If you give a man a fish. #8

"Tok tok tok!" Ketukan pintu kali kedua semakin kuat.

"Dia ni lagi..OK, masuklah." Mood yang semakin baik disebabkan barang pertukaran sudah di depan mata.

"Clak" Bunyi pintu dibuka sopan.

"Bro siapa tadi tu?"

"Pakcik cleaner datang ambil sampah. Apa hal?"

"Oo..tiada apa, saja datang lepak. Sampai hati semalam hilangkan aku guna portal gun. Sampai hati." Balasnya dengan nada sedih.

"Tu lah kau, lain kali, jaga sikit mulut tu."

"Sorry bro, excited sangat."

"Ni aku nak bagi tahu sesuatu, tapi kau jangan bagi tahu orang lain." Sambil mengambil botol gula-gula brand Mentos Xyli Ice dari dalam laci meja. Penutup botol dibuka, diambil dua biji gula-gula lalu di masukkan ke dalam mulut.

"If you give a man a fish you feed him for a day, if you teach a man how to fish you feed him for a lifetime. Pernah dengar?"

"Mestilah pernah bro."

"Pernah buat?"

"Macam pernah."

"Kita ni hidup di dunia, tidak cukup untuk sekadar berkongsi rezeki sahaja. Kadang kala kita kena juga ajar orang macam mana cara kita dapatkan rezeki. Tapi orang sekarang ni, makin menjadi-jadi. Yang kaya makin kaya, yang miskin makin tertindas. Hmm macam tiada kaitan."

Suasana senyap seketika, mukanya kelihatan serius memikirkan kata-kata hikmah tadi. Selang beberapa minit kemudian,

"Well, now then Mardy Bum..I've seen your frown and it's like looking down the barrel of a gun..And it goes off and out come all these words..." Bait-bait daripada lagu Artic Monkeys kedengaran. Ianya adalah bunyi nada dering telefon pintar berjenama Newton.

"Ya saya..Oh dah sampai depan pintu? Ok sekejap." Sambil berjalan ke arah pintu. Apabila pintu dibuka, kelihatan Delivery Boy sedang berdiri bersama makanan yang dipesan secara online sejurus urusan pertukaran RX-78-2 selesai.

"Macam aku cakap tadi, aku takkan bagi makanan ni dengan kau, kau hanya akan kenyang sehari ja. Jadi aku ajar kau macam mana nak dapatkan sendiri supaya kau kenyang sampai tua. Tapi next time aku ajar OK. Sekarang kau berambus, aku lapar." Sambil jari menunjukkan ke arah pintu keluar.

Img. via

No comments:

Post a Comment