Kisah hati. #12

"...Now I need a place to hide away..Oh, I believe in yesterday.." Lagu Yesterday pun terhenti. Lalu gitar disandarkan ditepi penjuru dinding.

"Sekarang kau dah paham kan? Ada benda yang boleh dibeli dengan duit, ada benda yang tidak."

"Betul juga. Hari kelmarin memang tidak dapat dibeli dengan duit sebanyak mana pun!" Balasnya.

"Tapi kau percaya tidak dengan kembali pada masa lampau menggunakan mesin masa?" Badan disandarkan ke kerusi, lalu kepala didongakan ke arah siling.

"Mesin masa? Maksud Bro macam prototaip yang diwar-warkan oleh Tantalum Cooperation pada lima tahun yang lepas? Susah untuk dipercayai Bro, sampai hari ini, eksperimen mereka masih belum menunjukkan hasil." Mukanya sedikit berkerut mengingat berita 5 tahun yang lalu.

"Tapi aku percaya dan aku pernah gunakan mesin masa. Kau percaya?"

"Err..mengarut! Mahu tipu pun agak-agak lah Bro." Jawapnya dengan laju.

"Kau tak percaya sudah. Ni aku nak bagitahu satu cerita, kau dengar elok-elok." Menarik nafas panjang lalu terus merenung ke arah siling.

"Ok, Sedia mendengar Bro." Balasnya yang mulai memberi fokus.

"Pada 60 tahun yang lepas, tahun 2008. Ada dua hati yang saling menyayangi antara satu sama lain. Hati yang pertama merasakan dunia ini terlalu bahagia apabila hati kedua menerima dia seadanya. mulai dari kawan, menjadi sahabat, menjadi pasangan. Masa sedih dan gembira mereka rasakan bersama. Tapi sesuatu yang tidak dijangka terjadi. Lepas lima tahun bersama, hati kedua mulai berubah, dia tinggalkan hati yang pertama tanpa sebarang penjelasan. Hati pertama tertanya-tanya mengapa. Hati yang petama kini hancur luruh. Kadangkala dia fikir untuk mati dan lahir semula untuk menjadi hati yang baru. Tapi, dia betul-betul ikhlas dan sayangkan hati yang kedua. Dia cuba untuk bertahan selama yang mungkin dan hingga kini dia masih mengungggu hati kedua untuk kembali." Cerita pun dihentikan dan beberapa saat terdiam seketika.

"Kalau kau jadi hati pertama, apa yang kau akan buat?"

"Err senang cerita Bro, cari hati yang lain lagi. Bunga bukan sekuntum. Bro juga yang cakap dulu, hati kita ni luas, pasti akan ada ruang untuk orang lain lagi." Balasnya seolah-olah pernah dikecewakan.

"Ok, kalau kau boleh gunakan mesin masa, apakah kau akan lakukan?"

"Hmm.. aku akan cuba elakkan perpisahan tersebut dan ubah masa depan!" Mukanya yakin menjawab.

"Dengar sini, kau mungkin boleh cari cinta sebanyak manapun kau mahu. Tapi memori, memori itu tidak pernah akan sama walau kau gunakan mesin masa untuk kembali pada masa itu." Perbualan terus terhenti, lalu kedengaran azan Maghrib berkumandang pada hari rabu, 10 May tahun 2068.

No comments:

Post a Comment