Hati kita luas. #5

"Bro, aku sedih ni" Sapaan kecil dari belakang. Suara yang selalu menganggu dikala jiwa sedang tenang.

"Nasib baik kau cakap kau sedih, kalau tidak, memang dah makan gunting kau. Apa masalah ni?" Niat ingin mencapai gunting dalam laci terus dibatalkan.

"Awek aku, awek aku dia suka dengan orang lain bro, dia mintak putus bro" Mukanya hampa.

"Gahahahahaha padan muka kau!" Gelak ala-ala Takuya Kimura memenuhi ruang.

"Tolonglah bro, nasihatkan aku, aku buntu, aku stress, aku sayang dia bro, hubungan kami pun dah lama"

"Dia tidak sayangkan kau lagi. Semua yang kau buat cuma akan buat dia lebih menyampah" Sambil membuka laci kembali dan mencapai sebilah kunai yang berukiran 愛スプリッタ. Senjata yang digunakan oleh Ninja ini ditenung tepat, lalu dilontarkan ke dinding.

"Tap!" Kunai tersebut betul-betul tepat mengenai graffiti berbentuk hati pada dinding.

"Tak mungkin bro, aku percaya dia masih ada sayang walaupun sedikit" tegasnya.

"Sudahlah kau jangan berharap sangat. Tahukah kau, jika kau betul cinta dengan seseorang, kau tidak akan jatuh cinta dengan orang yang lain. Ni sekarang awek kau dah bercinta dengan orang lain, maka automatiklah dia tidak cintakan kau. Padan muka kau sekali lagi"

Suasana menjadi senyap seketika, setelah berjalan beberapa langkah menuju ke dinding, kunai tersebut pun dicabut dan kesan tikaman kunai itu seolah-olah membelah graffiti hati tersebut.

Sambil meletakkan tangan di dagu dan merenung ke arah graffiti hati,

"Tahukah kau, sebenarnya hati kita ini luas, sudah pasti akan ada ruang-ruang untuk orang lain di dalamnya. Dah tak payah fikir sangat, orang kacak ceritannya memang macam ni selalu" tangan di dagu tadi diusap dari muka sehingga ke belakang tengkuk lalu menghembus nafas panjang.

Img via

No comments:

Post a Comment