Bersabar. #14

"Huh, lambatnya dah dua jam menunggu." Keluhan yang terpacul daripada seorang jejaka.

"Sabar, mungkin kejap lagi." Balas jejaka setampan Takuya Kimura yang duduk bersebelahan sambil merenung sekeping kertas dihadapannya.

Hari ini, 4 Jun tahun 2068, merupakan pertemuan pertama yang dijadualkan antara pihak Beam Path Length Research Centre dan pihak Tantalum Shield Cooperation untuk mendengar taklimat daripada penyelidik bebas mengenai suatu penemuan terbaru. Taklimat ini juga bertujuan untuk mendapatkan dana daripada kedua pihak tersebut untuk meneruskan penyelidikan yang lebih lanjut.

"Life is a waterfall..we're one in the river..and one again after the fall..swimming through the void..we hear the word..we lose ourselves but we find it all..." Nada dering Aerials kedengaran daripada geniusphone berjenama Newton.

"Ya saya. Oh, esok? Baiklah." Panggilan pun diputuskan. Kertas ditangan dimasukkan ke dalam fail.

"Ni Encik Lim Takamura dari Beam Path Length Research Center pesan taklimat hari ni ditangguh ke hari esok."

"Apa ni bro? Tangguh lagi, kata orang Jepun! " Mukanya sedikit berkerut.

"Kau ni, sabar sikit boleh? Kau ada iman ke tak ni? Ke kau tak pernah diajar yang sabar tu seperuh daripada iman?"

"Baiklah. Habis tu sekarang ni kita nak buat apa?"

"Sekarang kita ke kafeteria, minum kopi O." Lantas berdiri dan sedia untuk bergerak.

"Celaka apa, dah penat tunggu habuk pun tak dapat." Nadanya sedikit marah.

"Kau, jangan sampai Jack Purcell aku ni berbekas kat muka kau. Hidup ni kena banyak bersabar. Sabar, walaupun kesabaran kau sudah habis untuk bersabar. Sudahlah, mari pergi minum, hari ni aku belanja." Sambil mencapai tombol pintu dan terus keluar.

Img. via

No comments:

Post a Comment