Perlukah mendengar laungan Azan di bulan untuk membuktikan agama kita benar? (re-post)

Bumi kehilangan lagi seorang 'moonwalker' selepas pemergian MJ.

Mungkin dengan pemergian Armstrong, penduduk bumi terutamanya di Malaysia ini tidak mudah tertipu dan percaya dengan segala propaganda dan artikel-artikel dari sesetengah pihak selama ini 'mengatas namakan' peristiwa pendaratan ke bulan dengan agama.

Sama ada pendaratan ke bulan benar-benar berlaku ataupun hanya suatu konspirasi, peristiwa ini tetap telah memberi inspirasi kepada semua orang.

"That's one small step for man, one giant leap for mankind," N. A. Armstrong.
----------------------------------------------------------------

Re-post from:
http://kupi2dulubah.blogspot.com/2012/06/perlukah-mendengar-laungan-azan-di.html

Bercerita mengenai Neil Armstrong ke bulan.

Mungkin ada diantara anda pernah membaca mengenai perkara ini. Apabila menjejakkan kali ke bulan, Neil Armstrong telah mendengar laungan Azan dan setibanya beliau ke bumi, beliau telah memeluk agama Islam. (ceritanya lebih kurang macam ni lah).

Sampai sekarang, cerita mengenai Neil Armstrong ini sering dimasukkan di dalam artikel berkaitan dengan Agama. Masalahnya, adakah perkara ini benar? atau hanya propaganda? Adakah bukti kukuh?

Kalau perkara ini tidak benar atau belum pasti bukankan ianya mendatangkan fitnah? Adakah mengatakan seseorang itu Islam walaupun tiada bukti bukan fitnah? Tuduhan tanpa bukti kan suatu fitnah.

Mungkin ada yang percaya bulat-bulat tiada seginya. Maklumlah artikel mengenai agama seharusnya dipercayai. Nanti boleh rosak akidah. Namun harus diingat, yang menulis artikel tersebut hanyalah manusia biasa.

 via

Menurut pendapat yang dikeluarkan oleh Shaykh Muhammed Salih Al-Munajjid, (anda boleh membaca sepenuhnya di sini), khabar mengenai Neil Armstrong memeluk Islam setelah mendengar laungan Azan di bulan telah beredar dikalangan umat Islam, namun tidak terdapat sebarang sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Jika Neil Armstrong memeluk Islam, sudah tentulah beliau akan berdakwa kepada orang ramai untuk memeluk islam seperti yang dilakukan oleh Yusuf Islam.

Perkara ini juga seharusnya berlaku kepada individu-individu terkenal yang didakwa memeluk Islam jika ianya benar. Namun, sehingga sekarang tiada bukti. Jangan cakap pula mereka diugut oleh FBI dan agen-agen Freemason untuk menyembunyikan kebenaran.

Neil Armstrong sendiri telah menyangkal dakwaan tersebut dalam buku biografi rasminya First Man: The Life of Neil A. Armstrong yang diterbitkan pada tahun 2005 dan melalui rekod dan rakaman bunyi yang dikeluarkan oleh pihak NASA, tiada sebarang bunyi pelik dalam bahasa asing yang mereka dengar.

Itupun kalau pendaratan di bulan benar-benar berlaku, kerana masih menjadi pendebatan adakah Appolo 11 benar-benar mendarat di bulan. Ianya masih diragukan.

Carilah di internet atau di mana-mana, adakah anda menjumpai bukti kukuh mengenai cerita Neil Armstrong ini? (Jika ada harap sudi kongsikan). Bukti dipadam selepas 21 hari ia diterbitkan? Lagi dakwaan tanpa bukti.

Kadang kala kita sering disuap dengan propaganda yang entah dari mana sumber jelasnya kononnya individu terkenal A masuk Islam, Individu terkenal B masuk Islam. Tapi tiada bukti kukuh. Hanya sebagai penyedap artikel, telinga dan hati? Tapi dari sudut pandangan lain, kita seolah-olah membenarkan perkara yang belum pasti (lebih senang cakap syok sendiri) dan jika perkara tersebut memang tidak benar, bukankah ianya fithah?

Kesimpulannya, kalau benar seseorang individu tersebut memeluk Islam, ia adalah satu kebaikan untuknya. Kita tidak perlu mendengar laungan azan di bulan untuk membuktikan agama kita benar, kita tidak perlu buktikan piring astro menghadap kiblat disebabkan Mekah Al-Mukaramah terletak di sana. (Mungkin piring astro menghadap dimana arahnya satellite?). Jika sesuatu perkara mempunyai kajian sanitifik dan bukti kukuh, silakan cetak berapa banyak artikel, tiada salahnya.

