Mendapatkan sumber yang dipercayai dan dapat dikreditkan daripada Wikipedia

Lama tidak update sini.

Oleh sebab aku ada post infographic tips menggunakan engin carian google di blog tiba2jam6petang, salah satu tips yang diberi dalam infographic tersebut ialah bagaimana menggunakan sumber dari Wikipedia dengan sebaiknya untuk kerja dan juga thesis para pelajar. Mungkin ada yang malas untuk membaca ataupun hanya sekilas pandang infographic tersebut, jadi dalam blog ini aku mahu kongsikan tips yang aku cakapkan di atas tadi.


Ianya sama seperti bagaimana aku mendapatkan bahan rujukan yang boleh di kreditkan untuk setiap kerja dan juga thesis aku semasa belajar dulu selain daripada menggunakan buku daripada library dan juga laman web jurnal yang kebanyakannya berbayar melainkan U anda ada menyediakannya secara percuma untuk pelajar.

Kepada yang sedang belajar di U sekarang dan terutamanya yang sedang membuat thesis, Wikipedia memang sangat berguna untuk mencari maklumat dan sudah pasti anda tahu ianya tidak boleh dimasukkan dalam senarai rujukan kerja anda. Ianya satu kesalahan berat!

Untuk mendapatkan sumber rujukan yang lebih dipercayai melalui Wikipedia, anda hanya perlu lihat di bahagian link reference pada bawah laman web wikipedia tersebut. Terdapat link yang boleh anda gunakan terutamanya laman web agensi yang boleh dipercayai dan juga document dalam bentuk .pdf yang selalunya merupakan jurnal dan juga buku.


Begitulah bagaimana aku berjaya mendapatkan lebih banyak maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai dan dikreditkan dalam senarai rujukan semasa membuat thesis dulu :D

Aku dan Arsenal

Seperti kembali ke zaman muda apabila melihat Thierry Henry bermain semula dengan Arsenal dan lagi epic apabila beliau menjaringkan gol kemenangan mengatasi Leeds Uniter 1-0 dalam piala FA.


Mengingat kembali pada tahun 1998, iaitu piala dunia yang pertama bagi aku dan waktu aku berumur 9 tahun. Pasukan yang aku sokong waktu itu adalah pasukan Perancis yang juga merupakan tuan rumah dan pemenang piala dunia ketika itu dengan membenam Brazil 3-0.

Sebenarnya daripada piala dunia inilah aku mengenali Thierry Henry dan Zinedine Zidane, Ronaldo, Patrick Vieira dan lain2 pemain terkemuka dunia terutamanya daripada skuad kebangsaan Perancis. Pada saat ini belum pun ada pasukan EPL yang aku minat, dan aku tidak tahu langsung pasal EPL.

Apabila mula tahu kewujudan EPL, pasukan pertama yang aku tahu ialah Aston Villa. Tapi sayangnya aku tidak meminati pasukan tersebut kerana masih tercari2 dimanakah kelab bolasepak yang diwakili oleh Thierry Henry, Zinedine Zidane, Patrick Vieira.

Akhirnya selepas zaman millenium, aku mengetahui Thierry Henry dan Patrick Vieira dan beberapa pemain daripada perancis bermain untuk Arsenal dan sejak dari itulah aku mula meminati pasukan Arsenal walaupun satu persatu mereka meninggalkan Arsenal dan Thierry Henry meninggalkan Arsenal pada tahun 2007 untuk menyertai Barcelona.

Walaupun aku bukan peminat fanatik, tapi Once a Gooner, always a Gooner.

This not Sparta, this is Sabahhh!


The real Sparta---> here. :))

9gag dan Newbie

Anda 9gaggers? No offence.

Semakin popular website 9gag ini sejak dilancarkan pada tahun 2008. Apa yang aku mahu ceritakan disini bukan pasal 9gag ini, tapi para newbie yang baru mengenali 9gag ini.

