Dua kilang sabun dengan idea berlainan untuk mengatasi masalah yang sama.

Bagi aku, idea yang bagus ialah idea yang paling ringkas tetapi memberi perubahan yang besar.

Aku masih teringat kepada cerita dua kilang sabun yang diceritakan oleh seorang lecturer masa di universiti dulu.

via: google img.

Terdapat dua kilang sabun yang bersaing. Setiap kilang membungkus sabun mereka menggunakan kotak kecil untuk setiap sabun. masalah yang dihadapi oleh kedua kilang ini ialah, pelanggan selalu mengadu kerana terdapat kotak yang kosong (tidak mempunyai sabun) yang dijual ke pasaran. Ini menyebabkan prestasi jualan kedua kilang ini jatuh.

Jadi untuk mengatasi masalah ini, kedua2 pemilik kilang masing2 mencari jalan untuk mengesan kotak yang kosong sebelum ianya terjual ke pasaran.

Kilang yang pertama iaitu Kilang A, pemiliknya memikirkan suatu alat yang baru mesti dicipta untuk mengesan kotak sabun yang kosong. Jadi beliau membelanjakan wang 10 ribu ringgit Malaysia untuk membina sebuah mesin canggih yang akan mengesan kotak yang tidak mempunyai sabun.

Apabila kotak tanpa sabun dikesan, pekerja kilang akan asingkan kotak tersebut daripada flat escalator dimana sabun2 ini sedang bergerak menuju ke bahagian packaging kotak yang lebih besar sebelum diedarkan ke pasaran.

Dengan kejayaan mencipta mesin ini, tiada lagi kotak yang kosong tanpa sabun terjual ke pasaran. Prestasi jualan kilang kilang A pulih semula walaupun memakan masa dan kos yang sangat mahal.

Sementara kilang kedua pula, kilang B, untuk mengatasi masalah ini, pemiliknya hanya membelanjakan wang sebanyak 150 ringgit Malaysia sahaja untuk menyelesaikan masalah ini.

Dengan itu, kilang B menjimatkan banyak wang dan tenaga pekerja. Anda mesti tertanya-tanya bagaimana 150 ringgit Malaysia ini berjaya menyelesaikan masalah tersebut dibandingkan dengan kilang A yang membelanjakan ribuan ringgit untuk menyelesaikan masalah yang sama.

Sebenarnya pemilik kilang B memanafaatkan objek2 di sekelilingnya dan tidak perlu bersusah payah untuk mencipta suatu alat baru untuk mengesan kotak kosong tersebut. Apa yang beliau perlukan hanyalah membeli sebuah kipas angin yang di hadapkan ke arah flat escalator dimana sabun2 sedang bergerak ke bahagian packaging yang lebih besar. Jadi apabila kotak tanpa sabun melaui dihadapan kipas angin ini, secara sendirinya kotak ini akan ditiup jatuh. Maka selesailah masalah kilang B ini.

Kesimpulannya, idea yang baik ialah idea yang ringkas, mudah dan realistik dan ianya dapat mengatasi masalah secara menyeluruh.

Mari lihat beberapa idea ringkas di blog tiba2jam6petang, HOW TO: MEMANFAATKAN BENDA DI SEKELILING ANDA (15 GAMBAR).

kupi2 dulu lah:>

Saja2: Bahasa penaipan blog aku

Pada mulanya aku membuat blog bertujuan untuk "saja2" dan blog pertama aku memang penuh dengan entry personal yang ditaip menggunakan bahasa 'sms' Sabahan.

Oleh kerana kebanyakan rakan blogger bukan berasal Sabahan, aku pun cuba untuk membiasakan diri menaip menggunakan bahasa baku (baca: bahasa Melayu Malaysia) dan menukar blog tiba2jam6petang daripada blog personal kepada blog yang lebih santai dan berinformasi dangan menggunakan bahasa kebangsaan dan kadang kala diselitkan dengan bahasa Inggeris.

