Gadis Tulipa Albanica . #15

Hari ini, 05 Jun tahun 2068. Seperti hari biasa, suasana kafeteria Wisma Tantalum Shield sesak dipenuhi orang ramai semasa waktu rehat tengah hari. Kelihatan dua jejaka sedang duduk selepas melalui waktu pagi yang mencabar dan membosankan. Pertemuan singkat untuk menerangkan penemuan terbaru bersama pihak Beam Path Length Research Centre masih lagi terngiang-ngiang di kepala.

"Ah bosanlah, tiap kali kena terangkan benda yang sama." Sedikit mengeluh.

"Biasalah Bro, dah kau punya kepakaran, kaulah yang terangkan. Hehehe." Balasnya.

"Bro, lihat kat sana tu. Arah jam 11." Sambil mengisyaratkan kepala ke penjuru kawasan kafeteria.

"Apa yang kau cuba nak aku tengok sebenarnya?" Kepala dipusingkan sedikit ke arah jam 11.

"Tengok tu, gadis yang duduk berbaju putih bercorak bunga."

"Ya, Aku nampak. Baju putih, bercorak bunga tulip daripada spesies Tulipa Albanica, mendagu menguna tangan kiri, kebarangkalian tinggi dia seorang yang bertangan kidal. Apa masalahnya?" Sambil membuat muka tidak berminat, kopi O di atas meja dikacau perlahan.

"Yezza! Seperti biasa, Bro memang teliti. Nampak familiar tak?"

"Tidak." Sengaja menjawab untuk memendekkan cerita.

"Tipulah Bro. Muka dia sangat seiras dengan si..."

"Dah cukup. Tak seiras langsung." Mencelah sebelum dia menghabiskan kata-katanya.

"Tak berminat ke Bro? Mana tahu dapat mengubat hati yang terluka tu? Hehehe." Balasnya dengan senyum lebar.

"Pernah dengar tak, lagenda mengatakan setiap manusia ada tujuh orang yang seiras di dunia ni. Kau mungkin boleh jatuh cinta dengan ketujuh-tujuh orang yang seiras apabila kau hanya melihat sekadar paras rupa. Tapi bila kau jatuh cinta kerana hati, seribu muka seiras pun kau akan nampak berbeza." Sambil menghirup kopi O, perbualan terdiam seketika dan hanya suasana riuh rendah persekitaran kafeteria kedengaran. Jam sudah menunjukkan 12.06 p.m, 10 minit sebelum masuk waktu zohor.

Img. via

No comments:

Post a Comment