Newbie yang terlalu seronok dan addicted kepada 9gag ini selalunya 'mengklaim' semua benda yang dipostkan di blog, facebook mahu mana2 website oleh orang lain, akan mengatakan bahawa benda tersebut daripada 9gag pada ruangan komen.

'daripada 9gag'

'9gag.'

'lambat, 9gag.'

Ianya sangat annoying. lagi2 kalau benda tu sudah di link kan kredit kepada website yang lain. 9gag hanyalah satu website perkongsian, jadi siapa2 pun boleh upload gambar di sana.

"Images are generally photoshopped and originate from other sites. Many of them are based on existing internet memes, pop culture, and current events"-wikipedia/9gag


Jadi sila stop claiming, sila 9gagging seperti biasa. Sorry kalau terasa, it's very annoying. truth & butthurt. :))

P/s: the original more from reddit, 4chan and more. not only 9gag. kupi2dulu:)

Monolog si troll: Perhimpunan haram

"kalau yang cedera tu anak, bapa, dan keluarga kau, baru kau tahu betapa kejamnya polis!"

"Itu adalah patut. Polis bertindak mengikut undang2."

"siapa suruh keluarga kau ikut perhimpunan haram! kalau kau larang awal2, tidak akan berlaku perkara sebegini"

"bro, sampai bila kita ditindas sebegini"

"mana buktinya anda ditindas?"

"Kami di sini aman damai jak"

"study dulu baru, politik"

"mahasiwa seharusnya tidak buta politik"

"inilah demokrasi"

"siapa yang rugi? bangsa kita."

"kau pengecut, sampai bila kau hidup di bawah penindasan."

Mahasiswa/i, politik dan AUKU.

Salam semua.

Sejak akhir2 ni, ada beberapa perkara yang melibatkan pelajar U dan juga tuntutan memansuhkan AUKU.. Ada pihak yang menafikan pergerakan pelajar ini tidak ada agenda politik melainkan tuntutan pemansuhan AUKU. Tapi yang pelik, terdapat penyokong politik yang turut serta dan berada di tempat kejadian. Itu bukanlah perkara yang ingin aku ulas disini.

Manusia, jika tidak dikawal menggunakan peraturan, pasti akan naik kepala dan buat sesuka hati atas nama demokrasi. Tiada pun negara di dunia yang betul2 mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara 100%. Fakta.

AUKU, akta yang melarang Mahasisawa/i trelibat dalam kegiatan politik dilihat semakin tidak relevan. Untuk memansuhkan AUKU ini, aku sokong. Tapi kenalah ada peraturan baru untuk mengawal situasi pemansuhan AUKU ini.

"Apa ni, kau sokong mansuhkan AUKU, Tapi diganti dengan peraturan baru, manakah demokrasi?"

Jangan terlalu cepat buat kesimpulan. Tahukah anda bukan semua pelajar sibuk dan berminat mahu berpolitik semasa belajar? Aku percaya, ada lebih ramai lagi pelajar yang langsung tidak berminat mahu berpolitik. Jadi pihak berwajib patut membuat beberapa cadangan untuk menangani isu AUKU ini. Pendapat aku mengenai penglibatan  pelajar dalam politik negara dan serta peraturan yang perlu dipatuhi ialah;

1. Pelajar harus cukup umur dan syarat jika mahu berpolitik. Kalau masih bawah umur, jangan sibuk mahu berpolitik.

2. Pelajar yang berminat mahu berpolitik sahaja dan cukup syarat SPR wajib mendaftarkan diri sebagai pengundi dan nama mereka harus disenaraikan, dicetak pada student card mereka.

3. Pelajar yang tidak mahu terlibat dalam politik, bebas untuk menumpukan pelajaran mereka tanpa dipaksa. Kalau mahu berpolitik, sila daftar. Kalau didapati anda berpolitik tanpa syarat2 yang ditetapkan diatas. Itu salah kamu, dan patut dihukum. Mana boleh berpolitik kalau tidak cukup syarat dan mahu sertai parti politik pun mahu register tahu.

