Jangan salahkan sesiapa bila muka kau ditampar oleh fakta.

Zaman internet.

Laman sesawang dan media sosial terutamanya facebook adalah medium dan cara mudah untuk mendapat dan menyebar segala maklumat dalam sekelip mata.

Kalau dulu, sebelum berkembangnya internet, kita sering gunakan medium seperti surat khabar dan juga tv untuk mendapat maklumat.

Kalau kau seorang pembangkang, kau akan membaca dan melanggan akhbar pro pembangkang setiap hari. Kalau kau sokong kerajaan, kau akan baca dan membeli akhbar pro kerajaan. Kalau kau seorang yang neutral, kau akan beli akabar untuk mendapatkan infoc semasa dan suka,info politik sebagai bonus.

Lepas dah baca, bolehlah sembang di kedai kopi dengan kawan-kawan.

Sekarang ni, hanya melalui facebook, pelbagai info boleh didapati melalui group dan fan page diwujudkan mahu dari pihak kerajaan, pembangkang atau NGO. Lepas dah baca, bolehlah share dengan orang lain pula.

Tapi, yang menjadi persoalannya, adakah kau mengetahui sepenuhnya apa isu yang kau kongsikan dengan orang lain? Atau kau sekadar menjadi pak turut dan pencacai?

Kadang-kadang janganlah terlalu taksub untuk membaca hanya daripada sumber dan pihak yang kita sokong sahaja, kenalah juga baca daripada pihak yang lain. Jadi barulah lebih jelas isu tersebut.

Bila mana kau sendiri tidak jelas apa yang kau kongsikan, jangan salahkan sesiapa bila muka kau ditampar oleh fakta pada suatu hari nanti.

Seriusnya membaca? kupi-kupi dulu lah. :>

Duit pinjaman ini bukan bapa kau yang punya.

Selamat datang ke kampung ini!


Ada sebuah kampung dengan bilangan penduduknya mencecah 290 orang. Dikalangan penduduk kampung ini memilih ahli jawatan kuasa (ajk) melalui pemilihan yang diadakan selama 5 tahun sekali.

Apa yang menarik mengenai kampung ini, mereka mempunyai tabung khas yang diuruskan oleh ajk dan kesemua orang kampung merupakan pemilik kepada tabung ini. Duit rakyat.

Tabung ini digunakan untuk memberikan pinjaman kepada anak-anak muda kampung untuk belajar. Bila dah habis belajar dan bekerja, anak-anak muda ini harus membayar balik pinjaman tersebut untuk digunakan oleh generasi akan datang.

Tapi suatu hari, golongan anak muda yang menerima pinjaman tersebut tiba-tiba mengadakan demo jalanan untuk meminta hutang mereka dimansuhkan, pinjaman dari tabung ini juga perlu dimansuhkan!

Wahai anak kampung yang berdemo, jika mahu pinjaman ini dimansuhkan selamanya, pastikan hutang kau dilangsaikan dahulu. Memang duit tersebut bukan milik AJK kampung, ianya milik kau kerana kau adalah salah seorang warga kampung ini. Duit daripada tabung tersebut adalah milik kita bersama!

Jika kau berhutang dari tabung ini, bererti kau juga berhutang kepada aku, si Usop, si Gopal, jiran terdekat kita si Ah chong dan kepada semua orang kampung. Apa tahi dah berhutang tak mahu bayar? Shame on you.

Dari meja study sambil kupi2, sekian dulu daripada si Pele, calon SPM kita tahun ini.

Selesema lag.

Husss!

Sekali lagi hingus mencurah-curah jatuh keladang gandum. Seperti biasa, bila sakit tekak, mesti diikuti dengan selesema. Aku tidak tahu sama ada ianya hanya terjadi kepada aku atau orang lain juga.

