Dugaan itu. #13

"Such a lonely day..And it's mine..The most loneliest day of my life..Such a lonely day..Should be banned..It's a day that I can't stand.."

Di sebuah cafe berdekatan dangan Wisma Tantalum Shield Co., kelihatan seorang anak muda sedang duduk memakai earplug pada sebelah telinga kiri dan manakala
telinga kanannya sedang fokus mendengar dan melihat perbualan pada skrin TV di hadapannya. Hari ini, 14 May tahun 2068, The Helium Centennial Time Columns Monument akan dibuka semula buat kali ketiga dalam masa 100 tahun. Monumen ini dibina sempena penemuan gas Helium pada tahun 1968.

"Anak, boleh tumpang duduk?" Kedengaran suara lelaki tua menyapa dari tepi. Semua tempat duduk kelihatan penuh disebabkaan masa rehat untuk makan tengahari.

"Eh..silakan pakcik." Sambil memaksa muka untuk mengukir sedikit senyuman.

"Terima kasih, ramai sangat orang hari ni." Balasnya.

"Biasalah pakcik, cafe ni memang macam ni selalu. Pakcik ni baru lagi kat sini?"

"Ya, pakcik baru sampai sini pagi tadi, ada conference pasal pembangunan bandar bawah laut"

"Oh, menarik." Menjawab ringkas seolah-olah tidak terkejut.

"Pakcik lihat anak ni seperti ada masalah" Sambil menekan menu makanan pada screen di atas meja untuk memesan minuman.

"Biasalah pakcik, masalah datang, stress pun datang. Kadangkala kita buat macam mana sekali pun, akhirnya putus asa saja pilihan yang ada" Sedikit mengeluh dan muka sedikit muram.

"Anak, dengar sini, Tuhan sedang menguji kita, mungkin kita tidak dapat apa yang kita mahukan sekarang dan jika kita masih tidak dapat apa yang kita mahukan lepas ini, yakinlah Tuhan pasti akan bagi yang lebih baik untuk kita." Sambil meminum minuman yang dipesan sebentar tadi.

"Tapi pakcik, kadangkala saya seperti tidak mampu untuk mengharungi ujian hidup ini."

"Menghadapi ujian hidup, tidak semestinya memerlukan kekuatan. If you don't have any strength left, let faith drives you. Pakcik nak cepat ni, makanan dan minuman tu biar pakcik belanja ok." Lantas pakcik tersebut bangun dan dan pergi begitu sahaja.

Suasana riuh rendah di sekitar cafe tidak dihiraukan, fikiran mulai memikirkan kata-kata pakcik tadi.

"Logik!" Memasang earplug sebelah kanan dan terus memainkan lagu Gloriuos daripada Muse.

Img. via

Kisah hati. #12

"...Now I need a place to hide away..Oh, I believe in yesterday.." Lagu Yesterday pun terhenti. Lalu gitar disandarkan ditepi penjuru dinding.

"Sekarang kau dah paham kan? Ada benda yang boleh dibeli dengan duit, ada benda yang tidak."

"Betul juga. Hari kelmarin memang tidak dapat dibeli dengan duit sebanyak mana pun!" Balasnya.

"Tapi kau percaya tidak dengan kembali pada masa lampau menggunakan mesin masa?" Badan disandarkan ke kerusi, lalu kepala didongakan ke arah siling.

"Mesin masa? Maksud Bro macam prototaip yang diwar-warkan oleh Tantalum Cooperation pada lima tahun yang lepas? Susah untuk dipercayai Bro, sampai hari ini, eksperimen mereka masih belum menunjukkan hasil." Mukanya sedikit berkerut mengingat berita 5 tahun yang lalu.

"Tapi aku percaya dan aku pernah gunakan mesin masa. Kau percaya?"

"Err..mengarut! Mahu tipu pun agak-agak lah Bro." Jawapnya dengan laju.

"Kau tak percaya sudah. Ni aku nak bagitahu satu cerita, kau dengar elok-elok." Menarik nafas panjang lalu terus merenung ke arah siling.

"Ok, Sedia mendengar Bro." Balasnya yang mulai memberi fokus.

"Pada 60 tahun yang lepas, tahun 2008. Ada dua hati yang saling menyayangi antara satu sama lain. Hati yang pertama merasakan dunia ini terlalu bahagia apabila hati kedua menerima dia seadanya. mulai dari kawan, menjadi sahabat, menjadi pasangan. Masa sedih dan gembira mereka rasakan bersama. Tapi sesuatu yang tidak dijangka terjadi. Lepas lima tahun bersama, hati kedua mulai berubah, dia tinggalkan hati yang pertama tanpa sebarang penjelasan. Hati pertama tertanya-tanya mengapa. Hati yang petama kini hancur luruh. Kadangkala dia fikir untuk mati dan lahir semula untuk menjadi hati yang baru. Tapi, dia betul-betul ikhlas dan sayangkan hati yang kedua. Dia cuba untuk bertahan selama yang mungkin dan hingga kini dia masih mengungggu hati kedua untuk kembali." Cerita pun dihentikan dan beberapa saat terdiam seketika.

