Words on Wednesday. Pokemon dan internet menipu siapa.

Sebenarnya banyak benda yang aku mahu kongsikan di sini, tapi disebabkan aku ni seorang yang malas untuk menaip panjang lebar, jadi blog ini hiatus terlalu lama.

Sedang aku lepak melayan gambar-gambar kereta mini Pokemon yang dikeluarkan oleh pembuat mainan Jepun (aku dah lupa nama) dengan kerjasama Toyota, terlintas di fikiran ini, pada suatu masa dulu, heboh pasal konspirasi kartun Pokemon ini.


Kononnya terdapat beberapa perkataan seperti Pokemon, Pikachu dan Charmander membawa maksud tersembunyi dalam salah satu sub-bahasa Hebrew. Seperti biasalah, bila dah berkaitan dengan agama dan aqidah, sesetengah manusia dengan sepantas kilat akan disebarkan tanpa membuat sedikit kaji selidik. Bila ada orang lain yang menerangkan perkara sebenar, barulah mereka sibuk untuk mencari kebenaran.

Memang Pokemon telah di haram di sesetengah negara seperti Arab Saudi dan Qatar, tapi bukan disebabkan nama Pokemon dan watak-wataknya membawa kepada sesuatu yang merosakkan akidah.

Ia berdasarkan bagaimana franchise Pokemon ini membawa banyak kesan tidak baik kepada kanak-kanak di negara tersebut seperti lalai dan leka menonton, permainan kad Pokemon mengandungi simbol-simbol agama lain dan juga unsur perjudian, konsep pokemon sendiri menyokong teori evolusi serta beberapa sebab yang lain.

Malah bukan masyarakat islam Islam sahaja, masyarakat Kristian dan Yahudi turut mengkritik. Di Mexico, gereja Catholic mengelar permainana kad Pokemon sebagai 'demonic'. Di Slovakia pula sesetengah organisasi mendakwa ianya mendatangkan kesan buruk kepada kanak-kanak serta di US sendiri banyak sekolah yang mengharamkan permainan kad ini.

"Ah, semua tu ciptaan orang yahudi dan kafir untuk merosakkan aqidah umat Islam!"

Jawapan tipikal untuk menyedapkan hati, namun masih juga gunakan produk ciptaan yahudi dan kafir, tengok tengok filem-filem mereka secara sedar atau tidak. Kalaulah suatu hari nanti ada orang mendakwa bahawa komputer itu dibuat oleh yahudi dan kafir untuk menyesatkan umat Islam, ini kerana komputer adalah berhala masa kini dan semasa menaip dan menekan keyboard komputer. secara tidak sengaja akan membentuk simbol salib dan simbol-simbol pagan.(Kalaulah).

Pasti jawapan tipikalnya ialah seperti "Ala, kita gunakan untuk kebaikan, apa salahnya"

Memang tidak dinafikan filem, animasi, permainan video ada yang dibuat untuk hiburan semata-mata dan memupuk sikap hedonistic. Mungkin kitalah sendiri yang terlalu taksub dengan benda remeh temeh. Kalau tahu sesuatu itu melalaikan. Berhentilah. Kalau sesuatu itu anda yakin boleh merosakkan aqidah anda. Janganlah.

Sebenarnya bukan Pokemon saja yang menjadi mangsa teori konspirasi tingkat tinggi tahap 33 derjat freemason lagi illuminati yang menggerunkan, banyak lagi seperti siri Teletubbies dan Naruto. Kalau diikutkan, hampir kesemua siri TV, animasi dan filem bergenre seperti fiksi dan dongeng tidak selaras dengan logik akal dan agama. Tinggal tunggu giliran untuk dimasukkan dalam senarai konsparasi sahaja.

Zaman internet ini, mungkin ada yang katakan internet menyebabkan fitnah tersebar luas. Tapi dengan internet juga kita boleh mencari kebenarannya. Mungkin lepas ni muncul pula lagi banyak artikel-artikel yang sengaja dibuat-buat untuk menipu dan menakutkan orang lain. Jadi, jangan tertipu dengan mudah, gunakan internet dengan bijak. Sekian.

kupi2 dululah.

Rujukan:
http://news.bbc.co.uk/2/hi/1269050.stm
http://en.wikipedia.org/wiki/Pok%C3%A9mon
http://smzblog.wordpress.com/2008/04/26/agenda-yahudi-bahaya-kartun-pokemon/
http://komuniti.iluvislam.com/topic/2017-bahaya-kartun-pokemon/
http://spesies.wordpress.com/2008/08/18/fatwa-haram-memburu-pikachu/

1 comment:

  1. mereka jadi taksub dengan konspirasi melebihi taksub dengan agama sendiri.fikirla tak kan nak gabungkan kartun dengan agama mungkin yang lukis dan buat cerita tu atheis jadi dia tak fikir la benda ni boleh dimomokkan sebagai propaganda yahudi.benda ni terjadi secara tak sengaja

    ReplyDelete