Words on Wednesday. Bangun.

"Cuba renungkan hari ke hari
Malapetaka di sana sini
Bencana datang dan juga pergi
Tapi pastikan kembali lagi

Kita masih di awang awangan
Berkhayal dengan kemewahan
Hasil usaha peninggalan
Mereka yang telah kita lupakan

Entah apa yang akan terjadi
Bila bencana melanda nanti
Tiada siapa yang peduli
Dalam hidup kita hari ini

Jangan nanti di suatu hari
Menyalahkan sesama sendiri
Bila merdeka tiada erti
Sesalan tiada berguna lagi

Jangan mudah engkau berkata
Dunia hanya sementara
Untuk kau mundur dan leka
buat selama-lamanya

Jangan nanti di suatu hari
Menyesali apa yang terjadi
Kerana engkau masih bermimipi
Di siang hari

Bangun, dari tidur
Bangu, orang timur."


-Bangun-by A.C.A.B-


img via

Sangat panas. Rogol ada, skodeng ada, dedah sana sini, seksi yeah!

Sangat panas. Rogol ada, skodeng ada, dedah sana sini, seksi yeah! - sebuah tajuk eksperimen.

Buat entri blog 'panas' seperti goreng pisang walaupun entri copy paste basi, tetap panas sebab 'isinya' memang sentiasa 'panas' dan ditambah lagi dengan tajuk dan gambar hiasan 'panas'! Pastinya fantastik, bombastik lagi ba dumm tss bro. Mesti dapat trafik tinggi kan? Tapi, jangan lupa yang kau akan dapat bonus dan saham sekali nanti, saham 'panas'.

Tidak nampak pun apa tujuan bahan bacaan seperti ini melainkan untuk menarik nafsu pembaca. Kalau untuk ambil iktibar, letaklah ayat-ayat agama yang menginsafkan pembaca sekali dengan harapan mudahan-mudahan mereka bertaubat. Tapi memang tiada dan tak akan ada.

Yang pasti, itu blog kau, kau punya suka lah kan tapi, jangan lupa yang kau akan dapat bonus dan saham sekali nanti, saham 'panas'.

"Ala, buat entri camni untuk suka-suka ja, sebarkan maklumat!" Tapi, jangan lupa yang kau akan dapat bonus dan saham sekali nanti, saham 'panas'.

"Ini untuk orang yang otai dan pro baca. Untuk release tension, kalau tak suka, tak payah klik dan baca, kau boleh blah oi!" Tapi, jangan lupa yang kau akan dapat bonus dan saham sekali nanti, saham dosa.

"Tu pun nak kecoh, suka hatilah, yang ko sibuk apesal?" Tapi, jangan lupa yang kau akan dapat bonus dan saham sekali nanti, saham 'panas'.

Sehingga lah pada suatu hari...

"Papa, papa ni ada blog kan? Hari tu Aiman ada tengok kat facebook, papa share banyak link. Link yang papa share sumer best-best taw. Ada cerita rogol-rogol, skodeng-skodeng, ada dedah sana sini, seksi yeah! Aiman sangat suka."

"PANG!!!" Tertampar muka sendiri. #facepalm.

Words on wednesday. Jangan bazirkan fries McD anda.

Aku tidak tahu jika perkara ini berlaku di sekeliling anda atau hanya di bandar kelahiranku yang indah ini, Kota Kinabalu (KK).

Setiap kali aku pergi ke Centre Point (CP) dan makan di food court, pasti akan ada kelibat manusia bergerak dari satu meja ke meja yang lain. Ianya bukan waiter! Tapi seseorang yang memberikan sedikit 'buah tangan' kepada anda dengan balasan anda memberikan sedikit sumbangan kepada mereka.

Biar aku berterus terang, sepanjang aku jumpa orang-orang seperti ini, hanya beberapa kali sahaja aku bermurah hati dan masa-masa lainya aku melambaikan tangan untuk memberi maksud tidak berminat.