Mahu kuatkan iman, bacalah dan fahamilah Al-Quran. Mahu orang lain memeluk Islam, berdakwahlah dengan cara baik. Ada iman, gengamlah sekuat kuat gigi geraham.

Rujukan:
http://islamqa.com/en/ref/20880

http://www.webcitation.org/query?url=http://islamqa.com/en/ref/20880&date=2012-05-03

http://wikiislam.net/wiki/Neil_Armstrong_%28Conversion_to_Islam%29#Fatwa_Ruling_the_Conversion_as_Fabricated

http://mukto-mona.net/Articles/skm/neil_armstrong.htm

http://syarman.com/soft/2011/10/08/fakta-mengarut-yang-memalukan-islam-itu-sendiri/

Thursday jokes. Apa yang berlaku sepanjang berpuasa.

Selamat berpuasa semua.

Sejak bulan puasa, aku semakin malas untuk update blog, ini disebabkan aku tersangat malas walaupun begitu banyak masa lapang. Macam biasalah, asal depan PC mesti dengan secawan nescafe/teh, baru otak berjalan dan semangat untuk menaip. Jadi bila dalam bulan puasa, mood untuk makan dan minum (waktu malam) juga berkurang. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.

Sepanjang aku bermalasan untuk berblog, ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku, antaranya ialah tema kemerdakaan, sukan olimpik dan juga....nanti aku ulas perkara yang terakhir ini..keh keh keh.

Seperti yang aku sebut dalam entri lepas, akhirnya menjadi kenyataan. Ya lagu 'janji ditepati' sudah released! #OhGodWhy. Menteri yang berkaitan juga sudah memberi penjelasan mengenai tema kemerdekaan tahun ini. Tapi secara personal, penjelasannya masih tidak memuaskan. Seharusnya tema kemerdekaan mempunyai unsur perpaduan dan cintakan negara. Janji ditepati? Siapa sebenarnya yang menabur janji? Siapa pula yang menepatainya? Siapa pula yang memakan janji? Kesemua jawapannya akan berbalik kepada unsur politik, bukan patriotik.

Dalam bulan puasa ini juga berlangsungnya sukan Olimpik. Walaupun aku bukan seorang penyokong tagar, namun aku juga mengikuti sedikit sebanyak perkembangan atlit negara yang menyertai sukan Olimpik kali ini. Bila menang ikut sorak dan bangga, bila kalah, terimalah seadanya.

Sukan Olimpik kali ini juga di'gempar'kan (tipikal tajuk blog sensasi) dengan penglibatan unsur Freemason. Berlambak pula teori konspirasi muncul di facebook. semakin hari semakin banyak.

Sebenarnya jika difikirkan betul-betul, apalah sangat dengan simbol-simbol Freemason ini. Adakah ianya dapat melemahkan iman anda? Apa yang ditakuti sebenarnya simbol-simbol ini? Segi tiga, freemason. Segi tiga, Freemason. Segi tiga, Freemason. Segi tiga, Freemason. Segi tiga, Freemason. Segi tiga, Freemason. Sejak bila segi tiga ini dipatentkan oleh mereka? Freemason sekarang sudah terlalu mainstream. Lulz.



Perkara yang terakhir tadi, sebenarnya berkenaan dengan penghinaan terhadap Sabah oleh sekumpulan kecil katak di bawah tempurung. Sejak akhir-akhir ini semakin banyak di facebook.

Sebenarnya aku cukup kasihan dengan golongan seperti ini. Pertama, mereka nampak terlalu bodoh dimata rakyat Sabah yang mereka dakwa masih tinggal di atas pokok. Kedua, menyusahkan diri sendiri kerana menjadi bahan cacian. Ketiga, kenapalah bodoh sangat ni? Keempat, kenapalah bodoh sangat ni? Kelima, kenapalah bodoh sangat ni? Keenam, belajar dalam bangunan pun masih bodoh juga. #facepalm. Jangan pula sampai mati pun masih tertanya-tanya, di Sabah ada jual baldi atau tidak. Sadis.

Mungkin juga akaun FB yang mempunyai unsur penghinaan ini adalah palsu dan sesetengah pihak cuba untuk memecah belahkan perpaduan diantara Malaya dan Borneo Utara. Mungkin.

Kepada golongan katak di bawah tempurung yang membaca entri ini, jangan terkejut kerana aku menaip entri ini menggunakan keyboard diperbuat daripada pasir. Tidak lupa juga, baldi dan gayung di rumah ini diimport daripada China. Kau ada? kahkahkah. Kenapalah bodoh sangat. Google kan ada. Sekian.