Kosong. #16

Masa. Apakah masa?

Tahun 2069, setahun telah berlalu. Setahun telah melalui hari-hari yang gelap. Perperangan antara New Soviet dengan Sekutu Barat yang diketuai oleh United West telah memusnahkan satu pertiga daripada bumi. Perang Nuklear menyebabkan banyak nyawa hilang dan kemusnahan teruk telah terjadi.

24 Mac 2069, 11.35 PM, North Jesselton. Kelihatan seorang jejaka sedang duduk dihadapan komputer. Selkali sekala dia menarik nafas panjang, mengusap dahinya sehinga ke ubun-ubun. Komputer dihadapannya seperti tidak dihiraukan lagi. Fikirannya sedang mengelamun.

"Pengalaman lalu banyak mengajar aku. Kalau hari ini aku sudah tidak bermaya, kalau hari ini aku tidak mempunyai apa-apa harapan, kalau hari ini aku benar-benar berputus asa, aku yakin satu hari nanti, aku akan kembali pulih seperti biasa. Itu aku sangat yakin. Aku sudah lalui keadaan yang lebih teruk daripada hari ini."

"Aku masih ingat, sewaktu aku tidak mempunyai apa-apa. Ya, aku tidak mempunyai apa-apa melainkan hanya mengharapkan Tuhan untuk menarik nikmat hidup ini. Betapa aku tidak tahu bersyukur kepada-Nya, betapa putus asanya aku terhadap hidup ini. Tapi, Rahmat-nya lebih besar daripada segala dosa yang manusia lakukan. Sesungguhnya aku sangat menyesal dan insaf."

"Hari ini aku mempunyai lebih daripada yang aku harapkan. Hari ini aku lebih baik daripada semalam. Perasaan yang hilang sudah kembali, orang-orang yang pergi sudah berganti. Tapi kenapa seperti ada sesuatu lagi yang masih menganggu fikiran aku. Sesuatu. Kosong. Entah."

"Mengapa perlu risau untuk perkara yang diluar kawalan kita? Hati, perasaan, emosi. Apakah semua ini? Mungkin ianya hanya satu bentuk kesedaran semasa kita hidup. Bila kesedaran ini hilang, maka yang tinggal hanyalah jasad yang kosong."

"Beep! Beep!" Kedengaran bunyi komputer di hadapannya. Lamunannya terhenti. Dia melihat pada skrin. Beberapa perkataan tertera.

"Programming completed. NewConscious.file is ready. Download to your system? Y / N?"

"Masanya sudah tiba." Sambil menarik nafas panjang.

"Tap!" Keadaan menjadi sunyi selepas dia menekan askara Y. Dia seperti pengsan tidak sedarkan diri. Hanya kedengaran bunyi CPU komputer sedang melakukan proses dan di skrin komputer tertera perkataan,

"Please wait. 0.01%..."