4. Kawasan universiti mesti bebas daripada agenda politik, kempen, dan sebagainya. Jadi pelajar yang berminat untuk berpolitik, sila jalankan aktiviti anda di luar kawasan universiti. Jangan kacau dan buat hal dalam kawasan Universiti.

5. Cukuplah Majlis Perwakilan Pelajar sahaja yang wujud sebagai 'politik' sedia dalam kawasan universiti. Kalau politik melibatkan parti2 kerajaan dan pembangkang, sila buat aktiviti anda kelaut di luar.

Jadi daripada pendapat aku diatas, pelajar yang berminat pergilah berpolitik puas2 (baca: sebarang akibat sila tanggung sendiri) dan jangan kacau mereka yang tidak mahu berpolitik serta buat hal di kawasan2 seperti tempat beribadat, hospital, sekolah dan universiti. Tidak relevan anda berpolitik di kawasan tersebut.

Pendapat aku diatas berdasarkan penyataan 'jika AUKU dimansuhkan'. Sekian.

jangan stress, kupi2dulu lah :D

Pendapat aku mengenai tahun baru.

hmm 2012?

Macam mana mahu mulakan cerita ini?

Sebenarnya aku tidaklah menyambut tahun baru ini dengan penuh taksub. Cuma sekadar untuk berkongsi kegembiraan dan menghayati peredaran waktu mengikut kalendar yang digunakan di seluruh dunia.

Jadi, jangan hairan kenapa lebih ramai menyambut tahun baru pada hari ini (mengikut kalendar greorgian yang digunapakai di seluruh dunia) begitu meriah berbanding tahun baru mengikut kalendar agama atau budaya masing2.

Apa yang aku mula sedar di sini, setiap tahun sambutan tahun baru begitu meriah dengan disana sini pelbagai pihak menganjurkan aktiviti untuk menyambut tahun baru ini, malahan hampir segenap pelusuk negara ini kedengaran bunyi bunga api.

Sangatlah kalau bagus bajet2 untuk membakar bunga api ini (baca: bakar duit) atau majlis2 sebegini digunakan untuk membantu golongan yang kurang mampu dan bukan hanya untuk hiburan dan keseronokan menyambut pertukaran angka pada setiap tahun.

Tidak bolehkah kita jangan terlalu ghairah dan melampau2 untuk menyambut tahun baru ini? fikirkan tentang mereka yang tidak bernasib baik seperti yang anda lakukan (hanya) disaat musim perayaan tiba?

Dan tidak terlepas juga, berapa banyak maksiat yang berlaku pada waktu malam semasa menyambut tahun baru di luar? berapakah banyakah masalah sosial yang timbul?


Bagi aku, cukuplah kita menyambut tahun baru ini dengan bersedarhana saja.

Tahun baru jika disambut bersama keluarga di rumah mungkin sangat bermakna kerana manusia itu tidak akan hidup selamanya untuk menyambut tahun2 yang akan datang. Luangkan lebih banyak masa kepada keluarga dan orang tersayang anda.


hmm kupi2 dulu ah. selamat tahun 2012 :)

Status paling menang end of december 2011 part2

layan dulu lah status2 fb yang aku rembat sebelum aku buat entry berat di tahun 2012 :))

"sambut tahun baru dengan makan megi laksa smbil baca nota yg ssh mo phm..hapy new yr 2012"

"bunga api btaburan sdah d langit !!!"

"Last status update? Meh, it's 2012 already? Crap! gettin older, Me no Gusta"

"aZam baru aku nak berhnti meroko dan tinggal kn tabiat buruk aku mau jadi insan smpurna doa kn aku k"

"Fuhh~ Betul la saya masuk tandas tadi tahun 2011,tahun 2012 baru saya keluar...bahaya ni kalau hari2 masuk tandas....

ok good bye 2011! kupi2dulu~ :D