Tidak pernah pula sakit tekak dan kemudiannya terus sembuh. Harapkan gula-gula Strepsils, ianya hanya melegakan dalam masa yang singkat, lepas tu sakit tekak akan diteruskan juga. Lebih baik aku makan gula-gula Hacks dan Kiss Me setiap masa, sekali rembat sampai 3 biji dalam mulut, nyaman.

Kupi2 dengan air kosong dan ubat. sekian.

Merancang dengan hebatnya tetapi...

"Kok kokokok!" Suara ayam berkokok.

Aku bangun awal pagi, muka kusut, tahi mata bertimbun. Perghh nyaman bangun awal-awal n ditambah dengan tidur yang nyenyak malam tadi.

Aku capai tuala, terus melangkah ke kamar mandi. Tanpa berlengah buka shower dan terus basahkan badan. Capai berus gigi bersama colgate tetapi ianya jenama Darlie.

"Apasal pula semua ubat gigi di panggil colgate?" "Ah ini sebab jenama Colgate yang datang dulu," sahutku di dalam hati.

Sambil memberus gigi, fikiran aku mula membuat rutin hariannya, terus melayang-layang dan mencerna apa sahaja yang terlintas di hati ketika itu. Aktiviti merenung lagi jauh diteruskan sambil mandi dan pelbagai idea sudah tercipta, pelbagai rancangan telah dituliskan dan aku sudah tahu apa yang patut aku lakukan selepas keluar daripada kamar mandi.

Selepas siap segala aktiviti didalam kamar mandi, mulakan langkah pertama aku, pakai baju dan terus bersarapan. Selepas membuat secawan nescafe, aku mencapai beberapa biskut Hup Seng di dalam kontena dan terus menuju ke hadapan PC.

Hari ini aku akan tuliskan di dalam blog apa yang aku fikirkan dan ke mana fikiran aku jauh melayang tadi.

Walau banyak idea mencurah-curah jatuh ke ladang gandum tadi , secara tiba-tiba ianya beku seperti dimasukkan ke dalam peti ais. Segala yang dirancang tidak menjadi. Segala idea yang mahu ditaip hilang begitu sahaja. "Ah biarlah, mungkin nanti akan ada idea yang lebih baik lagi".


Kesimpulannya, kita hanya mampu merancang. Jadi jangan berasa hampa jika apa yang kita rancang itu tidak menjadi seperti yang kita harapkan.

Ah kupi2 dulu lah sambil tunggu idea cair balik. :D.

Benda paling mahal di dunia. Apa yang mahal sebenarnya?

Mahal berdasarkan apa pada hari ini?

Jika anda perasan, setiap kali muncul benda paling mahal di dunia seperti, laptop, ipad, iphone, handphone, pen, jam, kereta dan yang terkini sushi!

Berlian diletakkan pada bahagian atas mutiara yang terdapat pada permukaan sushi menjadikannya sushi paling mahal di dunia.
Sumber: kosmo

Satu persamaan benda termahal ni ialah, apa yang menjadikannya mahal bukan benda itu, tapi emas, mutiara, dan juga bahan-bahan berharga yang ditambah pada benda tersebut.

Semua pun boleh jadi yang termahal walau tahi sekali pun kalau di tambah emas dan permata! Kalau anda ada barang kemas yang harganya paling mahal di dunia, letak saja atas tahi anda, maka tahi anda akan jadi tahi paling mahal. See?

Tidak adil untuk menjadikan sesuatu itu mahal dengan meletakkan barang kemas dan berharga. Jika diikutkan betul kumbang yang makan tahi (tahi lagi) lebih mahal daripada emas permata kerana ianya bernyawa. Nyawa tidak dapat dibeli dengan benda lain.

Sepatutnya yang menjadikan sesuatu itu mahal bukanlah dengan meletak barang kemas dan berharga, tetapi kualitinya dan bagaimana sukarnya proses membuat benda tersebut. Contoh terdekat ialah serunding dan kek lapis Sarawak yang sedap dan lazat dimakan!

ceh, macam serius. kupi2dululah. haha.