Selamat Hari Tangan Kidal.

Anda seorang righthanded atau pun lefthanded macam aku?

Dengar-dengar mengikut kajian, orang kidal ni pendek umur. Tapi ajal dan maut ditangan Tuhan. Itu hanya statistik dan kajian semata-mata hehe.

Tangan kiri. Memang selalu orang anggap tangan kiri ni buat kerja yang "ehem2" kan. Faham-faham la apa yang dimaksudkan. Tapi, itu tangan kamu jugalah kawan. Yang paling aku tidak suka, bila orang anggap seorang yang kidal (menulis) akan menggunakan tangan kiri juga untuk makan (tanpa guna sudu).

Untuk pengetahuan orang macam ini, aku makan menggunakan tangan kanan. Aku cuma kidal semasa menulis, memegang raket badminton, "ehem2" dan yang lain-lain. Aku rasa bangga kerana kekidalan ini membuatkan tulisan aku secara semula jadi italic haha.

Happy International Lefthanders Day!

13 ogos merupakan tarikh yang ditetapkan untuk menyambut International Lefthanders Day pada setiap tahun. Ianya kali pertama diadakan pada 13 Ogos tahun 1976.

Hari ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan kesedaran mengenai ketidakselesaan dan kesukaran pengguna tangan kidal untuk berhadapan dengan dunia yang didominasi oleh pengguna tangan kanan. Untuk pengetahuan anda, populasi pengguna tangan kidal adalah sebanyak 7-10 peratus daripada populasi bumi.

Walaupun mempunyai kehidupan yang normal, adakalanya mereka menjadi mangsa diskriminasi secara sengaja atau tidak sengaja. Seperti contoh, kebanyakan peralatan yang dicipta adalah untuk kegunaan pengguna tangan kanan dan pengguna tangan kidal terpaksa menyesuaikan diri dengan peralatan tersebut.

Dengan wujudnya Hari Tangan Kidal Antarabangsa diharapkan ianya boleh menamatkan diskriminasi ini.

P/s: Terima kasih juga ke atas diskriminasi tersebut kerana orang tangan kidal lebih cenderung menjadi seorang ambidextrous, iaitu orang yang boleh menggunakan kedua-dua tangan dengan cekap dan baik.

P/s P/s: Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada blog Kupi2dulu :)

via: tiba2jam6petang

Words on wednesday. Siapa sedang menangis.

Aku membesar dan hidup disamping dia
Dulu dia sentiasa ceria dan bahagia
Adapun sedikit terluka, bukan menjadi masalah
Masa berlalu cepat menyebuh pulih seperti biasa
Itu dahulu.

Mungkin dahulu Aku terlalu kecil untuk mendengar.
Sekarang dewasa, baru ku sedar
Ada sebahagian daripada dia semakin hilang
Ada sebahagian daripada dia tak kembali
Ada sebahagian daripada dia mungkin berubah.

Ada sebahagian daripada kami tamak kuasa
Ada sebahagian daripada kami pentingkan diri
Ada sebahagian pula jauhkn diri
Namun sedikit si Tua, sedikit si Muda masih peduli.

Bila malam dia terdiam
Mengingat kesepakatan yang makin padam
Dapatkah? Masihkah? Situasi ini kembali seperti dahulu?
Sang Penghulu penuh kredibiliti.
Sang Tua rajin menasihati
Sang Pemuda bijak beraktiviti
Sang Kanak-kanak main berhati-hati.

Sebelum Aku pergi tidur, Aku cuba untuk mendengar
Bunyi sunyi malam ini lain daripada malam 10 tahun dahulu
Seperti ada seseorang di luar sana
Masih terjaga dan memerhati sekelilingnya.

Mungkin Aku terlalu mengantuk.
Mungkin Aku mula berimaginasi
Mungkin juga apa yang dikatakan ayahku kelmarin adalah benar.

"Dia, Kampung ini sedang menangis."

(dari tadi, 15 ramadhan 1434)

Thought on friday. Kabur hijau.

Anak muda jangan terlalu gelojoh.
Emosi disangka ilmu, fikiran muda bercelaru.
Hari ini kau fikir kau adalah benar, penentang sejati kezaliman.


Anak muda jangan membuta melawan arus.
Lemah atau deras, terhanyut kembali ke hilir.
Tika tersedar, ludah yang kau buang terkena diri sendiri, pasti takkan kau meludah lagi.
Inilah akibat bila emosi mewakili diri, ilmu hanya sebagai pameran dan nama.

Wahai anak muda!
Berhati-hati dengan setiap pemikiran dan tindakanmu.
Tiap langkah pasti ada yang memanipulasi, hinggap menjadi parasit.


Wahai anak muda!
Apa yang kau tanam hari ini, kau juga lah yang akan menuainya nanti.
Jangan terlalu gelojoh, jangan membuta melawan arus.
Suatu hari kau pasti akan tua dan pasti akan lebih tahu.

Monday note. Macai-macai ada.

Macai!

Ada beberapa jenis macai. Macai kerajaan terbahagi kepada tiga. Pertama ialah, orang yang selesa dengan pemerintahan kerajaan yang ada sekarang, namun ianya juga menyokong tindakan pembangkang untuk membetulkan apa yang salah dalam sesetangah isu.

Kedua, macai tanpa di sedari. Golongan ini selalunya golongan yang belum cukup umur. Mereka hanya mengenali kerajaan daripada sekolah tanpa mengetahui selok belok politik dan tidak juga mengetahui adanya pihak pembangkang.

Macai ketiga ialah, sememangnya macai tegar. Pandangan golongan ini, kerajaan sentiasa betul, pembangkang please go to hell.

Terdapat beberapa jenis golongan di atas pagar. Pertama, golongan lalang. Apabila satu pihak nampak betul, mereka akan ada di sana. Apabila satu pihak nampak salah, mereka akan pergi jauh-jauh.

Kedua, mereka ini tidak mahu terlibat dalam hal-hal politik disebabkan kekangan ataupun belum sampai waktunya. Mereka ini selalunya akan pro kerajaan, namun tidak membenci perjuangan pembangkang.

Ketiga, mereka ini jenis 'ada aku kisah?'. Mereka ini suka makan popcorn dalam dunia internet dan suka melaga-lagakan antara kerajaan dan pembangkang. Bagi mereka politik kotor, politik adalah tahi. Golongan ini adalah sebenarnya yang tahi. Mereka hanya tahu merasai kesenangan yang ada melalui perjuangan politik orang lain. Kau tak kisah pasal politik, kau pergi duduk dalam gua lah.

Di sebelah pihak pembangkang pula hanya ada satu macai. Menurut pandangan mereka, tak kira kau golongan atas pagar, kau golongan bawah pagar, sekali kau mengeluakan kata-kata berbau pro kerajaan, kau adalah macai kerajaaan. Titik.