If you give a man a fish. #8

"Tok tok tok!" Ketukan pintu kali kedua semakin kuat.

"Dia ni lagi..OK, masuklah." Mood yang semakin baik disebabkan barang pertukaran sudah di depan mata.

"Clak" Bunyi pintu dibuka sopan.

"Bro siapa tadi tu?"

"Pakcik cleaner datang ambil sampah. Apa hal?"

"Oo..tiada apa, saja datang lepak. Sampai hati semalam hilangkan aku guna portal gun. Sampai hati." Balasnya dengan nada sedih.

"Tu lah kau, lain kali, jaga sikit mulut tu."

"Sorry bro, excited sangat."

"Ni aku nak bagi tahu sesuatu, tapi kau jangan bagi tahu orang lain." Sambil mengambil botol gula-gula brand Mentos Xyli Ice dari dalam laci meja. Penutup botol dibuka, diambil dua biji gula-gula lalu di masukkan ke dalam mulut.

"If you give a man a fish you feed him for a day, if you teach a man how to fish you feed him for a lifetime. Pernah dengar?"

"Mestilah pernah bro."

"Pernah buat?"

"Macam pernah."

"Kita ni hidup di dunia, tidak cukup untuk sekadar berkongsi rezeki sahaja. Kadang kala kita kena juga ajar orang macam mana cara kita dapatkan rezeki. Tapi orang sekarang ni, makin menjadi-jadi. Yang kaya makin kaya, yang miskin makin tertindas. Hmm macam tiada kaitan."

Suasana senyap seketika, mukanya kelihatan serius memikirkan kata-kata hikmah tadi. Selang beberapa minit kemudian,

"Well, now then Mardy Bum..I've seen your frown and it's like looking down the barrel of a gun..And it goes off and out come all these words..." Bait-bait daripada lagu Artic Monkeys kedengaran. Ianya adalah bunyi nada dering telefon pintar berjenama Newton.

"Ya saya..Oh dah sampai depan pintu? Ok sekejap." Sambil berjalan ke arah pintu. Apabila pintu dibuka, kelihatan Delivery Boy sedang berdiri bersama makanan yang dipesan secara online sejurus urusan pertukaran RX-78-2 selesai.

"Macam aku cakap tadi, aku takkan bagi makanan ni dengan kau, kau hanya akan kenyang sehari ja. Jadi aku ajar kau macam mana nak dapatkan sendiri supaya kau kenyang sampai tua. Tapi next time aku ajar OK. Sekarang kau berambus, aku lapar." Sambil jari menunjukkan ke arah pintu keluar.

Img. via

Tetamu tidak diundang. #7

"Tok tok tok!" Bunyi ketukan pintu.

"Clak!" Bunyi tombol dipintu terus dibuka tanpa diundang.

"Cis, aku belum suruh masuk pun!" Mencapai gunting dalam laci meja dan terus berpusing melihat kelibat orang yang datang. Belum sempat untuk marah, apabila melihat kelibat orang yang berdiri di pintu tersebut, perasaan kembali menjadi tenang.

"Oh its you Sir, welcome" Sambil menarik nafas dan menukar body language untuk kelihatan lebih professional.

Lelaki yang setinggi 6 kaki berpakaian serba hitam persis seperti seorang anggota Black Organization dalam cerita Detective Conan. Beliau sebenarnya merupakan wakil yang dihantar oleh pihak XXXX.

"RX-78-2" Pembuka bicara terbit daripada mulutnya.

"Oh, it is already done! Wait for a second" Menuju ke meja dan lantas menekan butang 'Enter' pada papan kekeunci laptop.

"Zrig..zrig..zrig.." Dinding bilik pun kembali terbuka dan Robot RX-78-2 yang siap diprogram semalam pun kelihatan.

"So, what's new? Tunjokkan pada shaya" Kedengaran pelat asing cuba untuk berbahasa Melayu. Pandai pula Mamat ni berbahasa Melayu.

"Ah, New program, new weapon!"

Demonstrasi dan dan taklimat pun berjalan secara rahsia. Kelihatan Wajah beliau sedikit puas hati dengan perkembangan baru terhadap Robot RX-78-2.

"Ok, Shaya rhasa ini shuatu perkeambangan yeng menarek. Horang hatasan shaya phasti akan berphuas hati"

"So, About our agreement sir...Senang cerita, barang aku dah ready?" Kata-kata sedikit kasar pun terkeluar.

"Yup, over here" Sambil menunjuk kearah beg yang dibawa bersamanya.

Beg tersebut dibuka, lantas Beliau mengeluarkan sejenis sejenis alat sebesar tapak tangan, ianya dipanggil Matter Compressor Device (MCD). Alat tersebut dilekatkan pada RX-78-2 dan dalam beberapa saat, RX-78-2 terus hilang daripada pandangan mata. Sambil mengambil kembali MCD, beliau memberikan beg yang berisi barang pertukaran.

