Kerana mulut. #6

"Bro belum tidur lagi? Tengah layan apa tu?" Sapaan dari belakang menyentap tumpuan pada skrin laptop.

"Hah kau..belum lagi. Apa hal?" Sambil jari jemari kembali menekan papan kekunci.

"Tengah buat apa bro?" Balasnya.

"Tengah buat programming untuk pengaktifan Mobile Suite, ni hah kalau kau nak tahu, ni projek rahsia untuk pihak XXXX, kena siapkan juga untuk esok" Sambil meletakkan jari telunjuk ke mulut tanda isyarat supaya diam dan menyimpan rahsia.

"Oh ok bro, You can trust me as always. Ni ada tengok bola tak tadi? Salam..errr salam 6-0 hehe!" Diikuti dengan senyuman babi.

"Dah lah kau jangan naikkan marah aku, nanti ada yang kena tikam guna katana nanti. Kalau hati tisu jangan sokong Arsenal"

"Tap!" Butang 'Enter' pada papan kekunci ditekan.

"Zrig..zrig..zrig.." Dinding yang betul-betul berada di hadapan meja tiba-tiba terbuka ke atas dan dalam samar-samar cahaya, terdapat sebuah robot mecha dengan mata merah yang menyala. Kod RX-78-2 tertera pada bahagian bahu robot tersebut. Tingginya setinggi 6 kaki merupakan prototaip pertama yang terhasil daripada kajian secara rahsia selama 5 tahun.

"Ok, RX-78-2, show him where the exit now with your new nuclear power portal gun"

Robot tersebut pun menghalakan senjatanya dan dalam hanya masa 0.05 saat,

"Zappppp!" Tubuh badan yang tadinya menganggu keharmonian bilik terus hilang ditelan cahaya daripada senjata portal. Suasana kembali tenang.

"Not bad, Good RX-78-2, my client will be satisfied with the result tonight" Sambil bertepuk tangan perlahan tanda kejayaan.

No comments:

Post a Comment