Thought on friday. Kabur hijau.

Anak muda jangan terlalu gelojoh.
Emosi disangka ilmu, fikiran muda bercelaru.
Hari ini kau fikir kau adalah benar, penentang sejati kezaliman.


Anak muda jangan membuta melawan arus.
Lemah atau deras, terhanyut kembali ke hilir.
Tika tersedar, ludah yang kau buang terkena diri sendiri, pasti takkan kau meludah lagi.
Inilah akibat bila emosi mewakili diri, ilmu hanya sebagai pameran dan nama.

Wahai anak muda!
Berhati-hati dengan setiap pemikiran dan tindakanmu.
Tiap langkah pasti ada yang memanipulasi, hinggap menjadi parasit.


Wahai anak muda!
Apa yang kau tanam hari ini, kau juga lah yang akan menuainya nanti.
Jangan terlalu gelojoh, jangan membuta melawan arus.
Suatu hari kau pasti akan tua dan pasti akan lebih tahu.

Monday note. Macai-macai ada.

Macai!

Ada beberapa jenis macai. Macai kerajaan terbahagi kepada tiga. Pertama ialah, orang yang selesa dengan pemerintahan kerajaan yang ada sekarang, namun ianya juga menyokong tindakan pembangkang untuk membetulkan apa yang salah dalam sesetangah isu.

Kedua, macai tanpa di sedari. Golongan ini selalunya golongan yang belum cukup umur. Mereka hanya mengenali kerajaan daripada sekolah tanpa mengetahui selok belok politik dan tidak juga mengetahui adanya pihak pembangkang.

Macai ketiga ialah, sememangnya macai tegar. Pandangan golongan ini, kerajaan sentiasa betul, pembangkang please go to hell.

Terdapat beberapa jenis golongan di atas pagar. Pertama, golongan lalang. Apabila satu pihak nampak betul, mereka akan ada di sana. Apabila satu pihak nampak salah, mereka akan pergi jauh-jauh.

Kedua, mereka ini tidak mahu terlibat dalam hal-hal politik disebabkan kekangan ataupun belum sampai waktunya. Mereka ini selalunya akan pro kerajaan, namun tidak membenci perjuangan pembangkang.

Ketiga, mereka ini jenis 'ada aku kisah?'. Mereka ini suka makan popcorn dalam dunia internet dan suka melaga-lagakan antara kerajaan dan pembangkang. Bagi mereka politik kotor, politik adalah tahi. Golongan ini adalah sebenarnya yang tahi. Mereka hanya tahu merasai kesenangan yang ada melalui perjuangan politik orang lain. Kau tak kisah pasal politik, kau pergi duduk dalam gua lah.

Di sebelah pihak pembangkang pula hanya ada satu macai. Menurut pandangan mereka, tak kira kau golongan atas pagar, kau golongan bawah pagar, sekali kau mengeluakan kata-kata berbau pro kerajaan, kau adalah macai kerajaaan. Titik.