Words on wednesday. Siapa sedang menangis.

Aku membesar dan hidup disamping dia
Dulu dia sentiasa ceria dan bahagia
Adapun sedikit terluka, bukan menjadi masalah
Masa berlalu cepat menyebuh pulih seperti biasa
Itu dahulu.

Mungkin dahulu Aku terlalu kecil untuk mendengar.
Sekarang dewasa, baru ku sedar
Ada sebahagian daripada dia semakin hilang
Ada sebahagian daripada dia tak kembali
Ada sebahagian daripada dia mungkin berubah.

Ada sebahagian daripada kami tamak kuasa
Ada sebahagian daripada kami pentingkan diri
Ada sebahagian pula jauhkn diri
Namun sedikit si Tua, sedikit si Muda masih peduli.

Bila malam dia terdiam
Mengingat kesepakatan yang makin padam
Dapatkah? Masihkah? Situasi ini kembali seperti dahulu?
Sang Penghulu penuh kredibiliti.
Sang Tua rajin menasihati
Sang Pemuda bijak beraktiviti
Sang Kanak-kanak main berhati-hati.

Sebelum Aku pergi tidur, Aku cuba untuk mendengar
Bunyi sunyi malam ini lain daripada malam 10 tahun dahulu
Seperti ada seseorang di luar sana
Masih terjaga dan memerhati sekelilingnya.

Mungkin Aku terlalu mengantuk.
Mungkin Aku mula berimaginasi
Mungkin juga apa yang dikatakan ayahku kelmarin adalah benar.

"Dia, Kampung ini sedang menangis."

(dari tadi, 15 ramadhan 1434)