"Good!" Sambil memeriksa barang yang ada di dalam beg tersebut.

"So, our damn business end here" Lelaki tersebut terus pergi. Selang beberapa minit kemudian,

"Tok tok tok" Bunyi pintu diketuk lagi.

"Bro, Bro..ada kat dalam?" Suara yang selalu menganggu kembali lagi.
(
bersambung....)

Img. via

Kerana mulut. #6

"Bro belum tidur lagi? Tengah layan apa tu?" Sapaan dari belakang menyentap tumpuan pada skrin laptop.

"Hah kau..belum lagi. Apa hal?" Sambil jari jemari kembali menekan papan kekunci.

"Tengah buat apa bro?" Balasnya.

"Tengah buat programming untuk pengaktifan Mobile Suite, ni hah kalau kau nak tahu, ni projek rahsia untuk pihak XXXX, kena siapkan juga untuk esok" Sambil meletakkan jari telunjuk ke mulut tanda isyarat supaya diam dan menyimpan rahsia.

"Oh ok bro, You can trust me as always. Ni ada tengok bola tak tadi? Salam..errr salam 6-0 hehe!" Diikuti dengan senyuman babi.

"Dah lah kau jangan naikkan marah aku, nanti ada yang kena tikam guna katana nanti. Kalau hati tisu jangan sokong Arsenal"

"Tap!" Butang 'Enter' pada papan kekunci ditekan.

"Zrig..zrig..zrig.." Dinding yang betul-betul berada di hadapan meja tiba-tiba terbuka ke atas dan dalam samar-samar cahaya, terdapat sebuah robot mecha dengan mata merah yang menyala. Kod RX-78-2 tertera pada bahagian bahu robot tersebut. Tingginya setinggi 6 kaki merupakan prototaip pertama yang terhasil daripada kajian secara rahsia selama 5 tahun.

"Ok, RX-78-2, show him where the exit now with your new nuclear power portal gun"

Robot tersebut pun menghalakan senjatanya dan dalam hanya masa 0.05 saat,

"Zappppp!" Tubuh badan yang tadinya menganggu keharmonian bilik terus hilang ditelan cahaya daripada senjata portal. Suasana kembali tenang.

"Not bad, Good RX-78-2, my client will be satisfied with the result tonight" Sambil bertepuk tangan perlahan tanda kejayaan.

Hati kita luas. #5

"Bro, aku sedih ni" Sapaan kecil dari belakang. Suara yang selalu menganggu dikala jiwa sedang tenang.

"Nasib baik kau cakap kau sedih, kalau tidak, memang dah makan gunting kau. Apa masalah ni?" Niat ingin mencapai gunting dalam laci terus dibatalkan.

"Awek aku, awek aku dia suka dengan orang lain bro, dia mintak putus bro" Mukanya hampa.

"Gahahahahaha padan muka kau!" Gelak ala-ala Takuya Kimura memenuhi ruang.

"Tolonglah bro, nasihatkan aku, aku buntu, aku stress, aku sayang dia bro, hubungan kami pun dah lama"

"Dia tidak sayangkan kau lagi. Semua yang kau buat cuma akan buat dia lebih menyampah" Sambil membuka laci kembali dan mencapai sebilah kunai yang berukiran 愛スプリッタ. Senjata yang digunakan oleh Ninja ini ditenung tepat, lalu dilontarkan ke dinding.

"Tap!" Kunai tersebut betul-betul tepat mengenai graffiti berbentuk hati pada dinding.

"Tak mungkin bro, aku percaya dia masih ada sayang walaupun sedikit" tegasnya.

"Sudahlah kau jangan berharap sangat. Tahukah kau, jika kau betul cinta dengan seseorang, kau tidak akan jatuh cinta dengan orang yang lain. Ni sekarang awek kau dah bercinta dengan orang lain, maka automatiklah dia tidak cintakan kau. Padan muka kau sekali lagi"

Suasana menjadi senyap seketika, setelah berjalan beberapa langkah menuju ke dinding, kunai tersebut pun dicabut dan kesan tikaman kunai itu seolah-olah membelah graffiti hati tersebut.

Sambil meletakkan tangan di dagu dan merenung ke arah graffiti hati,

"Tahukah kau, sebenarnya hati kita ini luas, sudah pasti akan ada ruang-ruang untuk orang lain di dalamnya. Dah tak payah fikir sangat, orang kacak ceritannya memang macam ni selalu" tangan di dagu tadi diusap dari muka sehingga ke belakang tengkuk lalu menghembus nafas panjang.

Img via

Kegembiraan adalah pilihan. #4

"Kau, pulang dari masjid, kenapa sedih?"