Oleh sebab pada awalnya, aku masih terbiasa menggunakan bahasa Sabahan sebagai medium penaipan aku dalam dunia blog, jadi aku buka blog kupi2dulu yang bertujuan untuk penaipan aku dalam bahasa Sabahan.

Semakin hari, aku mula menyedari dan lebih selesa dengan menggunakan bahasa standard yang semua orang boleh faham walaupun kadang2 struktur ayat masih berbentuk sabahan tanpa aku sedari.

Mungkin aku sudah mula menjumpai ciri2 dan gaya penaipan aku dalam dunia blog ini. Jadi mungkin dan seterusnya, aku akan menggunakan bahasa yang semua orang boleh faham, namun bahasa sabahan tetap aku gunakan untuk entry2 khas yang ada kaitan rapat dengan Sabahan.

Saja2, kupi2 dululah.

The Arrivals Soundtrack: The Fountain: The road to awe.

Saja mahu kongsikan.

Apabila melihat video di bawah, aku teringat kepada siri arrival yang aku pernah tonton di youtube beberapa tahun lalu.

Memang banyak orang becakap pasal siri ini dan ada juga yang mengkritik. Tapi bagi aku ianya ialah satu video yang membuka minda dan membuatkan kita berfikir.

Aku rasa latar belakang muzik yang digunakan dalam siri ini memang sangat sesuai dan dapat menimbulkan suasana misteri dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton. Macam yang aku kata tadi, apabila mendengar video di bawah, aku terus teringat kepada siri tersebut. Seingat aku, ada beberapa lagi muzik yang digunakan, tapi muzik yang ini lebih menonjol.



Apapun, ini bukan blog konspirasi. kupi2 dulu :D

Saja2: Kena selesema berturut-turut

Akchuu!

Idea banyak tersangkut di udara kerana aku mengalami selesema kali kedua selepas selesema. Ya, ingus daripada selesema pertama yang mencurah-curah jatuh keladang gandum baru kering sehari, kena pula selesema kali kedua. Selalunya dimulakan dengan sakit tekak, then baru selesema dan sudah tentu kahak hijau, ahakptui! haha.


Mungkin aku kurang bernasib baik atau antibodi salah download data semasa selesema kali pertama, jadi kenalah redownload balik. Well, apapun syukur masih hidup dan boleh kupi2 lagi:>

Sedikit cerita mengenai buku Yakjuj & Makjuj.

Sedikit 'cerita' daripada buku hasil penulisan Muhammad Alexander yang bertajuk Yakjuj Dan Makjuj: 5 gelombang Pembawa Bencana.


Sebenarnya aku tidak pernah buat review atau ulasan mengenai buku yang dibaca dan memang tidak akan buat review. Mungkin aku kurang berbakat dalam memberi ulasan yang bagus. Jadi di sini aku cuma mahu 'cerita' sedikit apa sebenarnya yang terkandung dalam buku tersebut. Setakat ini aku berjaya menghabiskan 7 bab daripada 14 bab dalam buku ini.

Mungkin terlalu awal untuk bercerita kerana baru setengah daripada buku ini aku baca, tapi lebih baik aku ceritakan sedikit sebelum terlupa :>

Seperti yang aku taip dalam entry yang lalu, aku membeli buku ini kerana berminat dengan sumber2 sejarah lama yang di dalamnya dan untuk membaca bahan seperti ini, kita kena membuka minda kerana sebahagian sumber selalunya melibatkan budaya2 asing dan juga kitab2 agama lain.

Daripada pembacaan awal aku, kaum Yakjuj dan Makjuj adalah kaum manusia yang berasal daripada keturunan anak nabi Nuh, iaitu Yafits dan daripada keturunan Yafits ini berkembang menjadi pelbagai bangsa dan kaum nomad yang tinggal di kawasan padang rumput Eurasia. Sejarah mencatatkan bahawa kaum nomad/barbar (e.g Tartar, hun, mongul, sychtia dll) sering menyerang kota2 dan bandar temadun2 awal seperti tamadun Mesopotamia, Indus, Mesir dan juga China. Kaum2 nomad yang menyerang ini sememangnya adalah kaum yang ganas dan merampas serta menjarah tanah yang diserang untuk survival mereka. Daripada tajuk buku ini, terdapat 5 gelombang pembawa bencana yang mungkin merujuk kepada siri serangan2 tersebut.