Balik-balik muka yang sama tiap kali datang food court CP. Aku tidak tahu berapakah mereka dapat dalam masa sebulan menjalankan aktiviti ini. Macam dah jadi kerja tetap pula. Aku tertanya-tanya, adalah mereka perlukan duit ini untuk menampung belanja makan harian atau digunakan untuk perkara lain? Kalau untuk makan, bolehlah aku bagi fries mcD ini.

Tadi aku pergi ke bandar dan sebagai seorang warga KK, lebih meriah untuk merayau di CP. Setelah penat dan lapar, aku pergi merehatkan diri di McD dan memesan double cheese burger satu set untuk dihadam dan sebagai alasan untuk duduk berehat.

Selepas beberapa ketika, muncullah orang yang aku cakapkan tadi. Orang yang sama, mondus operasi yang sama, dari meja ke meja, tapi ianya bukan waiter! Seperti biasa, bila dia dah dekat, aku hanya melambaikan tangan isyarat tidak berminat dan dia terus pergi ke meja seterusnya.

Sambil lepak dan selesai menelan burger, masih ada lagi fries yang tertinggal dan oleh kerana aku makan sambil minum, jadi aku cepat kenyang. Kalaulah aku boleh ikut sunnah Nabi, namun aku tidak boleh makan burger tanpa minum air, rasa tercekik dikala gigitan pertama.

Jadi aku biarkan dulu perut ini melakukan proses penghadaman sedikit demi sedikit sambil memerhati keadaan sekeliling dan mengharapkan akan ada ruang di dalam perut untuk menempatkan fries yang tertinggal ini nanti.

Beberapa minit kemudian, aku terlihat kelibat dua kanak-kanak perempuan dalam lingkungan umur 8 dan 10 tahun. Berpakaian lusuh, bergerak dari satu meja ke satu meja, tapi mereka bukannya waitress! Mereka menghulurkan tangan untuk meminta simpati, aku tidak cam wajah mereka seperti wajah manusia yang aku sebutkan tadi, inilah kali pertama aku jumpa sepanjang makan di kawasan ini.

Adakah aku akan sekali lagi lambaikan tangan untuk menyatakan tidak berminat? Tapi mereka bukannya menghulurkan sedikit 'buah tangan' untuk ditukarkan dengan seringgit lusuh dalam poket ini yang aku sediakan untuk tambang bas. Mereka menghulurkan tangan kosong!

Apabila kelibat dua budak ini sampai ke meja aku, dalam masa sesaat, aku ingin melambaikan tangan, tapi entah kenapa, seperti tiba-tiba tangan ini turun semula dan secara sendirinya mencapai fries tadi lalu memberikan kepada mereka berdua.

Mereka menerima fries tersebut dengan wajah terkejut, gembira dan terus beredar ke meja lain. Aku pun termenung dan berfikir, berapa banyakkah fries dan makanan yang telah aku bazirkan sebelum ini?

Aku harap, anda yang membaca entri ini, kalau mempunyai lebihan fries, jangan tinggalkan begitu sahaja. Ambilah, bungkuskan dan masukkan ke dalam beg plastik percuma yang boleh diminta daripada kaunter, tidak susah mana pun.

Mungkin di dalam perjalanan nanti, anda akan terjumpa orang yang memerlukannya. Mungkin kita terlalu malas dan leceh untuk menghulurkan duit, jadi berilah fries yang ada bersama anda. Semoga Allah akan membalas kebaikan anda.

+1 for restoring my faith in humanity!-via

Tutorial blogger: Buat Admin Control Panel/NavBar yang hanya admin saja dapat lihat)

Tutorial apa nih?

Biasanya aku akan kongsikan tutorial yang sudah aku cuba dan menjadi di blog tiba2jam6petang. Oleh kerana blog ini terlalu senyap kerana hiatus terlalu lama, haha jadi aku buat entry 'tutorial' ini di sini.

Macam biasa juga, aku akan bagi link kepada tutorial asal yang aku ikut, ini sebagai memberi penghargaan kepada si pembuat artikel asal. Maka tiadalah main tapau-tapau code orang lain dan mengaku hak milik sendiri.

