Misi bilik bawah tanah. #9

"Salam Bro." sapaan dari arah pintu yang lupa ditutup.

"Waalaikumsalam, lama menghilang, kau pergi mana?"

"Ada ja Bro, tapi pintu sentiasa tutup, ingatkan Bro out station lagi."

"Ooo..aku sibuk sekarang, bilik bawah tanah ada problem, jadi kena repair makan masa. Kau boleh tolong aku tak?"

"Tolong apa Bro?"

"Tolong jaga monitoring system ni kejap, aku nak turun kat bawah kejap." Sambil membuka luggage besar berwarna perak dengan logo radioaktif tertera ditengahnya. Dalam luggage tersebut terdapat satu set hazmat suit level A++ keluaran syarikat Tantalum Shield Co. yang berpangakalan di utara bandar Saitama.

Setelah selesai memakai pakaian tersebut, laci kecil pada meja ditarik dan di dalamnya terdapat papan kekunci kecil dengan askara terdiri daripada 33 alphabet Russia. Beberapa askara ditekan dan lantai di tengah bilik mula terbuka.

Beberapa langkah masuk menuruni anak tangga, terdapat satu pintu yang diperbuat daipada plumbum. Punat butang berwarna merah yang terdapat di tepi dinding ditekan, lalu pintu tersebut pun terbuka.

"Today, 26th of April, year 2068, I am ****** ****** will enter the cellar, location of ***°W and ***°E, Sixty feet of depth under the ground. My mission is to ***** the source of the *****. Monitoring crew, do you copy?"

Keadaan menjadi senyap seketika.

"Monitoring crew, do you copy?"

"Err... aku ke Bro? copy? Copy Bro!" Balasnya sedikit cemas.

"Yalah, dah kau seorang jaga monitoring system, ni hah, aku boring, kau tolong dekatkan mikrofon dengan speaker laptop dan tekan play pada pemain mp3"

"Ok Bro sekejap." Arahan diterima tanpa sebaang bantahan.

"Click!" Kedengaran sayu-sayu petikan gitar dan semakin rancak lalu dikuti alunan suara,

"Hey man! Look at me rockin' out, I'm on the radiooooooo, Hey man! Look at me rockin' out.."

Sambil diiringi lagu daripada System Of A Down dan suasana gelap yang hanya diterangi oleh samar-samar cahaya kehijauan yang terpancar daripada kristal-kristal yang terdapat pada dinding bawah tanah.

Lif semakin laju turun ke bawah dan dalam masa lebih kurang seminit lebih, lif sampai di depan bilik bawah tanah. Tanpa membuang masa, misi pun dijalankan mengikut prosedur dan standard yang telah ditetapkan.

Setelah sejam berlalu,

"Bro..do you copy? I found something."

"Apa Bro?"

"Emm..nanti naik, aku cerita." lalu talian pun diputuskan secara sengaja.

(bersambung...)

Img. via