Kegembiraan adalah pilihan. #4

"Kau, pulang dari masjid, kenapa sedih?"

"Oh, bro rupanya. Biasalah bro, masalah peribadi" wajah murung bertukar neutral apabila melihat orang yang menyapanya.

"Tahukah Kau, banyak benda yang buat kita sedih, tapi banyak benda juga yang buat kita gembira. Jadi kenapa kita harus meratapi kesedihan jika kita ada banyak pilihan untuk bergembira?"

"Contohnya bro?"

"Contoh paling dekat, kegembiraan adalah bila kau makan ikan kerapu masak steam berkuah sos tiram! Sekarang kau sediakan kicap manis brand kipas udang, limau dan cili untuk dijadikan cecah, biar aku yang masak"

"Tapi bro, sekarang ni musim red tide bro"

"Itu kau jangan risau, kalau racun ikan buntal aku boleh handle, inikan pula perut ikan kerapu, don't underestimate me!" sambil tangan kanan membuka laci dan lantas mengambil katana khas yang digunakan untuk membuang racun ikan buntal.

Katana dengan sarung warna hijau berukirankan キラー berwarna merah tersebut dihunus, dengan muka yakin ala-ala Takuya Kimura, dapur adalah tujuan seterusnya.

Img. via

No comments:

Post a Comment