya pasal), jadi aku tidak sedar apa yang berlaku kerana selepas hujan turun, dengan gear 6 aku dah pergi tidur. Laa..patutlah tidak sedar Haha.

Apapun, syukur semuanya selamat dan yang paling penting sekali, warga-warga Kota Kinabalu dapat melihat sendiri secara live rupa awan Arcus. Akhir sekali, jangan panik pula kalau-kalau awan Kelvin-Helmholtz pula muncul suatu hari nanti. Itupun kalau-kalau.

Arcus Cloud on KK. kredit:1 Suara Sabah

Arcus Cloud on Enschede, Netherlands. via

No comments:

Post a Comment