"Kalau kau jadi hati pertama, apa yang kau akan buat?"

"Err senang cerita Bro, cari hati yang lain lagi. Bunga bukan sekuntum. Bro juga yang cakap dulu, hati kita ni luas, pasti akan ada ruang untuk orang lain lagi." Balasnya seolah-olah pernah dikecewakan.

"Ok, kalau kau boleh gunakan mesin masa, apakah kau akan lakukan?"

"Hmm.. aku akan cuba elakkan perpisahan tersebut dan ubah masa depan!" Mukanya yakin menjawab.

"Dengar sini, kau mungkin boleh cari cinta sebanyak manapun kau mahu. Tapi memori, memori itu tidak pernah akan sama walau kau gunakan mesin masa untuk kembali pada masa itu." Perbualan terus terhenti, lalu kedengaran azan Maghrib berkumandang pada hari rabu, 10 May tahun 2068.

Kelmarin. #11

"Kreng...Krenggg" Alunan gitar pun kedengaran diikuti lantunan suara garau ala-ala David Bowie.

"We passed upon the stair..We spoke of was and when...Although I wasn't there..He said I was his friend...."

"Bro, layan gitar nampak." Sapaan dari belakang menghentikan rentak lagu The Man Who Sold The World.

"Cis, masa ni juga kau muncul, apa hal? Merenung tajam dengan seperti Takuya Kimura.

"Tiada apa Bro, macam biasa, lepak kejap. Tadi Bro layan lagu Nirvana kan?"

"Kau apa tahu, tadi tu lagu asal David Bowie!"

"Ooo..Selama ni aku dengar Bro layan lagu-lagu retro dan klasik, lagu Muse, Nirvana, The Strokes dan banyak lagi. Sekarang ni dah tahun 68 Bro. Dua kosong enam lapan. 2068 Bro! Ni zaman muzik Poprora!" Balasnya panjang lebar dengan muka yang seperti meminta penyepak daripada Roberto Carlos.

Muzik Poprora adalah muzik yang tidak mempunyai makna. Ianya dihasilkan secara bersahaja. Tapi begitu menghairankan, ianya diterima ramai oleh anak-anak muda yang baru mengenal masinnya garam.

"Suka hati akulah. Bukan kacau kau pun. Kau percaya tak yang duit tidak mampu untuk membeli segalanya di dunia ni?"

"Hmm tidak juga, sekarang ni semua perlu duit, makan, sakit, sihat, mati pun perlukan duit. Jangankan mati, kegembiraan juga boleh dibeli dengan duit pada zaman ni Bro." Kata-katanya semakin yakin.

"Wrong. There is one thing the richest man can never purchase."

"Apa dia Bro?"

"It is yesterday. Yes yesterday." Sambil menyambung kembali petikan gitar dan kali ini memainkan lagu Yesterday daripada The Beatles.

"Yesterday, all my troubles seemed so far away..Now it looks as though they're here to stay..Oh, I believe in yesterday.."

Img. via

Berjumpa ketenangan. #10

"Zrappp!" Pintu bilik bawah tanah sudah pun ditutup semula. Badan terasa penat sedikit setelah beberapa jam di berada di bilik bawah tanah.

"Bro, lamanya lepak kat bawah, jumpa apa tadi?" Sapanya yang kelihatan bosan menunggu.
"Kejap, aku kemaskan Hazmat Suit ni dulu." Sambil membuka dan mengemas Hazmat Suit, suasana senyap kembali. Beberapa minit kemudian,

"Kau mahu tahu?" Botol air mineral di atas meja dicapai, lalu diminum. Kerusi empuk di hadapan meja ditarik lalu, badan yang penat pun direhatkan di atasnya.

"Mestilah Bro." Balasnya.

"Dunia ini, dulunya aman, tapi sejak akhir-akhir ini, terlalu ramai manusia bodoh."

"Apa kaitanya Bro?"

"Di bawah tanah tadi aku jumpa ketenangan. Alangkah indahnya keadaan di bawah tanah, jauh daripada ragam manusia-manusia bodoh yang makin membiak tidak terbendung" Sambil membuka geniusphone berjenama Newton, lalu memainkan lagu Apocalypse Please.

"Declare this an emergency
come on and spread a sense of urgency
and pull us through
and pull us through
and this is the end
this is the end of the world........."

Img. via