Dan seperti yang diketahui, kawasan padang rumput Eurosia sangat luas di berada sebelah utara telah dipisahkan daripada kawasan2 bertamadun (terutamanya di lembah2 sungai yang subur) dengan benteng semulajadi (e.g Pergunungan Himalaya, Laut Hitam, pergunungan Kaukasus, Gurun Gobi dll.) yang mengelilingi wilayah padang rumput tersebut. Ianya hanya dapat ditembusi oleh bangsa barbar ini melalui bebrapa jalan. Mengenai tembok yang dibina oleh Iskandar Dzulkarnain, ianya juga ada juga disebut didalam buku ini.

Untuk mengenali asal perkataan Yakjuj dan Makjuj, salah satu kaedah yang digunakan oleh penulis ialah menjalankan kajian lingustik terhadap bahasa bangsa2 yang penah diserang oleh bangsa barbar ini. Dengan kajian lingustik ini, sebarang perkataan yang berkaitan dengan Yakjuj dan Makjuj yang diserap oleh bangsa yang pernah diserang akan dianalisis. Hasil daripada analisis ini, didapati beberpa perkataan berkaitan dengan Yakjuj dan Makjuj yang memberi maksud dan gambaran terhadap ciri2 bangsa barbar masih kekal digunakan dalam bahasa bangsa yang diserang.

Kajian daripada kitab2 lama dan sejarah bangsa lain juga memberi banyak maklumat untuk mengenalpasti siapakah sebenarnya Yakjuj & Makjuj ini. Seperti yang aku tegaskan dalam entry yang lalu, Jika ada sebarang pendapat dan ulasan mengenai Yakjuj dan Yakjuj ini, ianya terpulang kepada anda sendiri untuk menerimanya sebagai pengetahuan dan juga membuka minda untuk berfikir.

Apapun, terlalu awal untu memberi kesimpulan mengenai tulisan2 didalam buku ini.

Aku juga tidak akan menceritakan lebih terperinci mengenai isi buku ini kerana ianya akan menjadi terlalu panjang jika disebut satu persatu dan aku juga belum habis membaca buku ini. Jika anda benar2 berminat, anda boleh membeli dan membaca buku ini sendiri.

Jadi aku hentikan saja sedikit cerita mengenai buku ini di sini, dan teruskan dengan membaca Bab 8 sambil kupi2:>

Saja2: Membeli buku karya Muhammad Alexander.

Hari ni aku pergi ke kedai buku.

Sebenarnya 1 minggu yang lalu aku ada ke kedai buku juga tengok2 bahan bacaan yang menarik. Seperti biasa, aku akan ke kedai buku komik dulu, lihat kalau2 ada Lawak Kampus yang baru. Harap2 Keith akan keluarkan lagi jilid 13 dan aku juga tunggu karya terbaru daripada Zint. Tapi hampa belum ada.

Jadi, untuk tidak mensia-siakan duit (untuk beli komik) tersebut, aku pergi cari bahan bahan yang ilmiah sikit. Terfikir juga untuk mula mengumpulkan koleksi buku2 ilmiah pula (konon). Lagipun sebab utama aku lebih suka beli komik daripada bahan ilmiah kerana kebanyakan bahan ilmiah aku hanya cari melalui internet. Mungkin dengan membeli buku, bolehlah aku meluangkan masa kepada benda lain daripada online sahaja.

Sebenarnya buku yang aku beli bukanlah ilmiah sangat pun, ianya lebih kepada subjek sejarah. Buku tersebut ialah hasil penulisan Muhammad Alexander yang bertajuk Yakjuj Dan Makjuj: 5 gelombang Pembawa Bencana.

