Perlukah Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM)?

Ada apa ini?

Sabah Sarawak Keluar Malaysia? Yang menjadi persoalannya, apakah dengan 'merdeka'nya Sabah dan Sarawak ini, hak-hak kaum peribumi, hak-hak setiap agama yang ada di bumi Sabah ini akan terjamin? Apakah jaminan untuk memuaskan hati semua pihak? belum lagi menyentuh mengenai persediaan pemerintahan, ketenteraan dan sebagainya.


Apa yang aku lihat, pihak yang mengusulkan SSKM ini seperti mempunyai agenda dan kepentingan lain disebalik perkara ini dan mereka bijak untuk menggunakan isu-isu seperti royalti minyak dan projek IC (di Sabah).

Memang benar isu-isu ini sangat menyakitkan hati, mendatangkan rasa marah dan tidak puas hati dikalangan rakyat Sabah, namun secara peribadi aku sebagai seorang warga dan anak watan Sabah, SSKM adalah tidak praktikal. Mengapa perlu langkah yang begitu drastik (seperti tergesa-gesa untuk keluar daripada persekutuan) sebelum mencuba sesuatu yang lebih realistik?

Pernah dengar tentang wilayah Autonomi penuh?. Adalah lebih baik Sabah dan Sarawak menuntut wilayah Autonomi dahulu sebelum memikirkan langkah untuk keluar daripada persekutuan Malaysia.

Nah! Kalau betul-betul mahu merdeka, buktikan dahulu dengan pemerintahan wilayah autonomi. Kalau wilayah autonomi pun Sabah ini masih tidak maju, korupsi di sana-sini oleh pemimpin sendiri, bagaimana mahu mendirikan negara sendiri?

Wilayah autonomi juga mungkin dapat dijadikan sebagai persediaan ke arah mendirikan sebuah negara baru dan berkerajaan sendiri. Namun, jika pemerintahan melalui wilayah automoni mampu (berjaya) untuk menjaga kebajikan setiap rakyat dan memajukan negeri ini, tiada alasannya untuk kita keluar daripada persekutuan Malaysia.

Mungkin sudah tiba masanya untuk Sabah dan Sarawak menguruskan hasil pendapatannya sendiri tanpa keluar daripada persekutuan Malaysia. Hasil pendapatan ini juga harus digunakan untuk pembangunan dan kemajuan Negeri sepenuhnya. kalaulah perkara ini terjadi, tidak mustahil kita akan melihat pembangunan dan kemajuan pesat hasil suntikan dana dan hasil-hasil bumi sepenuhnya daripada Negeri sendiri. Itupun kalaulah.

Mungkin perjanjian baru (hitam putih, kalau boleh pahat sebesar-besarnya di atas batu!) perlu dilaksanakan untuk menggantikan Perkara 20/18 dan ianya perlu dimuktamadkan untuk mengelakkan sebarang tuntutan di kemudian hari. Perjanjian baru ini perlu berada dalam situasi menang-menang. Akan tetapi, mungkinkah perkara ini terjadi? Jika terjadi, sudah pasti ada yang harus dikorbankan (hilang) dan ada yang harus dibayar dengan harga yang tinggi.

Akhir sekali, artikel ini sebenarnya bukan bertujuan untuk menyebarkan suatu lagi agenda dan propaganda pemisah serta bertujuan untuk memburukkan lagi keadaan semasa, namun ianya hanyalah angan-angan daripada seorang anak watan Sabah yang inginkan perubahan di negeri ini.

"Yang terjadi sekarang bukan kerana ulah orang seberang, tapi kerana pemimpin kita yang semakin lemah".

Sekian.

2 comments:

  1. Kita tidak perlu keluar kalau tuntutan kita dilayan.Dan kita harus kaji betapa malangnya nasib kita jika ditipu.Dan salah satu penipuan Malaya terhadap kita ialah status Sabah dan Sarawak diturunkan dari status negara kepada negeri.Selepas dianggap sebagai salah satu negeri ditindas pula.Kalau nak alasan yang yang lebih padat,sila berjumpa dengan Dr.Jeffrey atau ahli SSKM.Satu hal lagi yg saya nak kongsikan iaitu- sesuatu kerajaan yg telah dimulai dengan penipuan dan pembohongan pasti akan disertai dengan penipuan demi penipuan sepanjang pemerintahannya,dan pasti ia tak akan bertahan lebih lama.Maka inilah masanya Tuhan membela perjuangan yg benar.Kalau Tuhan berpihak pada yg benar,apa yg perlu nak ditakutkan.

    ReplyDelete
  2. Seharusnya tak ada pemimpin SS yg berjuang demi periuk sendiri,bikin malu sahaja.Saya kagum dengan Dr.Jeffrey dan SSKM yg berjuang untuk rakyat.Tuhan berkati anda.

    ReplyDelete