Tema hari kemerdekaan tahun 2012. Kenapa?

Mungkin semua sudah tahu.

Aku juga ada membaca pelbagai sumber dan keluhan rakyat Malaysia, tidak kira daripada pro kerajaan mahupun pro pembangkang. Rata-ratanya sangat hampa dengan tema hari kemerdekaan pada tahun ini.

Bila tema 'janji ditepati', tentulah kesemuanya juga pasti sama. Logo dah keluar. Cuma yang menjadi pertanyaannya sekarang, adakah lagu tema tahun ini bertajuk 'janji ditepati'? Ada kemungkinan (Aku harap tidak akan berlaku). Tunggu, dengar dan lihat.


Terlalu jauh dan memang sangat jauh jika mahu kaitkan 'patriotik' dengan perkataan 'janji ditepati'. Cubalah gunakan tema yang lebih sesuai, dan mesejnya terus sampai tanpa mempunyai bau-bau politik.

Kalau sebelum-sebelum ini, tidak timbul banyak isu dan rungutan tentang tema kemerdekaan. Tahun ini? Sangat banyak. Ini menunjukkan ada yang tidak kena dengan tema tersebut. Jadi yang bertanggungjawab untuk memilih tema ini kena faham-fahamlah.

Pada pendapat peribadi aku, jika dibandingkan dengan tema 'Keranamu Malaysia' (Tema kemerdekaan yang paling aku suka), ianya lebih 1000 kali patriotik daripada 'janji ditepati'. Lagu Keranamu Malaysia juga adalah antara lagu paling digemari semasa hari kemerdekaan. Itu barulah boleh dipanggil tema hari kemerdekaan. Janji Ditepati? Maaf. Adalah sangat sadis dan menghampakan.