Sebelum anda ke laman web yang aku cakapkan, biar aku terangkan sedikit apa itu admin control panel atau aku lebih suka memangilnya admin navbar. Ianya adalah butang shortcut untuk menguruskan blog anda dengan cepat. (lihat gambar di bawah lagi cepat faham)

Aku lebih suka menggunakan kaedah ini daripada menggunakan kaedah bookmark melalui browser. Ianya menjimatkan ruang untuk aku bookmark laman web lain. Sebelum ini, admin navbar untuk blog tiba2jam6petang dapat dilihat oleh semua orang (macam dalam blog ini, ianya masih kelihatan kerana aku malas untuk mengubahnya buat masa ini).

Jadi aku rasa blog aku kelihatan terlalu noob dan tidak begitu professional disebabkan adanya admin navbar yang menggangu dan tidak mempunyai fungsi kepada pembaca.

Hasil daripada tutorial yang aku ikuti, kini admin navbar blog sudah invisible kepada semua orang lain kecuali aku sendiri sebagai admin. Untuk yang berminat, bolehlah mengikuti tutorial yang disediakan di laman web ini. Harap ianya dapat membantu. Sekian.

update: untuk new blogger interface, mungkin anda boleh gunakan code yang di-edit oleh bro Afif Zafri di sini.

Pandangan Admin apabila login blog

pandangan pembaca/admin sebelum login blog

Hari Ibu Adalah haram berdasarkan fakta sejarah kah?

Lagi sekali.

Aku tidak tahu mengapakah perkara sebegini sering berlaku. Kau baca artikel di facebook, tanpa membuat apa-apa kajian, kau terus percaya dan tekan butang share.

Kalau sebelum ini aku ada ulas mengenai artikel April Fool yang sering beredar lagi-lagi pada zaman facebook ini, kali ini artikel Hari Ibu Adalah Haram pula.

Anda boleh lihat artikel yang aku maksudkan di sini atau lihat printscreen di bawah.


Selepas memabca artikel ini, semuanya berlandaskan fakta sejarah yang dimulakan dengan ayat;

"BEWARE!!!! HARI IBU ADALAH "HARAM" ya Allah baru tahu...SEBARKAN....blaa..bla..tuhan pagan..bla..bla.. Anna Jarvis..bla..bla.."

See? Tiada sebarang dalil agama melainkan hanya fakta sejarah. Tiada dinyatakan bahawa Hari Ibu yang disambut di seluruh dunia sebenarnya mempunyai tarikh berbeza-beza disebabkan peristiwa yang berbeza-beza.

Ianya seolah-olah mahu pembaca (yang malas membuat kajian) percaya bulat-bulat bahwa pengharaman hari ibu adalah disebabkan ianya seperti meraikan hari ibu tuhan pagan, blaa..blaa..blaa.

Sebenarnya terdapat beberapa pendapat dan fatwa (menyokong dan tidak menyokong) daripada ulama terkenal mengenai hal ini, anda boleh membacanya di sini, sini dan sini. Yang paling pentig, jangan lupa buat cross references.

Sebenarnya bukan hari ibu haram atau tidak yang aku mahu ceritakan dan ulas dalam entry ini. Tapi mengapa perkara sebegini selalu terjadi di Facebook. Baca, percaya dan kongsi (tanpa membuat sebarang kajian).

Zaman sekarang sangat mudah untuk mendapatkan maklumat, tapi orang semakin malas untuk mencari kebenaran maklumat tersebut. Dan jangan terkejut jika satu masa nanti, artikel yang hanya dikuatkan dengan fakta serjarah (tanpa disertai dalil agama) saja boleh mengatakan bahawa (ini contoh);

Sukan olimpik? haram. (sukan olimpik diawalnya adalah untuk penghormatan kepada Zeus). source

Menggunakan kalendar tahun masihi? haram. (tahun masihi, anno domini bermaksud In the Year of Our Lord Jesus Christ, adalah tahun yang digunakan oleh umat Nasrani menyambut kelahiran Jesus). source

Menggunakan lambang bulan sabit di masjid dan bendera? haram. (kerana simbol bulan sabit pada mulanya adalah simbol tuhan pagan, namun ianya digunakan oleh Empayar islam Turki Uthmaniah dan Mughal sebagai lambang dan ianya kekal digunakan oleh negara negara islam selepas kejatuhan empaya-empayar ini. Tambahan pula, kerajaan pra islam Turki, Göktürks menggunakan lambang bulan sabit pada duit syiling mereka). source

Anda boleh lihat sendiri, kalau berpandukan hanya fakta sejarah, memang semua orang akan cenderung mengatakannya haram. Sebab itu lah jika perkara (artikel) berkaitan dengan agama, pastikan semua dalil agama dan fakta disertakan. Sekian.