Sebelum ini beliau juga pernah menulis Beberapa buku seperti 'Yakjuj Dan Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung' dan 'Alexander adalah Zulkarnain'. Walaupun aku belum membaca kesemua buku beliau, namun aku sudah membaca beberapa review2 dan kritikan serta pujian pembaca (secara online) mengenai buku yang ditulis oleh beliau.

Mengenai buku yang aku beli? Well, apa yang menarik minat aku untuk membeli buku ini ialah kerana kajian ilmiah (sejarah) yang terdapat di dalam buku tersebut. Sudah tentunya 'ancient history' yang memang salah satu bahan bacaan yang aku suka baca (secara online) pada masa lapang.

Mengenai persoalan yakjuj dan makjuj pula, sebarang pendapat dan juga ulasan yang terdapat di dalam buku tersebut mungkin boleh diterima sebagai pengetahuan dan juga membuka minda kita untuk berfikir.

Nanti ada bajet dan masa, aku akan cuba membeli buku lain pula. Jadi aku akan kurangkan masa untuk online beberapa hari ini untuk menghabiskan buku setebal 749 muka surat dan sudah tentulah sambil kupi2! :>



Jangan bunuh internet.

Macam tajuk drama pula.

Sebenarnya aku cuma mahu buka suatu topik yang mungkin tidak terlalu berat, tapi, aku mahu sampaikan kepada semua pembaca.

Dengan wujudnya dunia internet, sudah pasti kita akan dapat kongsikan banyak info dan pelbagai maklumat.

Sebenarnya apa yang aku maksudkan dengan membunuh internet ialah, apabila anda terbitkan suatu bahan di dalam blog dan laman web yang bukan asal (original) daripada anda sendiri, anda tidak kreditkan dan linkkan kepada sumber tersebut. Tidak susah mana pun untuk meletak link kepada sumber asal bahan yang anda ambil.

Anda sudah ambil bahan daripada website sekian sekian walaupun tanpa memberitahu pemilik website tersebut. Apa salahnya meletakkan kredit kepada website tersebut sebagai tanda penghargaan dan juga sedikit pencarian ilmiah anda dalam dunia internet.

Tidaklah orang lain memanggil anda sebagai 'pencuri' bahan daripada website lain. Ini kerap kali terjadi kepada bahan2 dalam blog aku sendiri.

Seperti yang anda tahu blog tiba2jam6petang merupakan suatu blog perkongsian bahan2 daripada banyak website dan ditambah dengan penulisan serta sedikit research aku sendiri. Aku juga akan memberikan kredit dan link daripada website yang aku ambil.

Tapi apa yang berlaku, terdapat blog lain yang copy paste bulat2 entry blog aku, termasuk perkataan sekali, namun tidak memberi sedikit pun kredit kepada blog aku. Lebih sadis, aku sendiri yang lihat entry tersebut melalui dashboard blog aku.

Aku tidak kisah jika anda tidak mahu kreditkan link kepada blog aku, tapi sila buat ayat dan perkataan sendiri. Jangan copy (baca: sebiji) setiap ayat dalam blog aku untuk di paste ke dalam blog anda tanpa kreditkan blog aku. Ini sudah kes mencuri namanya.

Dan juga jangan lupa kreditkan gambar yang anda ambil daripada entry blog aku kepada pemilik asal atau laman web yang menerbitkan gambar tersebut yang selalunya aku letakkan di penghujung entry.

Aku rasa curi mencuri entry ini adalah perkara biasa dalam dunia blog dan anda semua boleh tahu blog copy paste tanpa kreditkan sumber asal, cuma lihat gaya penulisan pemilik blog yang kerap kali berubah2 sahaja ;)

Akhir sekali, jika anda mahu dikenali sebagai blogger yang mempunyai penulisan dengan gaya dan trademark tersendiri, sila taip blog anda dengan gaya penulisan sendiri dan jangan lupa untuk kreditkan setiap gambar dan ayat yang anda copy paste bulat2 dari sumber lain. Sekian.

why so serious? kupi2 dulu ah :D