"Oh, bro rupanya. Biasalah bro, masalah peribadi" wajah murung bertukar neutral apabila melihat orang yang menyapanya.

"Tahukah Kau, banyak benda yang buat kita sedih, tapi banyak benda juga yang buat kita gembira. Jadi kenapa kita harus meratapi kesedihan jika kita ada banyak pilihan untuk bergembira?"

"Contohnya bro?"

"Contoh paling dekat, kegembiraan adalah bila kau makan ikan kerapu masak steam berkuah sos tiram! Sekarang kau sediakan kicap manis brand kipas udang, limau dan cili untuk dijadikan cecah, biar aku yang masak"

"Tapi bro, sekarang ni musim red tide bro"

"Itu kau jangan risau, kalau racun ikan buntal aku boleh handle, inikan pula perut ikan kerapu, don't underestimate me!" sambil tangan kanan membuka laci dan lantas mengambil katana khas yang digunakan untuk membuang racun ikan buntal.

Katana dengan sarung warna hijau berukirankan キラー berwarna merah tersebut dihunus, dengan muka yakin ala-ala Takuya Kimura, dapur adalah tujuan seterusnya.

Img. via

Badut dan monyet. #3

"Bro!" kedengaran sapaan yang tidak diundang.

"Kau lagi!" tangan kanan digenggam erat dan tangan kiri pula mencapai gunting yang tersimpan dalam laci

"Relax Bro, saja lalu tengok pintu terbuka"

"Hmm..nasib baik aku ni penyabar, hah apa hal? sambil menarik nafas dan mengusap muka tanda kemarahan sudah dapat dibendung.

"Bro parody pasal bomoh sekarang ni tengah trending" balasnya dengan muka lega kerana gunting sudah diletakkan ke dalam laci semula.

"Oh itu perkara biasa! Mentaliti kebanyakan orang kita pentingkan isu-isu yang remeh daripada fokuskan isu sebenar. Padanlah Tuhan bagi banyak pemimpin yang serupa badut, lihat sajalah siapa yang dipimpinnya? Monyet-monyet yang hanya tahu mengguna basikal sambil memakan pisang. Duit, si Badut tetap akan dapat. Monyet, akan terus bermain basikal tanpa mengetahui di luar sana dunia lebih luas! Dah kau berambus sekarang, aku penat"

"Clik" bunyi ketikan tetikus berjenama Acer menekan butang play pada software pemain MP3.

"Ting ting ting" intro lagu pun kedengaran dan sayup sayup kedengaran suara Thom Yorke mengisi ruang sunyi.

"A heart that's full up like a landfill
A job that slowly kills you
Bruises that won't heal

You look so tired and unhappy
Bring down the government
They don't, they don't speak for us
I'll take a quiet life
A handshake of carbon monoxide

No alarms and no surprises
No alarms and no surprises
No alarms and no surprises
Silent, silent

This is my final fit, my final bellyache with

No alarms and no surprises
No alarms and no surprises
No alarms and no surprises please

Such a pretty house, such a pretty garden

No alarms and no surprises (let me out of here)
No alarms and no surprises (let me out of here)
No alarms and no surprises please (let me out of here)"

Pendoa senyap. #2

"Kreng..Kreng.." petikan gitar dari E minor diteruskan ke G dan diulang bebrapa kali diikuti dengan lantunan vokal,

"I need an easy friend..I do, with an ear to lend..I do think you fit this shoe..I do, won't you have a clue...."

"Bro kejap" sapaan kecil yang sedikit gugup kedengaran menghentikan khayalan konsert Unplugged In New York yang bermain di minda.

"Hah kau, apa kau nak?" merenung tajam dan sedikit marah.

"Bro, tengok ikut perkembangan semasa tak?"

"Just Because I am quiet, doesn't mean I don't care..Ops sorry, aku perhatikan ja..apa hal?" sambil meneguk air liur disebabkan suara garau ala Kurt Cobain masih melekat.

"Bukan apa Bro, banyak sangat spekulasi, nak percaya yang mana satu ni? Penatlah macam ni"

"Benda macam ni, kau kena tunggu dan lihat, tak payah nak jadi news breaker sangatlah. Nak layan, layanlah, tapi jangan kusutkan keadaan yang sedia kusut. Be a silent reader, be a silent prayer"


Img via

Garisan selari. #1

"Bro, dia suka bola, aku pun suka, dia gooner, aku pun gooner, banyak persamaan kami Bro" Katanya dengan teruja.

"Pernakah kau belajar, dua garisan yang selari mempunyai banyak persamaan, tapi sayang mereka tidak pernah bertemu. Jadi carilah perbezaan" Sambil meletakkan tapak tangan ke dahi, lalu mengusap rambut ke belakang.

Suasana menjadi sunyi dan perbualan berakhir sedikit hampa.

Img via: Google