SAJA2: trafik dari ping busuk mencurah-curah jatuh ke ladang gandum!

Sebenarnya belum sampai sebulan (baru 15 hari) aku gunakan khidmat ping busuk ni untuk ping entry dari blog tiba2jam6petang. Walaupun dah lama tahu kewujudannya.

Tadi aku perasan trafik aku melonjak naik daripada biasa pada hari ini. Jadi aku check akaun nuffnang,  aku dapati semua trafik tu datang dari ping busuk!

Well..tidak sangka juga entry KENAPA PEMBACA BERITA CUACA TIDAK BOLEH MEMAKAI BAJU HIJAU tersenarai di laman web busuk.org dalam post menarik untuk minggu ini.

Disebabkan blog aku masih baru, jadi trafik tidaklah begitu ba dum tss!. Apapun, terima kasih kepada busuk.org kerana tolong promote blog aku walaupun sekejap. :>

Monday note. RIP Si Putih.

Belasungkawa.

Kelmarin (06.05.2102) merupakan hari kematian kucing kesayangan aku, si Putih akibat dilanggar kereta. Nasib baiklah ada seorang budak yang bagitau, kalau tidak aku pun tidak akan tahu sampai bila-bila disebabkan budak-budak yang lain dalam proses untuk korek lubang dan kubur. huhu

Lepas tahu, aku minta budak tersebut untuk membawa mayat si Putih ke halaman rumah, dan aku pergi kuburkan sendiri.

Tidak tahu siapa yang langgar dan aku tidak mahu salahkan sesiapa, tapi aku mahu ingatkan sesiapa yang memandu di kawasan kampung tu, berhati-hatilah. Aku tidak pernah lagi jumpa kucing yang mati dilanggar kereta di kawasan kampung ni. Malang nasib si Putih. Kalau tidak disengajakan, boleh dimaafkan. tapi kalau memang sengaja langgar, itu urusan kau dengan Tuhan.

Apapun, aku sudah cuba mengjaga si Putih sebaik mungkin dan tetap merasa sedih dengan kehilangan si Putih kerana terlalu banyak kenangan dengan kucing ini daripada UMS (sewaktu si Putih masih kecil) sehingga ke Rumah ini (lebih kurang 10 bulan).

kucing warna hitam tu adalah ibu kepada si putih, yang tinggal di Blok G kediaman B UMS.

Beberapa hari selepas menjejakkan kaki di rumah baru, si Putih menyusu dengan ibu dan adik beradik angkat.

Beberapa bulan tinggal di rumah aku, biasanya makan tengahari di halaman rumah.

Suatu hari, blackout di rumah.

Menjadi model kepada pepakura Iron Man yang aku buat.

Makan bersama keluarga. Anak kucing yang mempunyai warna putih adalah anak si Putih bersama kucing betina yang hitam keemasan sebelah kiri sekali.

Anak Si putih yang ini juga telah mati dahulu lebih kurang sebulan sebelum kejadian yang menimpa si Putih.


Selamat tinggal si Putih.

Words on wednesday. Mereka adalah saudara, kawan dan jiran.

Mereka adalah saudara,
Mereka adalah kawan,
mereka adalah jiran,
Tapi kerana perbezaan Ideologi,
rumah yang mereka duduki mula bergoncang.

Mereka adalah saudara,
Mereka adalah kawan,
mereka adalah jiran,
Tapi sudah mula hilang rasa hormat antara satu sama lain,
Kesilapan ditegur dengan kekerasan.

Mereka adalah saudara,
Mereka adalah kawan,
mereka adalah jiran,
Masa marah semuanya jadi musuh,
Tidak ingatkah masa gembira bersama dahulu?

by dari tadi pagi on kupi2dulu